Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Terima kasih kepada Hyundai Motor Malaysia (HMY) kerana sudi menjemput Carz.com untuk menguji sendiri prestasi Hyundai Santa Fe 2025 dengan laluan yang ditetapkan bermula dari Kuala Lumpur ke Desaru, Johor Bahru.
Sesi pandu uji ini berlangsung selama tiga hari bermula pada 8 Oktober lalu dimana pihak HMY telah menyediakan 3 unit Santa FE 2025 iaitu varian 1.6 HEV Prime, 1.6 HEV Prestige dan yang penting ialah varian paling tinggi iaitu 2.5 liter turbo Calligraphy.
Bagi yang tidak tahu, pihak HMY telah melancarkan secara rasminya model Santa Fe 2025 pada awal Julai lalu.
Model CBU ini didatangkan dengan tiga varian dimana HEV Prime dijual dengan harga RM225,000, HEV Prestige ( RM245,000) dan 2.5T Calligraphy pula (RM270,000).
Berbalik kepada sesi pandu uji, ini 5 PERKARA yang anda patut tahu tentang Hyundai Santa Fe 2025.
1. SUV BERKOTAK TETAPI PREMIUM, BERGAYA!
Hakikatnya, luaran Hyundai Santa Fe 2025 agak mengagumkan kerana ia hadir dengan rekaan yang cukup unik dan gah. Sekilas pandang, ia kelihatan seakan-akan seperti Range Rover dan Land Cruiser .
Melihat sahaja bahagian hadapannya, apa yang paling menonjol ialah lampu depan dengan rekaan H-Light LED yang merupakan identiti terkini Hyundai.
Apa yang penting, dari jauh anda sudah tidak perlu memerah otak kerana terang-terangan anda akan tahu, ia adalah model Hyundai.
Selain lampu depan berbentuk H, lampu belakangnya juga diberi rekaan yang sama. Jika diamati di bahagian grilnya, kebanyakan rekaan adalah jenis berkotak dimana SUV ini kelihatan lebih maskulin dan tegap. Tidak ketinggalan, ia hadir dengan gril radiator bersama krom gelap.
Dari segi dimensi, saiznya dikatakan lebih besar daripada versi sebelum ini dengan dimensi 4,830 milimeter (mm) panjang, 1,900 mm lebar dan 1,720mm tinggi serta jarak antara roda 2,815mm.
Santa Fe 2025 ini hadir dengan profil SUV yang agak tinggi dan jika anda berdiri di belakang SUV ini, anda akan melihat bahagian belakangnya agak sedikit langsing berbanding daripada bahagian tengahnya manakala kedudukan bonetnya juga kelihatan sedikit tinggi berbanding dengan pendahulunya, selain terdapat rak bumbung.
Secara keseluruhannya, selain bahagian hadapannya yang agak mengancam, tidak ketinggalan bahagian belakangnya kerana ia sedikit pelik.
Selain kelihatan berkotak atau bersegi, nampaknya pihak Hyundai berjaya membuktikan satu kelainan dimana tiada pada mana-mana SUV lain setakat ini.
Sementara itu, wiper belakangnya juga kelihatan tersembunyi yang sebenarnya bertujuan untuk memberikan rekabentuk bersih dan minimalis.
Penulis juga mendapati overhang depan juga pendek, sementara lengkuk fender bersegi yang ada dapat memuatkan rim aloi 18 (varian prime), 20 (Prestige) dan 21-inci(Calligraphy).
Tidak ketinggalan, setiap pilar A, B, dan C hadir dengan kemasan warna hitam dan hanya varian Calligraphy hadir dengan pemegang pintunya tersembunyi di tiang C untuk memudahkan akses kepada bumbung.
Pendek kata, bahagian luarannya memberi aura mewah dan moden, selari trend SUV masa kini.
2. KABIN MEWAH, MODEN
Untuk sesi pandu uji pertama, penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe varian Prime. Ketika melangkah masuk sahaja ke kerusi pemandunya, saya mendapati ruang bukaan pintunya agak luas dan tidak begitu bersusah payah untuk untuk memasuki SUV ini.
Biaprun varian biasa, ia menawarkan pelbagai ciri dan ia dilihat sudah memadai untuk mereka yang mencari sebuah SUV yang selesa untuk sebuah keluarga besar.
Ini kerana varian asas ini hadir dengan skrin infotainmen yang bersambung dengan panel instrumen bersaiz 12.3 inci dalam paparan melengkung.
Malah, papan pemukanya juga berbentuk H selain hadir dengan sistem pengecasan dwiwayarles yang pertama dalam kenderaan Hyundai yang menawarkan kemudahan tambahan untuk penumpang tempat duduk hadapan.
Malah, ruang konsol tengah kini dipenuhi dengan 2 ruang pengecas telefon tanpa wayar, 2 pemegang cawan, dua kotak sarung tangan, dan slot USB-C dengan kapasiti hingga 27 watt.
Antara yang masih dikekalkan ialah butang capacitive touch untuk kawalan pendingin, namun untuk kawalan suhu ia menggunakan tombol fizikal berbentuk bulat.
Seperti SUV lain di pasaran, Hyundai Santa Fe 2025 juga hadir dengan sambungan wireless Apple CarPlay, Android Auto, kerusi berventilasi, kerusi kulit, interior Bose Sound system.
Selain varian Prime, penulis berkesempatan memandu uji varian Caligraphy. Namun kabin Caligraphy agak berbeza kerana ia hadir dengan warna putih sekali gus memberi aura yang cukup mewah dan penulis terasa seperti datin.
Baru sahaja pegang stereng, penulis sudah dapat merasakan aura premiumnya, maka, tidak hairanlah mengapa harga Calligraphy ini diletakkan setinggi RM270,000. Rupanya, ada sebabnya!
Baru melabuhkan punggung ke tempat duduk pemandu, penulis sudah terasa macam mak datin!
Barulah saya faham mengapa secara spontan Ketua Pemasaran Hyundai Motor Malaysia, Ahmad Nasyami Mihat berseloroh pada saya "Tak Kenal Maka Tak Cinta,".
Benar kata Tuan Nasyami, pada mulanya saya beranggapan, ia seperti SUV lain yang pernah saya uji selama ini, namun jauh di sudut saya, kereta-kereta Hyundai sebenarnya menyimpan mesej tersirat, Untuk mengetahui, anda juga patut cuba pandu uji SUV ini.
Berbalik kepada penilaian saya, bagi varian Caligraphy, ia hadir dengan konfigurasi enam tempat duduk selain dilengkapi dengan perehat lengan dimana ia boleh dibuka dari depan dan belakang.
Satu lagi adalah mengenai kerusi Relaxation Seat yang hadir dengan perehat kaki dan ia boleh direbahkan dengan hanya dengan satu sentuhan.
Saya berpendapat butang-butang yang ada pada SUV ini juga tidaklah begitu sukar kerana semuanya tertera dengan terang-terangan.
Ruang penumpang belakang juga agak luas namun kerusi barisan ketiganya masih boleh diduduki orang dewasa yang mpunyai ketinggian 157 sentimeter kerana ia menawarkan ruang kaki yang terbaik bagi kenderaan dalam kelasnya, dan 10-darjah lebih condong.
Untuk masuk ke barisan tempat duduk ketiga, kerusi barisan kedua boleh dilipat dengan hanya satu sentuhan.
Apa yang cukup menarik ialah apabila penulis cuba untuk menduduk ke kerusi belakang, kerusi barisan kedua boleh dilipat rata untuk memberikan ruang yang luas sehingga cukup mudah untu melangkah masuk ke bahagian belakangnya.
Mengenai ruang but pula, ia adalah seluas 628 liter, dan jika kerusi belakang direbahkan, ia menjadi 1,949 liter. Kelengkapan lain yang ada termasuk cermin pandang belakang digital, head-up display, bumbung panaromik berkembar (hanya Caligraphy) dan banyak lagi.
Mengenai ciri keselamatannya, ia sebenarnya cukup sarat dengan pelbagi ciri keselamatan namun bergantung kepada varian. Apa yang penting, semua varian dilengkapi dengan 10 beg udara.
Hyundai SmartSense juga terdapat pada semua varian yang termasuk Bantuan Elak Rempuhan Titik Buta, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Ikut Lorong, Kawalan Cruise Pintar dengan Henti & Gerak, Bantuan Elak Rempuhan Lintas Trafik Belakang, Bantuan Keluar Selamat dan Bantuan Lampu Tinggi.
Varian Prime mempunyai Bantuan Elak Rempuhan Hadapan (FCA 1.5) dengan pengesanan membelok pejalan kaki dan penunggang basikal.
Varian Prestige dan Calligraphy pula hadir dengan Bantuan Elak Rempuhan Hadapan (FCA 2.0) dengan keupayaan canggih seperti pengesanan langsung kenderaan akan datang, pengelakan pertukaran lorong, bantuan stereng pemandu dan stereng mengelak automatik
Varian Prestige dan Calligraphy juga menawarkan Monitor Pandangan Titik Buta, Bantuan Elak Rempuhan Letak Kereta dan Monitor Pandangan Persekitaran dengan visualisasi 3D dan Mod Sambungan Treler.
Pendek kata, anda jangan bimbang kerana semua varian ini menawarkan pelbagai ciri keselamatan tersendiri yang sememangnya sudah memadai untuk kegunaan dalam bandar mahupun perjalanan jauh.
4. PANDU UJI.
Bagi varian hybrid, Hyundai Santa Fe 2025 dilihat masih mengekalkan sistem janaan kuasa model terdahulu, dengan unit 1.6 liter turbocas dan suntikan terus (T-GDi) Smartstream empat-silinder petrol.
Varian hibrid ini mampu menghasilkan kuasa setakat 180 PS dan tork 265 Nm namun dengan adanya dengan sebuah motor elektrik 65 PS/264 Nm dan transmisi automatik enam-kelajuan, ia secara keseluruhannya menghasilkan kuasa setakat 235 PS dan 367 Nm.
Namun lain pula bagi varian tertinggi Calligraphy 6-tempat duduk kerana ia dilengkapi enjin petrol turbo 4-silinder 2.5 liter T-GDi Theta II. Varian ini mampu menghasilkan kuasa setakat 281 PS dan 422 NM dan digandingkan dengan kotak gear automatik DCT 8-kelajuan serta sistem pacuan semua roda (AWD) HTRAC Hyundai.
Sepanjang saya memandu uji varian Prime dan Caligraphy, saya cukup tertarik dengan pemanduannya kerana ia langsung tidak terbuai di atas jalan. Walaupun ada beberapa kawasan angin melintang,SUV ini tetap menawarkan pemanduan yang cukup responsif.
Ini juga kali pertama, saya cukup yakin untuk mengekalkan pemanduan saya hanya di lorong kanan kerana sebelum ini, beberapa unit SUV yang pernah dipandu, ia mudah terbuai di atas jalan sehinggakan saya terpaksa lebih berhati-hati untuk memandu memandangkan ia merupakan unit test drive.
Sementara itu, ketika di selekoh dan lebuh raya pula, badan SUV ini cukup terkawal dan apa yang penting ia sterengnya menawarkan respons yang cukup baik walaupun terasa sedikit berat.
Bagaimanapun, penulis tidak berkesempatan memandu uji di di kawasan bukit memandangkan setiap unit ditempatkan dengan tiga wakil media. Ia bertujuan untuk memudahkan setiap daripada kami dapat merasai pemanduan secara bergilir-gilir.
Namun tidak dinafikan, varian Prime yang diuji, kedengaran bunyi angin masuk ke dalam kabin, ini mungkin kerana pemanduan saya ketika itu sekitar 150 kilometer sejam. Sebaliknya, pemanduan varian Caligraphy, bunyi angin tidaklah begitu ketara berbanding dengan varian asas.
Malah, deruman enjin Calligraphy agak punchy dan cukup bertenaga namun bagi varian Prime, enjinnya juga boleh tahan.
Secara keseluruhannya, saya cukup tertarik dengan pemanduan Hyundai Santa Fe 2025 kerana ia bukan sahaja gah dari segi luaran mahupun dalamannya tetapi menawarkan pemanduan yang mencukupi.
Biarpun, anda seorang wanita atau ibu, saya berpendapat itu tidak menjadi penghalang besar untuk memandu SUV ini sebaliknya cukup selesa.
5. AKHIR KATA:
Santa Fe 2025 dilihat cukup sesuai dengan mereka yang mempunyai keluarga namun tidak bermakna ia tidak sesuai untuk yang bujang. Apa yang penting, kemampuan masing-masing. Bagi saya, ia merupakan sebuah SUV yang cukup sempurna dengan gaya moden, lasak dan cukup futuristik.
Tidak kurang juga dengan tawaran pelbagai ciri menarik di dalam kabin dan juga reka bentuknya yang cukup mengancam, saya cukup yakin, bagi sesiapa yang ternampak SUV ini, anda pasti akan menoleh ke belakang dua kali.
Bagi yang berminat, Hyundai Santa Fe 2025 hadir dalam 4 pilihan warna iaitu Abyss Black Pearl, Creamy White Pearl, Ecotronic Gray Pearl dan Ocado Green Pearl.
Calligraphy menerima Earthy Brass Matte sebagai pilihan warna tambahan. Bahagian dalamnya menampilkan tempat duduk berwarna putih dan coklat.
Jika anda sedang tercari-cari SUV bawah RM250,000, Santa Fe 2025 adalah jawapannya!
Lebih menarik sempena akhir tahun ini, pihak HYM menawarkan ganjaran sehingga RM13,000 bagi mereka yang menempah Santa Fe termasuk 8 kali servis percuma (bernilai RM6,000) atau rebat tunai RM5,000 namun ia hanya ditawarkan untuk varian terpilih dan selagi stok ada.
Untuk keterangan lanjut, KLIK!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPV1031
SELANGOR
BSJ4259
JOHOR
JYJ1787
PULAU PINANG
PRU7281
PERAK
APB7058
PAHANG
CFD7240
KEDAH
KGC5815
NEGERI SEMBILAN
NEH3534
KOTA KINABALU
SJN857
KUCHING
QAB3326M
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.18
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.93
EURO 5 B7
RM 3.13
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2025
Berita Berkaitan
Hyundai Motor Malaysia, Selangor FC Meterai MoU, Staria Jadi Kenderaan Rasmi Pasukan
HMY secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pasukan Selangor FC atau lebih dikenali sebagai Red Giants.
02-09-2025
Hyundai Motor Malaysia Rakan Mobiliti Rasmi Selangor FC Musim 2025-2026
Hyundai Motor Malaysia (HMY) muncul sebagai ‘Rakan Mobiliti Rasmi’ bagi pasukan bola sepak Selangor FC untuk Liga Super Malaysia (MSL) 2025-2026.
10-08-2025
Dilancar: Hyundai Tucson Facelift 2025 Masuk Pasaran, Harga Marhaen
Hyundai Motor Malaysia turut melancarkan secara rasminya Hyundai Tucson Facelift 2025 ke pasaran tempatan, pagi tadi.
02-07-2025
Dilancar: Hyundai Staria Facelift 2025, Harga Bermula Dari RM180K
Hyundai Motor Malaysia melancarkan secara rasminya, Hyundai Staria versi Facelift 2025, di ibu negara, sebentar tadi.
02-07-2025
Tiga Model Facelift Hyundai Dilancar: Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson, Hyundai Staria
Selepas mendedahkan kepada media pada minggu lalu, Hyundai Motor Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya ketiga-tiga model versi facelift, Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson dan Hyundai Staria, di ibu negara sebentar tadi.
02-07-2025
Hyundai Motor Malaysia Lancar Platform Media Sosial Baharu - Sedia Ambil Alih
Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah melancarkan halaman media sosial rasmi di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain.
11-06-2025
Berita Terkini
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!
Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.
22-08-2025
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13
Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.
31-07-2025
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty
Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...
30-06-2025
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!
Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.
27-06-2025
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.
27-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat