Honda WR-V Harga Keras Tapi Ada Level Tersendiri
Suhana Veru
24-1-2024
Honda WR-V kini menggantikan Honda BR-V.
Sebaik melangkah tahun 2024, penulis berpeluang memandu uji Honda WR-V 2024 varian RS beberapa minggu yang lalu.
Bagi yang tidak tahu, Honda WR-V 2 ini membuat penampilan sulung secara global di Indonesia pada November 2022.
Ia merupakan salah satu produk unik ASEAN kerana dibangunkan oleh pasukan Honda ASEAN untuk pasaran negara-negara ASEAN.
Difahamkan, SUV kompak ini menggantikan BR-V generasi pertama daripada siri '-V' Honda.
Jadi bagi yang masih menunggu ketibaan BR-V di pasaran tempatan, anda tidak perlu terus berharap lagi.
BR-V dah tak masuk ye! BR-V cuma ada di Thailand dan Indonesia sahaja.
LUAR NAMPAK KECIL
Bahagian depan dan belakang.
Melihat kepada bahagian luarannya, model WR-V (Winsome Runabout Vehicle ) ini menyerupai model honda City Hatchback namun ia hadir dengan reka bentuk yang lebih sporty dan kecil berbanding HR-V.
Malah, ia menampilkan beberapa isyarat reka bentuk yang dilihat lebih padat dan agak funky.
Ini mungkin disebabkan lampu belakangnya yang berbentuk L ala FE5-gen Honda Civic selain pemegang pintu belakang yang tersembunyi manakala gril depannya agak sama dengan Honda HR-V.
Terdapat logo RS di bahagian gril manakala lampu depan akan berkelip ketika diparkir.
Bagi varian RS, WR-V menerima beberapa kit tambahan seperti gril depan menerima kemasan krom, lampu depan jenis LED penuh dengan lampu nyalaan siang hari bersama lampu tanda belok.
Bagi membezakan varian ini, terdapat logo RS di depan dan belakang. Bagi menyempurnakan penampilan WR-V ini, ia didatangkan dengan rim aloi bersaiz 17-inci.
Rim roda bersaiz 17-inci manakala lampu belakang berbentuk L.
Bagi menampakkan ia sporty, ia ditambahkan dengan spoiler belakang, ada antenna shark fin manakala ciri inovatif yang ada pada jentera ini ialah seperti cermin sisi lipat automatik, Smart Push-Start Button, penghidup enjin kawalan jauh dan Walk Away Auto Lock.
Pendek kata, reka bentuk yang vibrant and bold pasti menarik mata setiap orang yang melihatnya.
Mengenai saiz tayarnya pula, ia dikatakan mempengaruhi pemanduan dan pengendalian jentera selain membuatkan ia lebih tinggi sedikit berbanding varian lain.
Walaupun saiz tayarnya agak besar namun ia dilihat cukup sesuai dengan kerangka badannya yang nampak agak sporty.
Pandangan sisi.
Dari segi dimensi, WR-V adalah sepanjang 4,060 mm, selebar 1,780 mm, setinggi 1,608 mm jarak roda 2,485 mm manakala jarak kelegaan jalan 207 mm adalah saiz yang sesuai bagi kegunaan bandar yang praktikal.
WR-V adalah model SUV terkecil Honda dan lebih kecil berbanding dengan Perodua Ativa yang merupakan SUV paling laris di dalam pasaran kita.
Pendek kata, satu-satunya pesaing sengit WR-V adalah Perodua Ativa kerana rupa dan saiz mereka hampir sama cuma yang berbeza adalah harga.
Yang pasti harga Honda WR-V adalah sedikit keras berbanding dengan Ativa yang jauh lebih murah.
Apapun, tepuk poket tanya hati nak nampak kaya ke tak tetapi jangan sampai papa kedana di kemudian hari.
KABIN BIASA JER
Bahagian kabin nampak biasa.
Sebaik melangkah masuk ke dalam kabinnnya, penulis sedikit terkejut dengan bahagian kabinnya kerana ia nampak cukup simple berbanding dengan model Honda lain.
Apa yang paling ketara, ia masih menggunakan brek tangan jenis kereta lama tetapi ada baiknya juga kerana senang nak tarik brek berbanding butang-butang brek yang ada pada kereta baharu sekarang
Paling yang saya tak suka ialah bahagian tengahnya kerana membuatkan WR-V ini nampak kereta low class.
Bahagian tengahnya itu nampak murah kerana ia cuma dilengkapi dengan Power Outlet 12 Voltan, dua port pengecas di depan selain dua tempat pemegang cawan.
Ada dua port pengecas di bahagian depan.
Rekaannya itu membuatkan sedikit sendu.
Sementara itu, skrin infotainmen bersaiz 7-inci datang dengan Honda Connect serta ada ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto manakala kluster meter digital jenis semi dan bukannya sepenuhnya.
Sebahagian meter digitalnya dan skrin infotainmen (kanan).
Walaupun ada sisi buruknya namun saya tidak nafikan mengenai tempat duduknya, tidak kira tempat duduk pemandu atau penumpang belakang, kerusinya cukup empuk dan selesa.
Menyentuh mengenai tempat duduknya, kerusi depannya nampak ala semi bucket tetapi ia menawarkan kedudukan yang sangat selesa dan tidak berasa sempit.
Kesemua tempat duduknya varian RS dihiasi dengan jahitan berwarna merah bagi menampakkan lagi aura sportynya.
Kerusi belakang cukup empuk.
Pendek kata, Honda tetap menitikberatkan soal keselesaan dalaman walaupun bahagian luarannya nampak kecil.
Namun jika anda masuk ke dalamnya, ia cukup luas dan selesa.
Malah, dari segi ruang kelegaan kaki dan jarak kepala dengan bumbung kereta juga tidak mendatangkan masalah kerana ruangnya cukup luas.
Bagi ruang butnya pula, ia seluas 380 liter, dapatlah anda memuatkan dua atau tiga beg ke dalamnya dan boleh memuatkan tayar ganti bersaiz 16-inci.
Ruang but seluas 380 liter.
Bagaimanapun, anda boleh membesarkan ruangan butnya dengan merebahkan kerusi belakangnya.
Pendek kata, Honda menjanjikan ruang dalaman yang cukup selesa buat si pemiliknya.
PANDU UJI, TERASA HAVE-HAVE
WR-V ini cukup padu ketika melalui selekoh.
Sebelum menceritakan pengalaman saya memandu uji WR-V, untuk makluman anda, jentera ini disumbat dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 121 PS dengan tork setinggi 145 Nm yang disalurkan ke transmisi CVT.
Enjin WR-V.
Rangkaian kuasa itu sebenarnya sama sahaja dengan Honda City dan City Hatchback.
SUV ini agak tinggi kerana tayarnya bersaiz besar.
Walaupun ada di antara kita yang kecewa kerana WR-V tidak didatangkan dengan pilihan hibrid e:HEV, namun SUV kecil ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 11.3 saat manakala kelajuan maksiumumnya ialah 160 km/j.
Difahamkan, persediaan trenkuasa yang digandingkan dengan beberapa aspek mekanikal yang padu membuatkan ia menjanjikan pemanduan yang cukup dinamik.
Sebagai permulaan, WR-V mendapat versi ringkas casis BR-V baharu, ditambah dengan peredam topang Torsion-McPherson yang telah diperhalusi oleh jurutera Honda ASEAN semata-mata untuk menangani permukaan jalan raya di negara ini.
Sepanjang pemanduan, pengendalian kereta ini agak mewah terutama ketika tayar terperosok ke dalam lubang. Tidaklah terasa sangat macam kereta-kereta murah.
Jentera ini juga dilihat menyerap hentakan dengan begitu baik. Ketika saya mengambil beberapa selekoh tajam di Batu Arang, Selangor, ia langsung tidak terbuai.
Pendek kata, pemanduan WR-V cukup kelas, ia ada level tersendiri lebih-lebih ketika anda memandunya sendiri . Ia ada aura kemewahan di situ.
Bagaimanapun, ketika saya memecut melebihi had laju, saya tak dapat nafikan bunyi dari tayar dan angin mula meresap ke dalam kabin.
Nampak sporty.
Lagipun, jentera ini sebenarnya sudah mempunyai kuasa yang mencukupi untuk memotong kenderaan.
MILIKI CIRI KESELAMATAN TERBAIK
Untuk makluman anda, varian RS WR-V ini cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan pasif dan aktif dimana ia adalah sesuatu yang diharapkan oleh mana-mana pembeli pada masa sekarang.
Antara ciri keselamatannya.
Selain daripada ciri keselamatan pasif standard seperti enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Kawalan Cengkaman dan Kestabilan, ia juga dilengkapi dengan Honda SENSING.
Malah, terdapat juga sistem kamera LaneWatch.
Berbalik kepada Honda SENSING, ia menawarkan sistem bantuan ADAS yang merangkumi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Pelepasan Lorong (LDW) dan Kereta Depan Keluar Lorong (LCDN), yang bekerjasama dengan Kawalan Kelajuan Adaptif sedia ada.
Fungsi yang ada di bahagian stereng.
Sebelum terlupa, varian RS juga dilengkapi dengan Honda CONNECT, yang membolehkan ketersambungan ke kereta dari mana-mana sahaja pada bila-bila masa melalui telefon pintar pemilik.
Teknologi terbabit boleh meningkatkan aspek keselamatan dan kemudahan yang lebih baik kepada pemilik WR-V serba baharu.
Walaupun, tiada kamera 360 darjah dan Pemantauan Titik Buta (BSM), Honda WR-V RS masih setanding dengan kebanyakan kereta seangkatannya.
Ia dilengkapi dengan Honda Connect.
Dengan adanya, Honda CONNECT, ia mungkin menarik lebih banyak ciri keselamatan menerusi varian tertingginya.
HARGA KERAS TAPI MASIH LARI SEBAB NAMANYA H?
Ya, harga varian RS WR-V ini adalah RM107,900. Untuk imbasan semula, WR-V boleh didapati dalam empat varian.
Senarai harga.
Kesemua varian dikuasakan dengan enjin petrol manakala harga Honda WR-V 1.5 S ialah RM89,900, Honda WR-V 1.5 E (RM95,900) dan Honda WR-V 1.5 V (RM99,900).
Harga ini tidak termasuk insurans.
Biarpun, harga WR-V dilihat mahal sedikit namun bagi penulis ia dilihat berbaloi dengan penggayaan unik WR-V ini.
Dikhabarkan ramai juga yang sudah membeli WR-V walaupun ada yang lebih mampu milik dan lebih besar.
Pemilik pertama Honda WR-V diraikan pada tahun lepas.
Ini mungkin kerana namanya HONDA! Kenyataan saya ini dilihat kerana di luar sana ada lagi beberapa pilihan, namun WR-V tetap di hati rakyat Malaysia!
Lagipun, jenama popular itu pernah dinamakan sebagai pengeluar kereta paling dipercayai dalam laporan tahun 2022.
Bagi penulis, SUV mini Honda ini cukup sesuai bagi mereka yang bujang mahupun bagi pasangan yang mempunyai dua orang anak.
WR-V ditawarkan dalam lima pilihan warna.
Jadi bagi yang sudah jatuh hati selepas membaca kupasan saya, Honda WR-V 2023 ditawarkan dalam lima pilihan warna, termasuk warna baharu, putih mutiara stellar (Stellar Diamond Pearl), pertama kali seumpamanya untuk model Honda.
Warna lain ialah putih mutiara platinum (Platinum White Pearl), merah menyala metalik (Ignite Red Metallic), kelabu meteoroid metalik (Meteoroid Gray Metallic) dan hitam kristal mutiara.
Honda WR-V Serba Baharu ini boleh didapati di 101 pengedar sah Honda di seluruh negara.
Apapun, jangan lupa kongsikan pandangan anda!
SPESIFIKASI
2023 HONDA WR-V 1.5L RS
ENJIN | 1.5-litre 4-cyl nat-asp i-VTEC, Petrol |
TRANSMISI | CVT automatic with Paddle Shifters, Front-Wheel Drive (FWD) |
KUASA | 121 PS @ 6,600 RPM |
TORK | 145 NM @ 4,300 RPM |
0-100 KM/J | 11.3 saat |
V-MAKS | 160 KM/J |
EKONOMI | 6.0 liter/100 KM |
BERAT | 1,145 KG (kerb, claimed) |
HARGA | RM107,900 |
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC3086
SELANGOR
BSE4908
JOHOR
JXW6030
PULAU PINANG
PRQ3980
PERAK
ANV4057
PAHANG
CFB6804
KEDAH
KGA4472
NEGERI SEMBILAN
NEF7369
KOTA KINABALU
SJK7643
KUCHING
QAB3180L
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
Honda e:N1 Dibuka Untuk Tempahan, Boleh Gerak Sejauh 500KM, Bakal Dilancar Suku Kedua 2025
Crossover serba elektrik ini boleh ditempah melalui laman web tempahan rasmi Honda Malaysia.
15-04-2025
Honda Malaysia Lantik Pengarah Urusan & CEO Baharu, Narushi Yazaki
Honda Malaysia mengumumkan pelantikan Narushi Yazaki sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat.
07-04-2025
Honda Malaysia Umum Sasaran Jualan 2025 – 83,000 Unit & 3 Model Baharu!
Honda Malaysia menetapkan sasaran jualan sebanyak 83,000 unit kenderaan dan pegangan pasaran sebanyak 10.6% daripada jumlah volum industri (TIV) bagi tahun 2025.
03-03-2025
Honda Malaysia Sahkan 3 Model BEV, e:N1 Bakal Dilancarkan
Honda Malaysia baru-baru ini mengesahkan hala tuju elektrifikasinya bagi tahun ini.
02-03-2025
11,300 CR-V Terjual: Terajui Segmen SUV Saiz Pertengahan No 1 2024
Honda CR-V laku keras sejak dilancarkan dua tahun lepas.
07-02-2025
Honda Jual 81,600 Unit Kenderaan Tahun 2024 – Kekal Jenama Bukan Nasional Terlaris Malaysia
Honda Malaysia kekal sebagai jenama kenderaan penumpang bukan nasional nombor satu Malaysia selepas mencatatkan jualan sebanyak 81,600 unit pada tahun 2024.
09-01-2025
Honda Civic Facelift 2025 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM144K Sahaja
Honda Civic facelift ini hadir dalam 4 varian.
09-01-2025
Tempahan Honda Civic 2025 Dibuka, Ada 2 Varian
Honda Malaysia baru sahaja membuka tempahan Honda Civic 2025 namun akan dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.
12-12-2024
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat