Pandu Uji Honda HR-V RS e:HEV: Crossover Hibrid Yang Ranggi Untuk Pemanduan Urban
Sofea Najmi
13-2-2023
Baru-baru ini, penulis berpeluang untuk menguji Honda HR-V RS e:HEV buat beberapa hari. Dipasarkan pada harga RM140,800, lebih tinggi berbanding varian HR-V generasi ketiga lain, adakah varian ini benar-benar pilihan yang terbaik? Ini adalah pandangan jujur penulis.
Reka Bentuk Honda HR-V RS e:HEV
Honda HR-V atau ‘Hi-rider Revolutionary Vehicle’ generasi ketiga yang dilancarkan pada Julai tahun lalu ini tampil dalam reka bentuk yang agak berbeza berbanding keluaran sebelumnya. Generasi kali ini jelas lebih elegan luar dan dalam, berbeza dengan versi sebelum ini yang pada pendapat penulis lebih berkonsep sporty.
Dari tepi, garis badan HR-V kali ini kelihatan lebih menyerlah. Untuk varian ini, Honda memasangkan rim bersaiz 18 inci dalam rekaan yang menyempurnakan lagi gaya eksklusif SUV ini.
Di sudut hadapan pula terdapat, Honda menempatkan sebuah gril besar dalam reka bentuk lebih ‘gah’ dan agresif jika dibandingkan dengan keluaran terdahulu. Di tengahnya terdapat logo Honda berwarna biru sebagai ciri khas sebuah kereta hibrid.
Sebagai varian RS, sudut hadapan kereta turut diserlahkan lagi dengan pemasangan kemasan skirt hitam berkilat di bahagian bawah.
Bergerak ke bahagian belakang, di sini Honda memberikan sentuhan mewah dengan pemasangan lampu belakang yang secara visualnya memanjang dari sisi ke sisi. Ciri ini menampakkan HR-V lebih lebih lebar dan moden.
Kabin Honda HR-V RS e:HEV
Sebaik membuka pintu, sebagai pengguna HR-V (generasi terdahulu) penulis teruja melihat keluasan dan aura ‘premium’ generasi kali ini. Ini terutamanya dapat dilihat pada perubahan besar yang dilakukan pada ruang papan pemuka atau dashboard dengan reka bentuk pendingin udara yang berbeza.
Kali ini, kesejukan udara boleh dikawal menggunakan suis jenis rotari yang lebih mudah untuk dikawal ketika memandu berbanding butang pada HR-V terdahulu.
Khas bagi varian e:HEV, pendingin udara yang digunakan ialah jenis dua zon berbanding satu zon pada varian yang lebih rendah.
Bagi RS, tempat duduknya menggunakan kemasan kulit, sama seperti varian V (varian lebih rendah lain meggunakan upholsteri fabrik), namun sebagai versi RS, ia dikemaskan dengan jahitan merah. Jahitan merah turut digunakan pada stereng dan tombol gear.
Tema warna yang digunakan ialah hitam sepenuhnya, termasuk pada bahagian bumbung yang mewujudkan atmosfera sporty.
Dari segi saiz ruang, model baharu terasa jauh lebih luas dan lapang berbanding yang sebelum ini. Keluasannya dapat 'diteka' daripada kedudukan tiang C kali ini yang direka lebih tinggi dan memanjang ke belakang.
Pengalaman Sebagai Pemandu/Penumpang
Di bahagian pemandu, tempat duduk hadapan terasa lebih tinggi yang menawarkan ruang penglihatan lebih baik. Bagi memaksimumkan keselesaan, tempat duduk di bahagian ini juga boleh dilaraskan secara automatik.
Secara teknikalnya, varian ini menggunakan enjin 1.5 liter aspirasi natural 4 silinder yang dapat memberikan output maksimum 104 hp/127 Nm, manakala motor elektrik hibridnya pula dapat menghamburkan output 129 hp/253 Nm.
Sebagai sebuah kereta hibrid, sistem yang digunakan lebih kompleks yang mana enjinnya memiliki dua fungsi iaitu untuk mengecas bateri hibrid dan juga untuk memberikan kuasa kepada kereta semasa dipecut pada kelajuan tinggi. Semasa pemanduan halaju rendah atau di kawasan bandar, pergerakan kenderaan banyak dibantu oleh motor elektrik. Penjanaan kuasa sama ada oleh enjin atau motor elektrik ini berlaku secara automatik.
Kualiti pengendalian HR-V kali ini lebih baik dengan suspensi hadapan jenis MacPherson Strut yang memberikan kenderaan kestabilan yang diperlukan terutamanya semasa di selekoh.
Semasa dipandu laju, kereta kekal stabil dan terasa relaks untuk dikawal. Untuk lebih merasakan kuasa dan ciri responsif kereta terutamanya semasa memotong kenderaan lain, gunakan mod Sport.
Bergerak ke bahagian belakang, sebagai penumpang, tempat duduknya terasa lebih luas dan selesa dengan ruang kaki yang lapang. Hentakan semasa melalui jalan yang tidak rata kurang terasa, kedudukan kekal empuk dan selesa.
Dari segi penggunaan bahan api, berdasarkan ujian dalaman syarikat, Honda HR-V e:HEV memberikan lebih penjimatan dengan kadar yang dicatatkan atas kertas serendah 4.1L/100km jika dibandingkan dengan varian petrol turbo pada 6.5L/100km, termasuklah varian terendah (S) yang mencatatkan 5.9L/100km.
Ruang Kargo
Dari segi simpanan, ruang kargonya yang berkapasiti 335L cukup luas untuk memasukkan barang yang banyak, sekiranya memerlukan ruang yang lebih, sudut penyandar tempat duduk belakang boleh dilipat, memberikan kapasiti simpanan 1,274L.
Sekiranya ingin meletakkan barang yang tinggi, anda boleh memanfaatkan ciri Ultra Seat dengan cara melipat tempat duduk barisan kedua ke atas.
Honda HR-V RS e:HEV ialah satu-satunya varian yang membolehkan pembukaan but menggunakan alat kawalan jauh.
Ciri Keselamatan
Dari segi keselamatan, sebagai varian tertinggi, Honda HR-V RS e:HEV dilengkapi dengan semua ciri keselamatan Honda Sensing yang merangkumi: FCW, CMBS, LDW, LKAS
Amaran Pelanggaran Hadapan
Amaran Keluar Lorong
Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan
Sistem Bantuan Kekal Lorong
Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran
Lampu Suluh Tinggi Auto
Kawalan Jelajah Adaptif
Sistem Notifikasi Pergerakan Kenderaan Hadapan
Henti & Gerak Secara Automatik Pada Kelajuan Rendah/Kesesakan Trafik (Low Speed Follow)
Namun begitu, Honda HR-V (semua varian) tidak didatangkan dengan beberapa sistem yang pada pendapat penulis agak penting untuk sebuah jentera yang boleh dikatakan agak besar seperti sistem kamera 360 darjah, sensor parkir hadapan dan amaran lintasan trafik belakang.
Adakah Honda HR-V RS e:HEV Varian Yang Terbaik?
Jika dibandingkan dengan varian lain yang ditawarkan, Honda HR-V RS e:HEV ditawarkan pada harga paling tinggi:
Honda HR-V 1.5 S - RM114,800
Honda HR-V 1.5 E - RM129,800
Honda HR-V 1.5 Turbo V - RM134,800
Honda HR-V 1.5 RS e:HEV - RM140,800
Persoalannya, berbaloikah untuk bayar lebih? Dijual pada harga RM140,800, harga atas jalan, tanpa insurans, varian ini dijual pada harga RM6000 lebih tinggi berbanding varian Turbo V. Namun dengan harga yng lebih tinggi, varian ini hadir dengan beberapa kelebihan misalnya penggunaan enjin pintar yang memberikan lebih penjimatan, kit badan RS, rekaan dalaman kabin RS dan sistem pendiingin udara 2 zon. Lebih bergaya dan lebih jimat minyak, adakah ini yang anda inginkan? Jika ya, apa salahnya untuk bayar lebih? Kata orang, alah membeli, menang memakai.
SPESIFIKASI
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC2071
SELANGOR
BSE4645
JOHOR
JXW5396
PULAU PINANG
PRQ3637
PERAK
ANV3682
PAHANG
CFB6691
KEDAH
KGA4275
NEGERI SEMBILAN
NEF7233
KOTA KINABALU
SJK7494
KUCHING
QAB3137L
Terakhir Kemas Kini 03 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
GAC Honda P7 Diperkenalkan Di China – Dari RM130K
Syarikat usaha sama automotif China, GAC Honda secara rasmi telah melancarkan SUV elektrik terbarunya, P7, untuk pasaran China dengan harga bermula dari RM130,400.
17-04-2025
Jualan Kereta Bukan Nasional Menyusut Tapi Lain Pula Buat Kereta Nasional
Nampaknya, jualan kenderaan bukan nasional mencatatkan penurunan yang agak ketara, namun PERODUA kekal menunjukkan prestasi yang stabil di pasaran.
14-03-2025
Nissan Cuba Bertahan, Honda Sedia Suntik Pelaburan? Tetapi Ini Akibatnya...
Nissan masih menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Honda bagi mengukuhkan kedudukan kewangannya.
07-03-2025
Honda Malaysia Umum Sasaran Jualan 2025 – 83,000 Unit & 3 Model Baharu!
Honda Malaysia menetapkan sasaran jualan sebanyak 83,000 unit kenderaan dan pegangan pasaran sebanyak 10.6% daripada jumlah volum industri (TIV) bagi tahun 2025.
03-03-2025
Honda Minta CEO Nissan Letak Jawatan, Hentikan Teknologi e-Power
Honda kemukan cadangan untuk menguruskan Nissan, namun Nissan dengan tegas menolak tawaran tersebut. Ini puncanya...
20-02-2025
Nissan, Honda Batal Rancangan Bergabung
Honda Motor Co dan Nissan Motor Co akhirnya membatalkan rancangan untuk bergabung gara-gara gagal memeterai rundingan bersama.
14-02-2025
Nissan Tidak Mahu Jadi Anak Syarikat Honda, Mitsubishi Undur Diri
Nissan Motor Co dilaporkan bersedia untuk menolak tawaran menjadi anak syarikat Honda Motor Co.
05-02-2025
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat