ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Sedang Mencari MPV Kompak? Mitsubishi Xpander Ada Jawapannya!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pasukan media Caricarz baru-baru ini, berpeluang memandu uji sebuah Mitsubishi Xpander yang dipinjamkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd di Malaysia.






Dari segi penampilan dan fungsi, kenderaan pelbagai guna  (MPV) tujuh tempat duduk dari Mitsubishi ini, saya boleh katakan kelebihan kereta ini adalah di luar jangkaan anda!

Jika anda sedang mencari sebuah kereta keluarga maka,  Xpander ini boleh disimpan di dalam senarai anda.

Biarpun, Xpander ini dilancarkan pada Oktober tahun lalu,Mitsubishi  menerima jumlah tempahan di luar jangkaan. Untuk makluman anda, hanya satu varian Xpander ditawarkan di Malaysia dan harganya dikatakan amat berbaloi antara kenderaan MPV.

Ia jual pada harga RM91,368.75 tetapi tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Kesemua Mitsubishi Xpander yang dijual ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pemasangan mereka  di Pekan, Pahang.

Jentera ini dilengkapi dengan enjin 1.5 liter MIVEC DOHC dan dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan sekali gus mampu menghamburkan kuasa 105 kuasa kuda dan tork 141 Nm.






Sekarang kini bincangkan faktor utama di sebalik kepopularan Xpander ini!

Selepas pandu uji, penulis yakin bahawa penampilannya yang agak sporty menyebabkan Ia menjadi buruan terutamanya rekaan Perisai Dinamik di bahagian hadapan menyebabkan ia kelihatan sangat “garang”.

Perkara ini turut diakui pengacara video Caricarz, Ian Cheang.

“Kereta ini seolah-olah sama seperti kenderaan utiliti sukan (SUV), rangka kenderaan yang dinamik selain ditawarkan pada harga yang berpatutan. Jadi, sudah pasti ia menjadi pilihan ramai,” katanya.




Perkara lain yang perlu disebut penulis ialah reka bentuk lampu hadapannya. Ia yang berbentuk berlian nyata menarik perhatian selain bahagian atasnya pula dihiasi dengan lampu sensor adaptif.







Ia nyata berbeza dengan lampu hadapan kereta lain dan pada masa sama jentera ini menunjukkan ‘kekacakan luarannya’.

Menjengah bahagian dalamannya, ia hadir dengan roda stereng pelbagai fungsi, skrin sentuh 9-inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto termasuk sistem kamera pandangan panorama 360 darjah.

Hasil pemanduan mendapati, jentera ini mudah dibawa selain sangat menenangkan fikiran pemandunya.





Menurut penulis ini, bahagian terbaik yang terdapat pada kereta ini ialah ruang simpanan yang memadai.

Selain itu, ruang simpanan  bagasi di belakang juga dilihat amat luas dan apabila barisan  tempat duduk kedua dan ketiga dilipat, ia menawarkan ruang yang lebih besar.

Percaya atau tidak, ia mampu memuatkan sebuah basikal dewasa! 




Lebih menarik, terdapat beberapa ruang simpanan lain  untuk menyimpan sarung tangan. Ruang penyimpanan di bahagian sandar tangan dan di panel pintu membolehkan anda menyimpan barangan lain bersaiz kecil.

Tidak mustahi. Ruang simpanan kereta ini dilihat mampu menewaskan kebanyakan model kereta lain.

Tahniah Mitsubishi!

Perkara lain yang wajar dipuji ialah Jarak antara badan bawah Xpander dengan tanah adalah setinggi 205mm sekali gus menawarkan jarak  penglihatan pemanduan yang lebih baik dan merupakan satu kelebihan kepada individu yang pendek terutamanya wanita!

Selain itu, sterengnya agak ringan dan mudah dikawal. Biarpun, Xpander ini kelihatan agak besar untuk kaum Hawa tetapi ia sememangnya sesuai untuk wanita.

Setelah memuji jentera ini dengan menghuraikan kelebihannya tetapi apakah kekurangannya?

Penulis berpendapat ia mempunyai kelemahan dari segi ciri keselamatan, manakan tidak ia Cuma didatangkan dengan dua beg udara. Transmisi  automotik dengan hanya empat kelajuan dilihat salah satu teknologi yang agak lama.

Bagaimanapun, penulis terpaksa bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ian di dalam videonya.

“Sayang sekali, kereta ini tidak memiliki sistem keselamatan pintar aktif tetapi kereta ini adalah kereta keluarga praktikal dan ekonomi.

“Dengan harga ini, jadi kiat tidak boleh mengharapkan ia memiliki semua ciri keselamatan,” tambahnya.

Walaupun,  kenderaan ini dilengkapi dengan enjin petrol MIVEC empat silinder, ia terasa sedikit lemah ketika membawa penumpang yang ramai.

Secara keseluruhannya, penulis membeli 6.5 daripada 10 jumlah skor kerana kereta ini adalah pilihan terbaik sebagai kereta keluarga.

Bagaimanapun, bab kelebihan dan kekurangan Xpander, penulis berpendapat bahawa setiap orang memiliki pilihan yang berbeza.




Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman pandu uji Xpander, jangan lupa menonton video pandu uji pasukan kami!









Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPX2667

SELANGOR

BSJ7361

JOHOR

JYK2824

PULAU PINANG

PRV2795

PERAK

APC1631

PAHANG

CFD9032

KEDAH

KGC7706

NEGERI SEMBILAN

NEH4781

KOTA KINABALU

SJN4203

KUCHING

QAB4298M

Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.20

+0.06

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.95

+0.06

EURO 5 B7

RM 3.15

+0.06

Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025

Berita Berkaitan

Global

26-12-2024
Global

Mitsubishi Tayang K-EV dan Vision Ralliart Concept

Mitsubishi Motors Corporation menayangkan tujuh model keretanya termasuk dua kereta konsep pada pameran Tokyo Auto Salon 2022 baru-baru ini.

11-03-2022
Berita Auto

Xpander Dinobatkan Sebagai Crossover 7 Tempat Duduk Terlaris Malaysia

Mitsubishi XPANDER berjaya mencapai tahun prestasi jualan terbaik.

10-01-2022
Berita Auto

Xpander : Pamer Ciri Terbaharu

MMC melancarkan Xpander terbaharunya pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia ke-28.

17-12-2021
Berita Auto

Pusat 3S Itu Terletak Di Kota Damansara

Pusat terbaharu itu akan dikendalikan olehMillenium Autohaus Sdn Bhd.

09-11-2021
Berita Auto

Mitsubishi Triton Cipta Sejarah, Rekod Lagi Jualan Tertinggi

Tempahan Mitsubishi Triton melonjak menyebabkan model itu menguasai 34 peratus pasaran pikap di Malaysia

07-10-2021
Video

Mitsubishi Xpander Malaysia - MPV Kompak yang Bergaya! | Review penuh & Pandu Uji

Nak cari MPV kompak yang bergaya dan stylo? Nah... Mitsubishi Xpander adalah jawapannya!

05-07-2021
Berita Auto

Terima Kasih Mitsubishi Motor Malaysia!

Pengedar rasmi Mitsubishi Motors di Malaysia, Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) menghulurkan sumbangan berbentuk sebuah trak pikap Triton 4x4 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), INSAF Malaysia baru-baru ini.

28-05-2021

Berita Terkini

Pandu Uji

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025
Pandu Uji

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.