ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

PROTON S70: Harga Bawah RM100K?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta tempatan, PROTON bakal melancarkan secara rasminya kereta sedan terbaharunya, Proton S70 dalam tempoh terdekat ini.

Ini kerana spesifikasi terperinci kereta itu sudah pun disiarkan sejak malam tadi.

Jadi, ini 6 perkara yang anda patut tahu mengenai Proton S70:

1. ENJIN 1.5 LITER

image.pngimage.png

Untuk makluman anda, jentera ini disumbat dengan enjin 1.5 liter turbo tiga silinder dengan sistem suntikan bahan api konvensional serta kotak gear DCT tujuh kelajuan seperti mana yang digunakan pada varian biasa Proton X50.

image.png

Menerusi penggunaan enjin itu, ia mampu menghamburkan kuasa setakat  148 hp dan  tork 226 Nm.

Biarpun, S70 tidak menerima enjin 1.5 liter turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (T-GDI) yang lebih berkuasa namun dengan tiga silinder, ia sebenanya sudah memadai.

2. PROTON RIDE&HANDLING

Ketika menghadiri sesi pratonton pada minggu lepas, pihak PROTON dilihat berulang kali menegaskan aspek pengendalian kereta sedan baharunya.

image.png

Ujar Proton, mereka telah menggunakan waktu bekerja selama 75,000 jam semata-mata untuk melakukan ujian di jalan raya sejauh 1.2 juta kilometer.

Pendek kata, ia ,tidak seperti kembarnya yang berlencana Geely, S70 ini peredam yang ditala dengan cukup baik semata-mata untuk menawarkan pemanduan yang cukup selesa.

image.pngimage.png

Buktinya, rakan sekerja penulis mendakwa pemanduan S70 cukup padu walaupun mereka berpeluang  pemanduan ringkas di litar ujian Proton di trek Shah Alam baru-baru ini.

Tidak ketinggalan, terdapat tiga talaan stereng disertakan iaitu Normal, Sport dan Comfort.

3. ADA ADAS

Difahamkan, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) hanya ada pada varian Flagship dan varian Flagship X.

Malah, S70 ini juga dilengkapi dengan   12 sensor yang terdiri daripada kamera monokular, dua radar gelombang milimeter di belakang, sistem kamera 360 darjah dan lima penderia ultrabunyi.

image.pngimage.png

Apa yang penting ia juga sarat dengan ciri-ciri keselamatan.

Antaranya, Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC)  dengan fungsi Stop & Go, Amaran Keluar Lorong, Amaran Pelepasan Laluan (LDW), Sistem Bantu Kekal Laluan (LKAS), Sistem Bantu Kekal Laluan (LKAS), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Buka Pintu, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Amaran Pelanggaran Belakang dan Kawalan Suluh Tinggi Automatik.

image.pngimage.png

Pendek kata, varian Flagship dan Flagship X disumbat dengan pelbagai ciri keselamatan aktif. 

Bagi ciri-ciri standard, anda pasti gembira setelah mengetahui ia dilengkapi dengan enam beg udara, brek anti-kunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESP) dan ISOFIX.

4. BUT BESAR

Model baharu ini hadir dengan but yang cukup besar dan lebar memandangkan ia bersaiz 500 liter.

Biarpun, ia bukanlah terlalu dalam kelasnya, namun ia sudah memadai untuk kita yang lazimnya menggunakan kereta untuk berulang alik ke tempat kerja dan sekali-sekali pulang ke kampung.

Bergantung pada varian, pemanduan harian bertambah selesa dengan adanya kemudahan tambahan  seperti kawalan iklim automatik di saluran belakang, port pengecasan USB-A dan USB-C serta pad pengecasan wayarles, kamera undur atau kamera tempat letak kenderaan 360 darjah manakala tempat duduknya boleh dilaraskan secara berkuasa.

Dengan segala-galanya yang dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa S70 menjanjikan tawaran yang cukup berbaloi dengan harganya nanti.

5. LAMPU BAR LED 

Dari segi luarannya, , penggayaan semula yang dilakukan pada bahagian lampu wajar dipuji.

Apa yang mencuri perhatian penulis ialah bahagian belakangnya kerana bentangan lampu bar cukup menarik perhatian.

Difahamkan, lampu jenis ini akan hadir pada varian Premium spesifikasi pertengahan dan seterusnya.

Selain bahagian luarannya, ketika menjenguh ke bahagian dalamannya, I a nyata menawarkan material yang cukup kelihatan hebat selain turut memberikan sentuhan yang lebih mewah.

6. HARGA MAMPU MILIK?

Walaupun Proton masih belum mendedahkan harganya namun kami yakin Proton akan menawarkan harga mampu milik.

Sama seperti model Inspira dan Preve, penulis cukup yakin harga Proton S70 juga akan ditawarkan pada harga mampu milik berbanding pesaingnya seperti Honda Civic, Toyota Corolla, DAN Mazda 3. 

Apa tidaknya, dikhabarkan ramai juga yang sudah menempah jentera itu sejak ia dibuka untuk tempahan

Biarpun, pegawai-pegawai ekseutif Proton masih menutup mulut mengenai harganya tetapi mereka mengesahkan S70 tidak akan ditawarkan pada harga melebihi RM100,000.

Sebelum ini, varian Preve ditawarkan pada harga RM73,000, manakala Inspira pula RM79,000.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW537

SELANGOR

BSP5501

JOHOR

JYV6703

PULAU PINANG

PSB7637

PERAK

APH1060

PAHANG

CFG3680

KEDAH

KGF5831

NEGERI SEMBILAN

NEK2684

KOTA KINABALU

SJR6413

KUCHING

QAB6705N

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

14-02-2026
Kereta Baru

16-12-2025
Berita Auto

29-11-2025
Global

22-09-2025
Berita Auto
Berita Auto

09-04-2025
Berita Auto
Gaya Hidup

25-02-2025

Berita Terkini

Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Pandu Uji

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

01-12-2025
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.