ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

[PANDU UJI] Ini 5 Sebab Kenapa Mazda CX-5 2.2D High Facelift Pilihan Terbaik

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-8.jpg


CariCarz berpeluang untuk menguji Mazda CX-5 varian 2.2D High Facelift. Bukan selalu peluang untuk uji lebih daripada satu varian ‘jatuh ke riba’ tetapi inilah yang ditawarkan oleh Bermaz Auto Berhad (BAuto) selepas memberikan kami peluang untuk menguji varian 2.0 High sebelum ini. 


Dilancarkan serentak dengan model versi petrol, CX-5 2.2D High merupakan satu-satunya SUV segmen C dengan enjin diesel yang ditawarkan di pasaran Malaysia kerana kebanyakan pesaingnya menggunakan enjin turbo-petrol atau separa elektrik.  


Memandangkan kami pernah menguji varian 2.0 High untuk satu tempoh yang agak lama, dalam ulasan kali ini, kami dapat membuat perbandingan antara kedua-dua varian ini dan menyatakan LIMA sebab kenapa anda patut mempertimbangkan Mazda CX-5 2.2D High.


1. Varian Paling Stylo


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-10.jpg


Berbanding dengan CX-5 2.0 High, CX-5 2.2D High yang diberikan penyegaran ini berdiri sebagai varian dengan spesifikasi yang lebih tinggi.


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-7.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-3.jpg


Satu-satunya peningkatan yang diberikan pada varian ini dari luar ialah penggunaan rim yang lebih besar, rim aloi dua tona berukuran 19 inci serta tayar yang lebih baik,  Toyo Proxes R46.


Satu-satunya perbezaan ketara pada varian diesel ini ialah penggunaan rim aloi dua tona berukuran 19 inci. Berbeza dengan model 2.0 High yang menggunakan rim 17 inci, ini membuatkan Mazda CX-5 tampil lebih bergaya. 


Rim aloi yang lebih besar membolehkannya menggunakan tayar yang lebih besar dan lebih premium. Untuk model yang diuji, kami diberikan tayar Toyo Proxes R46. 


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-6.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-11.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-14.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-5.jpg


Walaupun bukanlah model yang baru dilancarkan, reka bentuk CX-5 kekal menyerlah di jalan raya hasil sentuhan baharu dalam versi facelift.


Perbezaan lain antara kedua-dua varian CX-5 ini juga ialah tawaran warna Platinum Quartz hanya untuk 2.0 High, warna pada unit yang kami uji ini. 


2. Kabin Premium yang Lebih Selesa & Lengkap


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-22.jpg


Kebanyakan perubahan dapat ‘diteroka’ di ruang kabin CX-5 2.2D High. Varian ini mendapat beberapa kelengkapan tambahan berbanding varian standard, meletakkannya di tahap yang hampir sama dengan varian tertinggi,  2.5 Turbo High.


Di samping kabin yang mewah, CX-5 diesel ini juga diberikan tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan dan boleh dilaraskan secara automatik, ciri penting yang tiada dalam CX-5 2.0 High. Kelengkapan baharu lain ialah paparan TFT separa digital yang lebih besar dengan integrasi paparan ADAS.


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-23.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-6.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-5.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-4.jpg


Kami cuba menguji fungsi pengudaraan pada tempat duduk varian ini dan memang terasa sejuknya. Ciri yang menarik  untuk cuaca seperti di negara kita yang agak panas. Keselesaan ditambah lagi dengan adanya sistem kawalan pendingin hawa dua zon.


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-17.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-21.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-11.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-7.jpg


Bahagian lain di dalam kabin ini sebenarnya tidak jauh berbeza daripada 2.0 High, misalnya penggunaan material lembut  dan juga upholsteri kulit, kehadiran pad pengecas tanpa wayar, port pengecas USB (depan dan belakang) serta unit infotainmen 8 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. 


Satu-satunya kekurangan pada ruang kabin yang kami harap ditawarkan pada varian ini ialah ciri papar pandu (HUD) yang hanya terdapat pada varian tertinggi, 2.5 Turbo High. Pada pendapat kami, ciri ini dapat menjadi nilai tambah berbanding SUV-C lain. 


3. Enjin Diesel 2.2 Liter Paling Berkuasa dalam Segmennya


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Rolling-4.jpg


Enjin diesel turbo terkenal dengan kemampuannya untuk menghasilkan daya tork yang lebih tinggi berbanding pesaingnya yang menggunakan petrol. 


Model yang diuji menggunakan enjin turbodiesel 2.2 liter 4 silinder Skyactiv-D yang menghasilkan output 188 hp dan 450 Nm, menjadikannya enjin Skyactiv-D dengan prestasi paling tinggi dalam kelasnya.


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-33.jpg


Walaupun sebuah jentera yang besar, CX-5 2.2D High memiliki tork low-end yang tidak mustahil dengan enjin turbodiesel 4 silinder yang digunakan. 


Sepertimana kebanyakan model dengan enjin turbodiesel, tork yang dihasilkan cukup tinggi walaupun pada RPM yang rendah. Untuk CX-5 diesel ini, tork setinggi 450 Nm dapat dicapai pada 2,000 RPM, ini dapat dilihat daripada kemampuan pick-up jentera ini walaupun bersaiz besar dengan berat mencecah 1.6 tan. Walaupun tidak sepantas pesaingnya yang menggunakan trenkuasaa hibrid, kemampuan torknya menjadikan ia sebuah varian yang 'serba boleh,' tanpa sebarang masalah untuk memotong kenderaan lain, mendaki bukit dan mungkin juga untuk towing


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Rolling-9.jpg


Selain tork yang tinggi, kuasa kuda sebanyak 188 hp Skyactiv-D membolehkannya mencapai kelajuan maksimum sehingga 206 km/j. 


Dari segi keselesaan, kadar serapan NVH atau bunyi, gegaran dan kekasaran kereta cukup baik, memberikan keselesaan yang optimum kepada semua penumpang depan dan belakang. Bunyi bising hanya didengari semasa kereta dipecut laju. 


4. Jimat Bahan Api!


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Rolling-1.jpg


Sebagai sebuah kereta yang menggunakan enjin diesel, kadar penggunaan minyaknya sangat memuaskan hati. Menurut Mazda, secara purata, CX-5 2.2D High hanya menggunakan bahan api diesel Euro 5 B7 serendah 5.5 liter setiap 100 km. 


Angka tersebut tidak jauh berbeza daripada model hibrid Honda, CR-V 2.0 e:HEV baharu dengan kadar penggunaan bahan api 5 liter/100 km. Lebih menarik jika dibandingkan dengan CX-5 petrol, kerana varian tersebut mencatatkan kadar penggunaan minyak sebanyak 6.9 liter per 100 km. 



Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-17.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-32.jpg

Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-3.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Rolling-3.jpg


Sepanjang sesi pandu uji ini kami banyak menggunakannya untuk perjalanan di kawasan bandar, dan hasil pandu uji kami mencatatkan purata 8 liter setiap 100 km. Untuk makluman, unit yang kami pandu uji ini ialah unit baharu dengan jarak perjalanan yang agak rendah (kurang daripada 3,000 km).


Satu perkara yang menjadi isu ialah harga minyak diesel yang berkemungkinan besar akan jadi lebih tinggi selepas subsidi bersasar dilaksanakan nanti. Namun, prestasi cekap CX-5 diesel masih boleh membantu mengimbangi kos tinggi bahan bakar diesel jika anda mengamalkan gaya pemanduan yang 'berhemah.'


5. Harga Jualan yang Kompetitif & Pakej Jaminan yang Komprehensif


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-4.jpg


Mazda CX-5 2.2D High Facelift yang dipasang secara CKD ini ditawarkan di pasaran pada harga RM180,322, atas jalan. Ini menjadikannya sebagai salah satu SUV segmen C premium yang paling berpatutan di pasaran. 


Selain daripada harganya yang kompetitif, pembelian CX-5 2.2D High juga termasuk pakej jaminan kenderaan dan perkhidmatan BAuto yang komprehensif selama 5 tahun atau 100,000 km. 


Jadi, apa pendapat anda?


Dengan reka bentuk yang menarik, mewah dengan ciri premium dan menggunakan enjin turbodiesel yang bertenaga dan sangat efisien, Mazda CX-5 2.2D High Facelift dapat memenuhi semua keperluan jika anda mencari SUV C premium yang bukan sahaja praktikal tetapi juga menjanjikan pengalaman pemanduan yang dinamik.

SPESIFIKASI

MAZDA CX-5 2.2D HIGH FACELIFT 2024 CKD

ENJINDiesel turbo 2.2 liter 4 silinder Skyactiv-D
TRANSMISI

Automatik Skyactiv-Drive 6 kelajuan, pacuan roda hadapan (FWD)

KUASA188 HP @ 4,500 RPM
TORK450 NM @ 2,000 RPM
0-100 KM/J9.1 saat
V-MAX206 KM/J
KADAR PENGGUNAAN BAHAN API5.5 liter/100 KM (atas kertas)
BERAT1,671 KG (bersih, atas kertas)
HARGARM180,322.80
(tidak termasuk insurans)

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPS7694

SELANGOR

BSH8761

JOHOR

JYG9478

PULAU PINANG

PRU2037

PERAK

APB3091

PAHANG

CFD5173

KEDAH

KGC3430

NEGERI SEMBILAN

NEH1576

KOTA KINABALU

SJM6634

KUCHING

QAB1877M

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

+0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.13

+0.03

Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Global

10-07-2025
Global

02-07-2025
Global

18-06-2025
Kereta Baru
Global

13-05-2024
Pandu Uji

07-04-2024
Pandu Uji

10-02-2024
Kereta Baru

29-01-2024

Berita Terkini

Pandu Uji

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025
Pandu Uji

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.