Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bugatti Chiron Yang Ke-300 Bakal Meninggalkan Kilang Bugatti Di Perancis

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bugatti telah pun menyelesaikan pemasangan kereta yang ke-300 mereka, Chiron Pur Sport yang mana dijangka bakal meninggalkan kilang Atelier yang berlokasi di Alsace, Perancis.  

"Bugatti bermaksud kereta sports hiper yang paling luar biasa, berkuasa dan elegan di dunia.  Dengan keluaran kereta yang ke-300 ini, kami sekali lagi menunjukkan kecekapan dari segi kualiti dan pembinaan (berdasarkan tempahan). Chiron Pur Spor dijamin akan memberikan nikmat kepada pengguna. Di samping prestasi pemanduannya yang menakjubkan, ia digabungkan dengan kemahiran kejuruteraan dan juga reka bentuk yang terbaik serta mutu ketukangan yang luar biasa," ujar presidennya, Stephan Winkelmann.  



Chiron ke-300 ini telah dikongfigurasikan satu per satu daripada elemen yang terkecil oleh peminat Bugatti dengan menggunakan “Nocturne" sebagai warna dominan pilihan. Cermin sisi, cermin perumah luaran kereta, pengelap cermin depan, ladam Bugatti dan juga cermin belakang menggunakan warna Grey Carbon atau karbon kelabu. Sementara itu logo Bugatti diwarnakan dengan warna Gris Rafale (kelabu).  Garisan C khas kenderaan, bezel lampu belakang dan rim menggunakan warna Gun Powder (sejenis warna kelabu) sebagai kontra, dengan warna karbon cerah untuk bahagian hud kereta.  


Bagi ruangan dalaman, Bugatti didatangkan dengan pakej Pur Sport Interior dengan warna Beluga Black untuk bahagian kulit dan Alcantara. Untuk jahitannya pula, warna yang kontra Gris Rafale telah digunakan.  Lukisan seekor gajah dapat dilihat pada bahagian penyandar kepala. Lukisan ini melambangkan penghormatan kepada adik Ettore Bugatti (pengasas Bugatti). Ciri tambahan Sky View turut ditawarkan, membolehkan penumpang belakang menikmati pemandangan langit. 


Bugatti Chiron Pur Sport terkenal dengan ketangkasannya, pengendaliannya dan juga prestasinya.  Tayar yang dioptimumkan untuk menawarkan prestasi cengkaman yang baik dan juga ciri aerodinamik kereta memberikan daya kestabilan yang tinggi kepada kenderaan.  Kenderaan ini dikuasakan oleh enjin W16 8.0L yang dapat menjana 1,479 hp dan 1,600 Nm. Chiron Pur Sport boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 2.3 saat.  


Hanya 60 unit Chiron Pur Sport ditawarkan di seluruh dunia dalam harga bersih mencecah 3 juta euro. Dihasilkan untuk memberi kepuasan pecutan kepada pemandu, kereta yang dibina di kilang Bugatti, Atelier, Perancis ini dijangka akan dikeluarkan dalam tahun ini juga.  

Dalam masa yang sama, Bugatti turut sedang melakukan proses pemasangan kereta Chiron Sport dan Divo pada tahun ini.  Dengan pendedahan model La Voiture Noire Bugatti  pada Mac 2019, pengeluar kereta Perancis ini kini menghasilkan kenderaan termewah dan paling eksklusif di dunia. 


Gallery

Tag:

Bugatti
bugatti chiron
Bugatti Chiron Pur Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.

03-02-2022
Berita Auto

Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.

21-01-2022
Berita Auto

Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.

07-01-2022
Berita Auto

Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'

03-01-2022
Berita Auto

Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Sekumpulan media berpeluang melakukan pandu uji Chiron Super Sport di Liitar Paul Ricard.

03-11-2021
Berita Auto

Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.

01-11-2021
Berita Auto

Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu

Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.

22-10-2021
Berita Auto

Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.

08-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026