Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bz4x Terajui Siri Baharu BEVs Toyota

Suhana Veru

Kongsi melalui

Toyota Motor Corporation mengumumkan mengenai ketibaan barisan kenderaan bateri elektrik (BEVs) yang bakal menggegarkan dunia.

Pada peringkat awal, Toyota akan memperkenalkan siri Toyota bz  yang menampilkan Konsep Toyota bZ4X.


Biarpun perjalanan jentera ini masih panjang, namun Toyota sudah menyimpan impian untuk menawarkan sekurang-kurangnya 70 model kereta elektrik menjelang tahun 2025.

Berdasarkan jumlah itu, Toyota berhasrat untuk menghasilkan  15  kenderaan BEVs manakala, tujuh daripada 70 model kereta itu juga adalah model baharu Toyota bZ. 


Bagi membangunkan pengeluaran BEVs, syarikat itu juga telah mengambil dua langkah berdasarkan kelebihan BEVs dimana ia dikatakan mampu mengurangkan pengeluaran karbon monoksida.

 Selain itu, ia juga berusaha untuk mewujudkan pendekatan “mobiliti untuk semua”.


Pendekatan ini memfokuskan BEVs berkapasiti kecil, jarak dekat dan kompak-ultra BEVs dengan mencipta ruang perniagaan baharu seperti pengkomersilan penggunaan semula bateri atau bateri kitar semula.

Malah, siri BEVs Toyota bZ baharu juga dikatakan menggunakan pendekatan berpusatkan-manusia yang bertujuan untuk menggunakannya secara meluas di negara-negara seperti China, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Segmen BEVs dilihat menerima permintaan tinggi daripada negara-negara berkenaan (China, AS dan Eropah) termasuk bekalan elektrik yang telah diperbaharui. 


Sekarang, jom kita lihat mengenai siri baharu Toyota Bz dengan lebih terperinci.

Siri bZ ini bermaksud Beyond Zero yang bertujuan untuk memberi pelanggan dengan nilai sifar emisi.

Siri model Toyota bZ akan dibina di platfrom baharu BEV dengan ciri-ciri seperti penjelahan yang lebih praktikal.

Ia  juga bercirikan susur atur dalaman yang lebih terbuka manakala, bahagian luarannya direka dengan unik dimana ia menekankan penampilan BEV.

Toyota bZ yang dibina di atas platform yang khusus boleh digunakan untuk pelbagai variasi dari segi saiz dan reka bentuk.

Oleh itu,  Toyota Bz4X akan menjadi dalam barisan pemasangan SUV BEV yang dibangunkan oleh Toyota Motor Corporation dengan kerjasama Subaru.

Kenderaan baharu yang menggunakan platform e- Toyota New Global Architecture itu dilihat memanfaatkan kelebihan Toyota yang mempunyai kepakaran dalam elektrifikasi kenderaan manakala, Subaru pula memiliki teknologi sistem pacuan semua roda (AWD) yang luar biasa.

Menerusi kombinasi kepakaran dua syarikat itu, Toyota bZ4X dikatakan memiliki banyak ciri seperti kombinasi  jarak roda panjang dengan anjur (overhang)  yang lebih rendah.

Hakikatnya, kedua-dua rekaan dan ruang dalaman ini menawarkan keselesaan ruang belakang Seolah-olah seperti kenderaan segmen-D.

Dalam pada itu, kombinasi stereng yok (tidak mempunyai sambungan stereng di bahagian atas) memberikan pengendalian yang lebih baik dengan respons dan sudut belokan yang lebih tepat.

Ia juga meggunakan sistem kawalan elektronik steer-by-wire yang dikatakan mampu memberikan pemanduan yang lebih lancar seperti mana yang dikehendaki pemandunya.

Sistem pengecas solar pada kereta ini juga membantu menambah jarak geraknya.

Jika diamati dengan lebih dekat jentera ini, kedudukan panel instrumen yang berada pada tahap yang rendah selain  lokasi kluster instrumen di atas stereng dilihat bukan sahaja  hanya untuk memperluaskan ruang kenderaan tetapi juga meningkatkan penglihatan.

Tindakan ini dilihat sekurang-kurangnya  menyumbang kepada pemanduan yang selamat dan selamat.

BZ4X yang juga mengguna pakai sistem baharu AWD dimana ia menggabungkan prestasi pemanduan yang selamat dan ia memberi respons unik terutamanya ketika meredah jalan off-road.

Menurut beberapa laporan antarabangsa, jentera ini bakal menggegarkan dunia kerana memiliki ciri-ciri unik yang luar biasa.

Sehubungan itu, Toyota dikatakan berhasrat untuk menghasilkan Toyota bZ4X di Jepun dan China. 

Syarikat berkenaan juga berharap ia dapat memulakan jualan model tersebut selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan.

Fuhh, tinggi betul harapan Toyota. 

Apakah pendapat anda? Jangan lupa kongsi pendapat anda di bawah ruangan ini!






Gallery

Tag:

Toyota
Toyota BEV
Toyota bZ4X
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026