ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Carz.com diberi peluang menyertai sesi pandu uji Festival Snow dan GWM Ice yang diadakan di kawasan pergunungan Changbai, China pada Januari lepas.

Menerusi program mencabar itu, wakil kami berpeluang menguji ketahanan GWM Tank 500 yang akhirnya berjaya membuktikan kehebatan kejuruteraan GWM.

Kejuruteraan mereka sebenarnya menunjukkan GWM Tank 500 ini mampu meredah pelbagai cabaran rupa bumi termasuk dalam apa jua keadaan cuaca.

image.png

Untuk makluman, GWM Tank 500 Hi4-Z serba baharu ini dikuasakan dengan enjin petrol 2.0 liter dan sistem pacuan empat roda elektrik (4WD). 

Dengan dua motor elektrik, ia mampu menghamburkan kuasa setakat  851 hp dan tork  1,165 Nm.

Bagaimanapun,  Tank 500 Hi4-Z yang dipandu uji ini sebenarnya tidak sama dengan unit pratonton yang didedahkan pada  KL International Mobilit Show (KLIMS) 2024.

Tank 500 yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia nanti akan dijual pada harga sekitar RM400,000.

image.png

Versi untuk kita dikatakan akan menampilkan  enjin petrol 4 silinder pengecas turbo 2.0 liter yang dipasangkan dengan motor elektrik hibrid. 

Ini membolehkan ia mampu menghamburkan kuasa setakat 346 hp dan tork 658 Nm – dimana hamburan tenaga yang diberikan itu sudah memadai untuk meredah trafik di ibu kota mahupun melakukan off-road.

Berbalik kepada acara itu, pelumba terkenal, Lu Binglong  juga turut serta dalam sesi pandu uji Tank 500.

image.png

Berbalik kepada unit pandu uji, Tank 500 yang diuji itu dikatakan menggunakan suspensi adaptif dimana ia menawarkan pemanduan yang lebih selesa pada permukaan jalan yang beralun, berlubang mahupun berbatu.

Malah, GWM ada juga menampilkan ciri GWM Off-Road Alliance pada acara itu dimana ia bertujuan untuk menerokai laluan off-road.

Ia menjanjikan latihan dan pengalaman yang disesuaikan untuk meningkatkan pengembaraan tempatan. 

image.pngimage.png

Sistem cengkaman lanjutan  yang ada pada jentera ini juga memastikan keyakinan dalam menangani rupa bumi yang tidak dapat diramalkan, sama ada di atas pasir pantai atau laluan berlumpur.

Ciri Off-Road Alliance yang akan diperkenalkan di Malaysia juga dijangka akan memberi tumpuan kepada kemahiran praktikal, seperti menavigasi tanjakan curam, menyeberangi jalan berair dan mengoptimumkan prestasi kenderaan. 

image.png

Secara keseluruhannya, program pandu uji itu bukan hanya tentang mempamerkan kenderaan tetapi menunjukkan mengamalkan gaya hidup. 

Komitmen GWM untuk memupuk komuniti dan mereka bentuk kenderaan untuk semua persekitaran sejajar dengan pemanduan di Malaysia nanti. 

Selepas menyaksikan sendiri aksi jentera GWM Tank 500, kami cukup teruja untuk melihat bagaimana GWM akan mentakrifkan semula penggendalian jentera itu di Malaysia.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPM4730

SELANGOR

BSG7431

JOHOR

JYE4425

PULAU PINANG

PRT569

PERAK

ANY6659

PAHANG

CFD365

KEDAH

KGB6235

NEGERI SEMBILAN

NEG6290

KOTA KINABALU

SJL9999*

KUCHING

QAB8348L

Terakhir Kemas Kini 02 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.17

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

EURO 5 B7

RM 3.11

Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Global

GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China

Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV.

28-07-2025
Global

GWM Perkenal GWM Tank 500 Diesel Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Malaysia Pula Terima Model Ini?

GWM Tank 500 kini hadir dengan varian diesel baharu di Thailand.

23-07-2025
Kereta Baru

SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini

GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di MAS 2025.

02-05-2025
Kereta Baru

Ditayang: GWM Tank 500 HEV, Tempahan Sudah Dibuka, Harga Anggaran RM350K

GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.

15-04-2025
Berita Auto

GWM Cipta Rekod Tersendiri, Catat Jualan 331% Tahun Lepas

reat Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan pertumbuhan tahunan sebanyak 331% pada tahun lepas.

10-01-2025
Kereta Baru

KLIMS 2024: GWM Dedah Model Terbaharunya, GWM Tank 500, GWM WEY 80

Great Wall Motor (GWM) mendedahkan dua model baharunya, GWM Tank 500 dan GWM WEY 80 di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

05-12-2024

Berita Terkini

Pandu Uji

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.