ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

BMW Lakar Kejayaan Apabila Hasilkan xEV Yang Ke-3 Juta Dari Kilang Pengeluarannya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW melakar kejayaan terbaharu apabila  menghasilkan kenderaan elektrifikasi (xEV) yang ke-3 juta di kilangnya yang terletak di Munich, Jerman baru-baru ini.

xEV ke-3 juta yang keluar dari kilang pemasangan Munich adalah  BMW 330e Touring generasi G21 dalam warna Portimao Blue, yang ditujukan untuk pasaran United Kingdom.

Pengeluaran xEV ke-tiga juta ini bukan sahaja satu pencapaian penting bagi Kumpulan BMW, tetapi juga menandakan prestasi kukuh produk elektrifikasi mereka sejak ia diperkenalkan. 

Pada tahun lepas, satu daripada empat kenderaan yang dijual oleh kumpulan itu sudah pun merupakan kenderaan elektrik sepenuhnya (BEV) atau hibrid plug-in (PHEV). 

BMW juga mengumumkan bahawa lebih daripada 1.5 juta BEV yang terdiri  daripada BMW, MINI, dan Rolls-Royce telah dihantar ke seluruh dunia.

image.pngimage.png

Jualan kenderaan xEV Kumpulan BMW juga menunjukkan pertumbuhan positif setakat tahun ini, di mana angka jualan BEV dan PHEV meningkat sebanyak 28.5% pada  suku pertama tahun 2025.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 157,495 unit.Selain itu,  kenderaan elektrifikasi mewakili 26.9% daripada semua penghantaran oleh BMW sehingga bulan Mac tahun ini, dengan BEV sahaja menyumbang kira-kira 18.7% daripada jumlah penghantaran mereka.

Biarpun angka ini agakpositif namun ia masih agak jauh daripada matlamat Kumpulan BMW untuk menjadikan BEV melebihi 50% daripada penghantaran mereka menjelang akhir dekad ini.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk xEV, semua kilang Kumpulan BMW di seluruh dunia kini menghasilkan kenderaan elektrifikasi selain d model pembakaran dalaman sepenuhnya. 

image.pngimage.png

Bermula di Kilang BMW Group Leipzig pada tahun 2013, kumpulan ini telah mengintegrasikan kereta elektrik dalam pengeluaran di semua kilang mereka di seluruh dunia, dimana kebanyakan pengeluaran xEV mereka dikongsi bersama model ICE sepenuhnya untuk fleksibiliti yang lebih baik.

Sementara it, ahli Lembaga Pengurusan yang bertanggungjawab untuk Pengeluaran, Milan Nedeljković menyifatkan dengan  pengeluaran yang sangat fleksibel, Kumpulan BMW mampu memenuhi  kehendak pelanggan selaras dengan trend pasaran dan permintaan.

image.pngimage.png

“Semua kilang dalam rangkaian pengeluaran global kami telah dipersiapkan untuk elektromobiliti, sekali gus membuka laluan kepada pertumbuhan berterusan dalam segmen ini,” katanya.

Susulan itu,  Kumpulan BMW juga telah meningkatkan pengeluaran komponen rangkaian kuasa elektriknya, di mana pengeluaran kini berkembang melebihi kilang mereka di Dingolfing, Jerman. 

Dengan kilang Dingolfing sudah mencapai kapasiti tahunan sebanyak 500,000 unit pemacu elektrik sejak tahun 2022, kumpulan ini telah memperluaskan pengeluaran e-drive ke kilang lain seperti Regensburg, Leipzig, dan juga kilang Spartanburg di AS.

image.png

Untuk masa akan datang,  kilang Kumpulan BMW di Munich dijangka akan beralih sepenuhnya kepada pengeluaran BEV menjelang akhir tahun 2027, yang bermaksud bahawa model 3 Series enjin pembakaran dalaman sudah tidak akan dihasilkan lagi.

Sebaliknya, kilang Munich akan bertanggungjawab untuk menghasilkan BMW i3 baharu berasaskan Neue Klasse, yang dijangka dilancarkan pada tahun depan.





Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS2271

SELANGOR

BSU1401

JOHOR

JF384J

PULAU PINANG

PSF9490

PERAK

APL8039

PAHANG

CFH8716

KEDAH

KGJ3035

NEGERI SEMBILAN

NEM1410

KOTA KINABALU

SJU3520

KUCHING

QAB6589P

Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

01-05-2025
Berita Auto

05-02-2025
EV

21-01-2025
Berita Auto

07-02-2025
Berita Auto

20-02-2024
EV

16-10-2023
EV

31-12-2022

Berita Terkini

Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026
Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.