Pengganti RS 280: Renault Megane RS 300 Trophy Tampil Lebih Sporty, Berprestasi Lebih Tinggi!
Sofea Najmi
28-5-2021
TC Euro Cars (TCEC) telah mengumumkan kedatangan Renault Megane RS 300 Trophy versi facelift serba baharu di Malaysia! Hot hatch ini diberi penambahbaikan dari segi prestasi dan juga perubahan kecil pada gayanya, termasuklah untuk ruang dalaman kereta.
Kereta ini dikuasakan oleh enjin turbo 4 silinder 1.8 liter dengan sistem suntikan terus yang digabungkan dengan transmisi dwi-klac efisien (EDC) 6 kelajuan. Teknologi ini membolehkan kenderaan bergerak dengan kuasa kuda setinggi 296 hp pada 6,000 rpm dan tork 430 Nm pada 3,200 rpm. Kadar penggunaan minyaknya adalah 8.3L/100km dengan kelajuan tertinggi mencecah 255 km/j. Model serba baharu ini mampu memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat.
Perubahan kecil dapat dilihat pada bahagian luar kereta. Pertama sekali adalah setup pencahayaan berprestasi tinggi RS Vision yang menggabungkan empat fungsi lampu yang berbeza iaitu lampu tepi, cornering lamps, lampu kabus dan juga lampu suluh tinggi jarak jauh. Seterusnya, adalah pemasangan bampar belakang yang dilengkapi diffuser serta ekzos tengah dengan riasan yang menunjukkan ciri istimewa RS. Spoiler yang lebih kecil turut digunakan di bahagian belakang, lengkap dengan lubang udara yang menegak bagi meningkatkan ciri aerodinamik kereta. Berkenaan rimnya pula, model facelift ini menggunakan rim potongan berlian JEREZ 19 inci dengan kaliper brek Brembo® berwarna merah menyala.
Bergerak ke bahagian kabin kereta, dapat dirasakan aura sportynya melalui penggunaan upholsteri RS eksklusif, material mewah, kemasan dan perincian rumit yang melambangkan identiti Renault Sport. Kluster instrumen digital baharu turut digunakan iaitu paparan pemandu TFT bersaiz 7 inci dan juga infotainmen berskrin sentuh EASYLINK 7 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem ini menggantikan R-Link 2 8.7 inci pada RS 280. Gaya keseluruhan kabin kereta ini disempurnakan dengan riasan berwarna merah menyala serta pencayaan ambien Multi-sense dalam lapan pilihan warna.
Suis pada konsol tengah juga telah diperbaharui dengan tambahan tombol putar yang ketiga bagi sistem penyejuk udara.
Terdapat empat mod RS Drive yang ditawarkan iaitu “My Sense”, “Save”, “Sport” dan “Race”. Bergantung kepada pemetaan kotak gear, 'sikap' ESP, sensitiviti stereng kuasa, pedal minyak dan bunyi ekzos, adalah berbeza bergantung kepada mod yang dipilih. Setiap mod memiliki karakter dan tahap prestasi yang tersendiri.
Hot hatch berwajah baharu ini turut dimuatkan dengan sensor parkir depan dan belakang, kamera pandangan belakang, kawalan pelayaran dengan pengehad kelajuan, brek parkir elektronik, bantuan mula-daki (HSA) dan 4CONTROL – sistem stereng empat roda yang memberikan tahap ketangkasan kereta yang terbaik sewaktu belokan dan pusingan kecil.
Dari segi keselamatan kereta, variasi baharu ini memiliki beg udara adaptif untuk tempat duduk depan, beg udara pada paras dada untuk pemandu dan penumpang depan, beg udara tirai untuk penumpang belakang dan depan, kawalan kestabilan elektronik (ESC) serta ABS dengan bantuan brek keselamatan (EBA), indikator LED pada cermin sisi, sistem ISOFIX di tepi tempat duduk belakang, sistem pemantauan tekanan tayar dan sistem brek khas RS.
RS 300 ditawarkan dalam lima warna menarik iaitu Flame Red yang baharu, Diamond Black, Pearl White, Orange Tonic dan Liquid Yellow. Untuk warna Orange Tonic dan Liquid Yellow, tambahan caj sebanyak RM9,000 dikenakan.
Berbanding RS 280 yang menggunakan rim aloi Interlagos 19 inci, versi yang terkini pula menggunakan rim aloi Jerez dalam saiz yang sama. Selain itu, RS 300 turut menerima penambahbaikan lain seperti ketersediaan tiga tombol putar bagi kawalan penyejuk udara, paparan informasi pemandu TFT 7 inci serta paparan informasi EASYLINK yang juga bersaiz 7 inci.
Sekiranya dibandingkan dengan pesaing terdekatnya, Honda Civic Type R menggunakan enjin berpengecas turbo VTEC 2.0L, manakala RS 300 pula enjin turbo 4 silinder 1.8L dengan sistem suntikan terus. Transmisi yang digunakan Civic Type R ialah manual 6 kelajuan, dan RS 300 ialah dwi-klac efisien (EDC) 6 kelajuan. Walaupun menggunakan enjin yang berbeza, perbezaan dari segi prestasi mereka tidak begitu jauh dengan hanya perbezaan kecil iaitu 0.1 saat sahaja untuk memecut daripada pegun kepada 100 km/j. Kadar penggunaan minyak juga hanya berbeza sebanyak 0.5 liter untuk setiap 100 km. RS 300 memiliki kuasa kuda mencapai 296 hp dan tork 420 Nm, manakala Civic Type R pula 306 hp dan 400 Nm.
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan yang lengkap antara kedua-dua model kereta:
Renault Megane RS 300 Trophy facelift ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM324,476 untuk Semenanjung Malaysia dan RM174,888 di Langkawi, termasuk pengecualian SST sehingga 30 Jun nanti. Pembelian turut didatangakan dengan jaminan selama 3 tahun atau sehingga 100,000km (mana yang datang terlebih dahulu). Pelan langganan turut ditawarkan dengan harga bermula daripada RM5,200 ke RM7,200 bergantung kepada tempoh langganan.
Apakah pendapat anda tentang hot hatch berwajah baharu ini? Adakah ianya jauh lebih baik daripada RS 280? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!
Jangan lupa untuk tonton video review kami tentang Renault Megane RS 300 Trophy versi Facelift!
Gallery














Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPB6823
SELANGOR
BSE3819
JOHOR
JXW3362
PULAU PINANG
PRQ2639
PERAK
ANV2504
PAHANG
CFB6374
KEDAH
KGA3928
NEGERI SEMBILAN
NEF6675
KOTA KINABALU
SJK6701
KUCHING
QAB2775L
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat