ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

[PANDU UJI] BMW i4 eDrive40 M Sport: Ini 7 Perkara Menarik Tentang EV Sporty Dengan 'Ngauman Enjin'

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-16.jpg


 BMW i4 eDrive40 M Sport dalam warna kelabu M Brooklyn Grey


Kami di CariCarz telah diberikan peluang untuk memandu uji BMW i4 eDrive40 M Sport dalam warna yang menawan, kelabu M Brooklyn Grey. Apa pendapat kami tentang model ini? Dalam artikel ini kami kongsikan 7 perkara menarik tentang model sporty elektrik BMW ini. Teruskan membaca.


1- Reka Bentuk Yang Memukau Jiwa


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-22.jpg
web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-11.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-3.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-10.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-8.jpg


Tampil dalam reka bentuk fastback yang elegan ‘Gran Coupe,’ setiap sudut diberikan perhatian terperinci. Antara ciri luarannya yang menarik ialah sentuhan M Sport yang memberikannya aura sporty melalui penggunaan aksen berwarna hitam berkilat, rim khas M Sport 19 inci dan kaliper brek berwarna biru. Selain itu, model ini diberikan bampar hadapan dan belakang yang sporty. Bampar untuk sudut belakang ditambah dengan elemen seakan-akan faux diffuser. 


2- Kabin Yang Sporty Dan Canggih


Memasuki ruang kabin, pasti ada yang menyangka sebagai sebuah model elektrik, tidak lari daripada konsep futuristik atau ringkas, tidak bagi model ini. Ruang dalamnya tampil sporty sama seperti di bahagian luar serta sarat dengan pelbagai teknologi canggih. 


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-50.jpg



Pelbagai sudut diberikan balutan kulit faux Sensatec serta plastik yang lembut disentuh. Selain itu, terdapat pencahayaan ambien yang menyempurnakan lagi aura mewah kabin. 


Ciri sporty yang diberikan pada ruang kabin ialah tempat duduk depan bergaya sport (boleh dilaraskan secara automatik), stereng M Sport, headliner hitam, pedal sport aloi dan kemasan aluminium pada beberapa sudut tertentu. 


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-31.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-32.jpg

web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-36.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-35.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-37.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-45.jpg


Dari segi teknologi,  i4 eDrive40 dilengkapi dengan modul paparan melengkung digital terkini BMW yang merangkumi panel instrumen 12.3 inci dan skrin infotainmen 14.9 inci. Kedua-duanya dikuasakan oleh sistem operasi BMW Operating System 8 atau iDrive 8. Sistem ini jauh lebih pantas dan intuitif berbanding sebelumnya. 


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-38.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-49.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-42.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-44.jpg



Sistem ini juga lebih pintar dengan pakej arahan suara interaktif di samping integrasi yang mudah termasuk dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa menggunakan wayar. 


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-48.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-47.jpg


Namun, memandangkan ia diberikan gaya fastback, ruang kepala agak terhad berbanding model 3 Series terbaru (generasi ke-7). Tetapi ini bukanlah satu isu yang besar kerana secara keseluruhannya, keselesaan dan saiz ruang kabin cukup memuaskan. 


3-Praktikal Untuk Kegunaan Harian


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-55.jpg

web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-53.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-54.jpg


Ruang simpanan sebanyak 470 liter cukup luas untuk kegunaan harian. Ruang ini boleh diluaskan sehingga 1,290 liter apabila tempat duduk belakang dilipatkan. 


4- Bunyi Yang Menaikkan ‘Mood’ Memandu


BMW telah bekerjasama dengan komposer terkenal yang pernah merangkul anugerah berprestij Oscar, Hans Zimmer, bagi menghasilkan bunyi buatan atau artificial soundtrack bagi trenkuasanya. 


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-64.jpg


Hasilnya? Bunyi enjin yang dihasilkan cukup untuk menaikkan ‘keghairahan’ memandu lebih-lebih lagi ketika mod pemanduan ‘Sport’ diaktifkan. Walaupun sebuah kereta elektrik, siapa kata keseronokan memandu ‘enjin petrol’ tidak lagi dapat dinikmati. 


5- Prestasi Yang Menakjubkan


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-66.jpg


Sedan sporty ini dikuasakan oleh motor yang dipasang di belakang untuk memacu pergerakan roda belakang (RWD) dengan kuasa yang mencapai 335HP/430NM. Output ini cukup tinggi bagi membolehkan  i4 eDrive40 yang memiliki berat keseluruhan 2,125 KG bergerak daripada 0-100 KM/J dalam masa hanya 5.7 saat! Namun, had kelajuan tertinggi EV ini ditetapkan pada 190 KM/J sahaja. 


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-62.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-67.jpg


Keseronokan memandu  i4 eDrive40 turut disumbangkan oleh sistem suspensi M Adaptive Suspension, brek M Sport dan juga tayar sport Pirelli P-Zero yang digunakan. Gabungan kesemua ciri ini membolehkan  i4 eDrive40 melalui selekoh dengan pada kelajuan tinggi dengan baik. 


6- Boleh Pergi Hampir 600 KM Sekali Cas


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-72.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-25.jpg


Dari segi pengecasan,  bateri 83.9 kWh i4 eDrive40 boleh dicas penuh dalam masa 8 jam 15 minit menggunakan pengecas AC 11 kW. Dengan cas penuh, EV ini boleh bergerak sejauh 590 KM (WLTP). Untuk mencapai jarak pergerakan sejauh ini, sebaiknya gunakan mod ‘Eco Pro’ dan memandu secara ‘berhemah’ bukan untuk berlumba. 


7- Padat Dengan Pelbagai Ciri Keselamatan Canggih


Model ini didatangkan secara standard dengan pakej Driving Assistant Professional penuh, yang terdiri daripada brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif dengan fungsi henti-mula, bantuan kekal lorong, pemantau titik buta, sistem pemusatan lorong serta amaran lintasan trafik belakang dengan brek auto. 


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-13.jpgweb_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-39.jpg


Model ini turut lengkap dengan ciri keselamatan asas lain seperti beg udara, cangkuk ISOFIX tempat duduk kanak-kanak dan sebagainya. 


Bagaimana Dengan Harganya?


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-2.jpg


BMW i4 eDrive40 M Sport ditawarkan di pasaran pada harga RM384,210 yang RM46,000 lebih murah berbanding model prestasi, M50 yang menggunakan dua motor. i4 eDrive40 juga dijual pada harga RM100,000 lebih tinggi berbanding eDrive35 M Sport yang juga memiliki aura elegan dan sporty yang sama.


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-59.jpg


Pembelian adalah termasuk jaminan perlindungan BMW Malaysia selama 5 tahun, tanpa had perjalanan termasuk servis penyelenggaraan berjadual percuma. Selain itu, bateri EV juga ditawarkan dengan jaminan berasingan untuk tempoh selama 8 tahun atau 160,000 KM. 

Spesifikasi Terperinci BMW i4 eDrive40 M Sport


MOTOR

1x motor 3-phase electrically excited synchronous, belakang

TRENKUASA

Pacuan Roda Belakang (RWD)

KUASA

335 HP (250 kW)

TORK

430 NM

0-100 KM/J

5.7 saat

KELAJUAN TERTINGGI

190 KM/H (dihadkan)

BATERI & PENGECASAN

Bateri:

Litium ion tekanan tinggi, 83.9 kWh 

 

Tempoh pengecasan:
AC @ 11 kW (0-100%: 8 jam15 minit)

DC @ 200 kW (10-80%: 31 minit)

JARAK EV

590 KM (atas kertas, WLTP)

BERAT

2,125 KG (atas kertas, bersih)

HARGA

RM384,210

(tidak termasuk insurans)


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPG5175

SELANGOR

BSF5345

JOHOR

JYA5731

PULAU PINANG

PRR5290

PERAK

ANW7139

PAHANG

CFC1589

KEDAH

KGA9562

NEGERI SEMBILAN

NEG2489

KOTA KINABALU

SJL3281

KUCHING

QAB5201L

Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.14

+0.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.81

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.01

+0.07

Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, BMW Malaysia turut melancarkan dua model BMW 3 Series 2025 , BMW 320i Sport dan 330i M Sport, sebentar tadi.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW X3 20 xDrive M Sport yang memperlihatkan reka bentuk yang lebih gah daripada biasa. Ini perinciannya...

12-06-2025
Kereta Baru

BMW 218 Gran Coupé Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM241,000

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW 218 Gran Coupé Sport yang hadir dengan kombinasi sempurna antara reka bentuk elegan, prestasi dinamik dan teknologi terkini.

12-06-2025
Berita Auto

BMW Malaysia & Quill Automobiles Lancar Pusat Baik Pulih Badan & Cat Kenderaan Canggih

BMW Group Malaysia dan Quill Automobiles merasmikan pembukaan pusat badan dan cat kenderaan (Body & Paint) baharu.

09-06-2025
Berita Auto

Pameran My BMW WORLD 2025 Bermula 13-15 Jun Ini

Selepas 10 tahun, BMW Group Malaysia menganjurkan semula pameran My BMW World 2025, bermula 13 hingga 15 Jun ini di The Yard, Sentul Depot, Kuala Lumpur.

26-05-2025

Berita Terkini

Pandu Uji

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.