Nissan Navara Baharu Bakal Masuk Malaysia.
Satu klip video yang tersebar secara meluas di laman perkongsian video, Youtube menunjukkan sebuah Nissan Navara mampu meredah banjir dengan begitu mudah di sebuah kawasan yang dipercayai dirakam di Kelantan baru-baru ini.
Rakaman video itu dikatakan menjadi bualan orang ramai apabila rata-ratanya teruja dengan kehebatan jentera itu yang masih mampu meredah paras air yang dalam walaupun kelihatan hampir tenggelam.
Susulan itu, sekeping gambar juga muncul dalam Halaman Kumpulan Kelab Navara NP300 yang menunjukkan sebuah Nissan Navara dilihat di sebuah lokasi di Semenyih.
Jika dilihat dari bahagian belakang kenderaan baharu itu, ia kelihatan sama seperti model yang dilancarkan di Laos dan Thailand.

Hakikatnya, khabar angin yang tersebar sejak kebelakangan ini membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada Nissan Navara baharu ini akan dilancarkan atau sebaliknya. Jika ya, bagaimana pula rupa bentuknya?
Jika diimbas kembali, Nissan Navara keluaran Malaysia merupakan model tertua di dalam segmennya. Ia dilancarkan pada tahun 2015.
Model ini yang dikuasakan dengan enjin 2.5 liter dipadankan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan dengan pilihan mod manual.
Berdasarkan versi Nissan Navara dari Thailand dan Laos, boleh dikatakan terdapat beberapa penambaikan dan perubahan pada model baharu kali ini.


Menjengah ciri luaran trak ini, ia hadir dengan gril ‘interlock’ bersama kesemua lampu utama Quad LED dan lampu nyalaan siang hari berbentuk C selain bamper hadapan. 
Bagi ciri luarannya pula, kedua-dua model Laos dan Thailand ini dipadankan dengan papan pemuka yang telah ditambah baik selain paparan skrin sentuh audio bersaiz lapan inci dan paparan navigasi.
Ia juga hadir dengan sistem infotainmen yang menggunakan teknologi Nissan Connect yang baharu.
Lebih menarik, ia juga dilengkapi dengan Paparan Bantuan Pemanduan Termaju atau Advance Drive Assist Display (ADAD) yang bersaiz 7 inci.
Ia akan mengeluarkan amaran kepada pemandu apabila kereta berada terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan atau jika wujud risiko pelanggaran hadapan.
Biarpun, perubahan dan spesifikasi masih belum disahkan namun, CariCarz menjangkakan Nissan Navara baharu ini berkemungkinan akan dilancarkan pada hujung bulan Mac ini.
Jangan ketinggalan mengikuti laman berita, CariCarz, com untuk mengikuti lebih banyak berita mengenai Nissan Navara baharu ini!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPW9761
SELANGOR
BSJ7043
JOHOR
JYK2074
PULAU PINANG
PRV2389
PERAK
APC1250
PAHANG
CFD8776
KEDAH
KGC7518
NEGERI SEMBILAN
NEH4671
KOTA KINABALU
SJN3848
KUCHING
QAB4202M
Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.14
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.89
-0.04
EURO 5 B7
RM 3.09
-0.04
Terakhir Kemas Kini 23 Oct, 2025
Berita Berkaitan
Pandu Uji Nissan Navara 2021 Malaysia | Pikap ni memang Macho dan Best! | Caricarz.com
Nissan Navara 2021 berjaya menarik perhatian kami dengan design front grille "Interlocking" dia dan Quad-Led Projector Headlamps... Fuiyohh~ Memang Padu! Berbaloi ke beli Nissan Navara 2021 aka Mother Trucker ni? Jom tengok review penuh & pandu uji Nissan Navara 2021 Malaysia dengan Caricarz!
30-08-2021
Anda Kini Boleh Beli Kenderaan Nissan di Lazada!
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan secara rasmi Nissan Flagship Store di platform e-dagang terkenal di Malaysia, Lazada.
05-05-2021
Nissan Navara Terbaru 2021 | Gagah, Lasak dan Canggih!
Nissan Navara Terbaru 2021, Gagah, Lasak dan Canggih! Jom tengok review Nissan Navara hari ni dengan Caricarz!
27-04-2021
Berita Terkini
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!
Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.
22-08-2025
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13
Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.
31-07-2025
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty
Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...
30-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

