REVIU: 4 Fakta Tentang Toyota Veloz
Suhana Veru
16-5-2023
Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri lalu, team media CariCarz.Com berpeluang pandu uji Toyota Veloz secara bergilir-gilir hampir seminggu.
Sejurus rakan sekerja Mukhlis Azman pulang dari kampung halamannya, penulis turut berkesempatan pandu uji MPV itu sambil beraya di rumah saudara-mara di sekitar Kuala Lumpur.
Pertama sekali, walaupun ramai penulis automatif dilihat lebih gemar membuat perbandingan antara Toyota Veloz dan Perodua Alza 2023, namun penulis tidak akan berbuat demikian.
Ini kerana setiap jenama model ada baik dan buruknya, begitu juga benda yang mahal, pastinya ada kelebihannya, maka tidak hairanlah mengapa ia ditawarkan pada harga yang agak mahal.
Ada juga yang mempertikaikan walaupun Veloz dan Alza dianggap kembar seiras tetapi Veloz lebih mahal RM20,000.
Jadi, kali ini penulis tidak berhasrat untuk membuat sebarang perbandingan dengan Alza sebaliknya saya percaya Veloz tetap mempunyai kelebihan yang tersendiri sehingga menyebabkan ia mahal.
Apapun, sepanjang Toyota Veloz berada di dalam gengaman saya selama beberapa hari, ini dia 4 fakta mengenai Toyota Veloz yang anda patut tahu!
1. HAMBURAN KUASA MAMPU BAWA FAMILI BESAR
Model pemasangan tempatan (CKD) ini ditawarkan dalam satu varian yang serba lengkap dengan pelbagai ciri premium. Ia ditawarkan pada harga RM95,000, atas jalan tanpa insurans.
Veloz serba baharu menggunakan enjin 4 silinder 16 injap DOHC aluminium penuh 1.5L 2N-VE dengan suntikan bahan api elektronik (EFI). Ia ditampilkan dengan teknologi Dual VVT-i.
MPV ini mampu menghamburkan kuasa setakat 105hp dan tork 138Nm manakala unit Dwi VVT-i dipasangkan dengan kotak gear D-CVT yang memacu roda hadapan.
Pemandu boleh memilih secara manual 7 step dalam transmisi yang disediakan (sistem CVT tidak menggunakan gear seperti transmisi automatik biasa).
Terdapat tiga mod pemanduan yang disediakan mengikut keperluan pemandu iaitu PWR, ECO dan NORMAL.
Bagi merasai pemanduannya, saya sempat membawa suami, dua orang anak, biras dan empat anak saudara yang berusia dalam lingkungan 14-15 tahun untuk beraya di rumah saudara-mara di sekitar Kuala Lumpur.
Dengan kehadiran tujuh penumpang di belakang, saya dapat merasakan pemanduan saya tidaklah begitu berat sebaliknya Veloz masih mampu menunjukkan kejantanannya yang sebenar.
Ini mungkin kerana badan anak saudara yang menumpang ketika itu tidaklah begitu besar. Maka, ia tidak memberi tekanan yang melampau ke atas pemanduan saya.
Cuma yang slek sikit ketika penulis nak potong treler di Lebuh Raya Plus menghala Rawang. Pada masa itu, saya dapat merasakan pemanduannya menjadi lembap dan berat sedikit.

Sebaliknya, ketika menelusuri jalan kampung di Kuala Kubu Bahru, saya dapat merasakan ia mampu melayan selekoh tajam dengan agak baik.
Ketika saya tidak henti-henti puji, suami saya sanggup meminta saya memberhentikan kenderaan di tepi jalan kerana dia juga mahu cuba layan selekoh.
Tidak sampai 20 minit, dia juga akur memang sedap layan selekoh dengan Veloz.
Ujar suami saya, sterengnya yang boleh laras dengan fungsi teleskopik membuatkan pemanduan menjadi lebih selesa.
2. MACHO
Kenapa saya katakan ia macho kerana Veloz ini dipadankan dengan gril berbentuk heksagon sekali gus membuatkannya ia lebih tampan dan agak garang sedikit.
Menjengah bahagian luarannya, Toyota Veloz ini dipadankan dengan lampu depan jenis LED penuh dengan signal berturutan serta lampu nyalaan siang hari.
Jika diamati dengan lebih dekat, lampu depannya dilihat agak tirus dengan adanya jalur lampu isyarat di dalamnya, serta tulisan Veloz di bahagian tepi lampu.
Sementara itu, jika anda menekan brek, lampu belakangnya akan menyala secara melintang yang sekali gus merentangi but kargo. Lampu jenis melintang ini membuatkannya ia lebih menyerlah dan menonjol terutama ketika waktu malam.
Menyentuh mengenai but, ia dikatakan seluas 489 liter.
Dari bahagian sisi, Veloz menerima rim dengan rekaan yang tersendiri, bumbung dengan kemasan berwarna hitam dan sepasang roof rail. Rel bumbung itu dikatakan boleh menerima beban maksimum 75 kg.
Malah, terdapat juga lampu depan dengan ciri Follow-Me dan apa yang menarik terdapat, lampu kaki yang akan menyala di sebelah pintu (untuk melihat keadaan lantai sebelum dipijak).
Ia (lampu kaki) akan menyala apabila pintu kereta dibuka menggunakan remote.
Pendek kata, ciri-ciri yang agak canggih dan lebih premium membuatkan jentera ini segak tampan bergaya di atas jalan raya.
3 KABIN MEWAH
Seperti yang saya katakan tadi, ruang dalaman sememangnya cukup luas namun ada beberapa ciri yang ditambahkan membuatkan kabinnya agak mewah.
Misalnya, kesemua tempat duduknya dibaluti dengan semi kulit premium membuatkan punggung dan badan anda tidak berasa begitu panas terutama ketika cuaca sekarang ini yang cukup bahang.
Di hadapan pemandu, ia dihiasi dengan dengan skrin warna pelbagai info bersaiz 7-inci. Ia direka dengan sentuhan yang agak premium.
Menjengah panel infotaimennya, ia didatangkan dengan saiz 9-inci dengan ciri sambungan berwayar/tanpa wayar Apple CarPlay/Android Auto.
Apa yang cukup menarik, ia didatangkan dengan 15 pemegang botol, terdapat 3 port USB, selain dua soket bulat 12V .
Penulis ingin memaklumkan jika anda memandu Veloz pada waktu malam, suasana dalamannya cukup romantik.
Ini kerana adanya pencahayaan ambien berwarna biru pada konsol tengah dan kemasan pintu. Pencahayaan ini membuatkan suasananya lebih relaks terutamanya jika anda mahu jalan jauh pada waktu malam.
Terdapat juga pad pengecas wayar dimana anda tidak perlu sibuk membawa pengecas untuk telefon anda.
Pada mulanya, penulis berasa pad pengecas itu tidak berfungsi rupa-rupanya sangkaan penulis meleset kerana anda perlu menekan satu butang kecil untuk membolehkan ia mengecas telefon anda.
Bagi penumpang belakang sekali, mereka tidak perlu berebut penghawa dingin dengan barisan tempat kedua.
Ini kerana penghawa dinginnya terletak di atas bumbung sekali gus membolehkan aliran udara di bahagian belakang berjalan dengan lancar.
Tiada sesiapa yang akan mengeluh bahagian penumpang belakang panas.
4. SARAT DENGAN CIRI KESELAMATAN
Toyota Veloz dilengkapi dengan ciri keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi empat sistem utama iaitu sistem pra-pelanggaran (PCS); Amaran Keluar Lorong (LDW); Pencegah Keluar Lorong (LDP); dan Kawalan Kekal Lorong (LKC).
Selain sistem TSS, model ini turut dilengkapi dengan ciri seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), lampu suluh memandu adaptif, pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan sebagainya.
Sebenarnya, terlalu banyak hendak disenaraikan mengenai ciri keselamatan kereta ini dan secara ringkas kereta ini memiliki ‘mata dan telinga’ sendiri.
Untuk makluman, MPV ini juga dilengkapi dengan 6 beg udara, bantuan kawalan pemanduan bukit, sistem sonar depan, belakang, kawalan kestabilan kenderaan dengan kawalan cengkaman, kawalan kesalahan operasi pedal.
Ciri lain seperti perakam video digital (DVR) didatangkan secara standard. Pembeli juga boleh mendapatkan kamera pandang belakang dengan tambahan RM350.
Melihat senarai ciri-ciri keselamatannya, saya membuat kesimpulan bahawa kereta ini sememangnya sarat dengan ciri keselamatan aktif terkini, terbaik dan tercanggih.
Dengan adanya ciri keselamatan ini, ia akan membantu si pemandu memandu dalam keadaan selamat di jalan raya kerana dibantu teknologi automotif terkini.
Inilah kelebihan yang ada apabila memandu kereta yang memiliki sistem keselamatan pintar kerana kesemuanya dibantu oleh sistem komputer.
Bagi yang berminat untuk menempah Toyota Veloz serba baharu, ia boleh didapati dalam lima warna elegan – silver metallic dengan black roof, blue metallic dengan black roof, white, metallic blueish black dan red metallic.
Ia dijual pada harga bermula RM95,000 (tanpa insurans).
Selepas penulis menyenarai pendek apa yang ada pada Veloz, pada hemat saya ia adalah sebuah MPV yang berbaloi untuk dibeli walapun terpaksa menambah RM20,000.
Biar mahalkan asalkan boleh pakai lama. Lagipun, beli kereta ini bukan macam beli baju!
Tetapi apa pula pandangan anda? Kongsikan!
SPESIFIKASI
TOYOTA VELOZ 1.5
ENJIN |
1.5-Litre DOHC 4-Cyl with Dual VVT-i, petrol |
TRENKUASA |
7-Speed D-CVT Automatic, Front Wheel Drive (FWD) |
KUASA |
105 HP @ 6,000 RPM |
TORK |
138 NM @ 4,200 RPM |
0-100 KM/J |
N/A |
V-MAKS |
N/A |
EKONOMI |
N/A |
BERAT |
1,185 KG (kerb) |
HARGA |
RM95,000 (Tidak termasuk insurans) |
Gallery
























Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC3050
SELANGOR
BSE4893
JOHOR
JXW5984
PULAU PINANG
PRQ3954
PERAK
ANV4047
PAHANG
CFB6797
KEDAH
KGA4456
NEGERI SEMBILAN
NEF7363
KOTA KINABALU
SJK7621
KUCHING
QAB3180L
Terakhir Kemas Kini 05 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
Bukan Dipanggil Balik Tetapi PEMERIKSAAN KUALITI!
Perodua panggil balik Alza tetapi ada sebabnya.
16-02-2024
Toyota Panggil Semula Vios & Veloz –Isu Pemasangan Suspensi, Boleh Tertanggal
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengeluarkan notis pemanggilan semula khas bagi model yang dibangunkan berdasarkan platform DNGA, Vios dan Veloz.
30-01-2024
Jualan Hampir 80K Unit! Toyota Kekal Jenama Kereta Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia
Toyota mengekalkan kedudukan sebagai jenama kereta bukan nasional nombor satu di Malaysia.
10-11-2022
Tempahan Toyota Veloz Serba Baharu Kini Dibuka, Lebih Baik Dari Avanza?
Tempahan Toyota Veloz sudah dibuka.
24-06-2022
Generasi Ketiga Avanza, Veloz Dilancarkan - Harga Bermula Dari RM60K!
Veloz akhirnya dilancarkan di Indonesia baru-baru ini.
22-11-2021
Jualan Hampir 80K Unit! Toyota Kekal Jenama Kereta Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia
Toyota mengekalkan kedudukan sebagai jenama kereta bukan nasional nombor satu di Malaysia.
10-11-2022
Volvo Bakal Lancar MPV EV Tidak Lama Lagi?
Volvo sedang membangunkan model MPV elektrik pertamanya?
10-07-2023
Kereta Disambar Api, Mujur Tiada Yang Rentung
Sebuah kereta jenis Nissan Serena tiba-tiba terbakar ketika sedang diisi minyak di sebuah stesen minyak di Segambut Dalam, Kuala Lumpur semalam.
04-10-2022
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat