Toyota Australia Kini Tawar Hampir 100% Model Hibrid Di Pasaran
Jenama automotif Jepun, Toyota kini menawarkan hampir 100% model hibrid di pasaran Australia.
Awal minggu ini, Toyota dilaporkan telah mengumumkan bahawa model yang laris seperti Corolla, Camry, Corolla Cross, RAV4 dan Kluger tidak lagi akan ditawarkan dalam versi trenkuasa enjin pembakaran dalaman (ICE), sepertimana yang telah dilakukan ke atas model hatchback Yaris dan Corolla serta crossover Yaris Cross dan C-HR sebelum ini.
Menurut Toyota Australia, langkah ini diambil berdasarkan permintaan pasaran. Syarikat tersebut turut meramalkan bahawa kenderaan elektrik hibrid (HEV) dan kenderaan elektrik bateri (BEV) akan menyumbang kepada lebih daripada separuh jualan kenderaan baharu di Australia menjelang tahun 2025.
Baca: Toyota Ambil Alih Syarikat Pengeluar Bateri EV Panasonic
Kalau anda perasan, satu model yang tidak disebut dalam rancangan ini ialah Toyota Prius, model yang sebelum ini dilihat sebagai model contoh dalam industri automotif untuk pembangunan sistem hibrid kenderaan. Model tersebut telah dihentikan di Australia dan mungkin tidak akan ditawarkan lagi pada masa akan datang memandangkan banyak pilihan hibrid lain ditawarkan.
Kereta-kereta sport Gazoo Racing (kiri), van dan trak pikap (kanan) tidak diberikan trenkuasa elektrik buat masa ini.
Selain model-model yang dinyatakan, model sport Gazoo Racing (GR) seperti GR Yaris, GR Corolla, GR86 dan GR Supra tidak akan diberikan ‘sentuhan elektrik’ buat masa ini.
Turut terkecuali ialah trak pikap 4x4 Hilux, Fortuner, kesemua barisan model Land Cruiser (J70, J250 dan J300) serta van Hiace dan Granvia.
Toyota Alphard dan Vellfire hibrid yang dipertontonkan semasa pameran Beyond Zero oleh UMW Toyota Motor awal tahun ini.
Namun, baru-baru ini Hilux muncul dengan trenkuasa hibrid ringkas (MHEV) 48 volt. Walaupun separa elektrik, trak pikap MHEV ini tidak diberikan logo ‘Hybrid’ seperti model-model HEV Toyota yang lain.
“Setakat ini bagi tahun ini, jualan keseluruhan HEV kami telah meningkat lebih daripada dua kali ganda iaitu kepada 46,821 unit kenderaan berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan semua model menunjukkan permintaan yang tinggi.
“Secara keseluruhannya, kami kini telah menjual lebih daripada 430,000 HEV di Australia sejak pelancaran Prius pada Oktober 2001," kata Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Operasi Francais Toyota Australia, Sean Hanley.
Beliau juga mencatatkan bahawa pegangan pasaran model HEV Toyota di Australia yang telah mencapai 33.5% pada 2023, meningkat kepada 46.6% dalam lima bulan pertama 2024.

Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPF6912
SELANGOR
BSF3581
JOHOR
JYA1423
PULAU PINANG
PRR3488
PERAK
ANW4860
PAHANG
CFB9589
KEDAH
KGA8447
NEGERI SEMBILAN
NEG1767
KOTA KINABALU
SJL1821
KUCHING
QAB4847L
Terakhir Kemas Kini 09 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.94
-0.03
Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2025
Berita Terkini
Kit Aerodinamik Untuk Toyota GR Yaris Tapi Malangnya Tak Masuk Malaysia
HKS melancarkan kit badan aero terbaharu untuk hot-hatch Toyota GR Yaris, baru-baru ini.
06-06-2025
Ini Dia Geely A7 EM-i PHEV Segmen-D, Adakah Ini Mungkin Proton Perdana Seterusnya?
Geely telah memperkenalkan sebuah sedan segmen-D elektrik baharu untuk pasaran domestiknya, baru-baru ini.
06-06-2025
Volvo Cars Perkenal Tali Pinggang Keledar Multi Adaptif pertama di dunia Untuk Volvo EX60
Volvo Cars bakal memperkenalkan teknologi pertama di dunia, tali pinggang keledar multi-adaptif yang akan disediakan dalam model Volvo EX60, mulai tahun depan nanti.
05-06-2025
Dilancar: Toyota Aygo X Hybrid GR Sport: Sudah Mula Dijual Di Eropah
Toyota dilaporkan sudah mengemaskini model hibridnya, Toyota Aygo X Hybrid dan sudah pun dijual untuk pasaran Eropah, baru-baru ini.
03-06-2025
Toyota Bakal Pasang Toyota GR Corolla Di Kilang UK Pula? Jadi, Ini Pertama Kali GR Corolla Dipasang Di Luar Jepun
Pengeluaran model hot-hatch GR Corolla akan dilaksanakan di United Kingdom bermula tahun depan.
03-06-2025
Dilancar: Geely Radar King Kong EM-P PHEV Sudah Mula Dijual Di China
Trak pikap Radar King Kong EM-P versi Plug-in hybrid (PHEV) sudah pun dilancarkan di China baru-baru ini.
30-05-2025
Land Rover Defender 2026 – Kini Lebih Eksklusif & Ada Ciri Off-Road Canggih
Jaguar Land Rover (JLR) secara rasmi telah memperkenalkan versi terkini bagi model ikoniknya, Land Rover Defender.
29-05-2025
Antonio Filosa Dilantik CEO Baharu Stellantis, Ganti Carlos Tavares
Stellantis mengumumkan pelantikan Antonio Filosa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu.
29-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat