Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

RM820K+ Berjaya Dikutip Dalam Lelongan Kereta Porsche Unik Ni! Tapi Hasil Jualan Porsche Bagi Dekat...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Porsche Taycan Artcar oleh Richard Phillips telah berjaya dijual pada harga USD$ 200,000 (RM 820,800.00)! 



Pengkarya terkenal Amerika, Richard Phillips telah menjadikan badan sebuah Porsche Taycan sebagai kanvas curahan idea kreatif beliau. Rekaan yang terdapat pada kereta ini adalah satu-satunya rekaan seumpamanya, memang unik dan berwarna-warni! Karya kreatif ini dihasilkan dengan bantuan daripada pakar-pakar aplikasi di SIGNal Design. 




Artcar ini dilengkapi dengan ciri tambahan daripada  Porsche Exclusive Manufaktur: "Queen of the Night" dapat dilihat tertulis pada panel ambang pintu dan terdapat projektor yang menerangi bahagian bawah lantai yang terdapat tandatangan Phillips sebaik pintu dibuka.  Projek kreatif ini diilhamkan daripada hasil karya pelukis lanskap yang agung kelahiran Swizerland, Adolf Dietrich. 


Adolf Dietrich (1877-1957)


S

Salah satu karya daripada Adolf Dietrich 




Menurut Phillips, "Warna yang indah 'Queen of the Night' menyerlah pada bahagian belakang kereta di mana bunga mengembang sehingga menutupi keseluruhan bampar dan diterangi (dengan cahaya) yang dramatik oleh bar lampu melintang eksklusif yang terdapat pada kereta Taycan. Idea asal yang membentuk konsep 'Queen of the Night' ini adalah untuk menjadikan Taycan sebagai ikon mobiliti elektrik dan kelajuan."





Karya seni bergerak yang menggunakan kereta sport elektrik sepenuhnya pertama Porsche ini telah dihasilkan di Zurich dan dijual dalam satu bidaan yang dibuat dalam talian di seluruh dunia pada 6-13 April yang lalu.  




Namun begitu, hasil jualan ini bukanlah untuk keuntungan Porsche, kerana Porsche Schweiz AG menyumbangkan hasil jualan kereta ini kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Suisseculture Sociale. Sebelum mendapat pembeli, Taycan Artcar telah dipamerkan di Porsche Center Zug.



Porsche Center Zug




"Di samping sumbangan itu sendiri, saya gembira (melihat) bagaimana bidaan ini telah menarik minat (orang ramai) di peringkat antarabangsa terhadap usaha penting yang dilakukan oleh Suisseculture Sociale. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membuat bidaan, tahniah kepada pembida tertinggi," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Schweiz AG, Michael Glinski. 








Suisseculture Sociale telah ditubuhkan 20 tahun yang lalu untuk menyokong pengkarya kreatif tanpa mendapatkan sebarang bantuan dana daripada orang awam. Organisasi ini memberi sokongan kepada semua pengkarya profesional dan sepenuh masa dalam semua bidang artistik yang tinggal di Switzerland atau memegang kewarganegaraan negara ini. Ketika pandemik, Swiss Confederation (Gabungan Switzerland) telah memberikan tugas kepada organisasi ini untuk mengagihkan bantuan kecemasan kerajaan kepada sektor kebudayaan. 

"Saya ingin megucapkan terima kasih kepada Porsche atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kerana pandemik Covid-19 masih lagi ada dengan kita dan kemungkinan masa yang lama diambil sebelum kreatif budaya dapat kembali kepada asal.  Selain itu, bantuan daripada sektor swasta adalah sangat penting," ujar presiden Suisseculture Sociale, Nicole Pfister Fetz. 


Gallery

Tag:

Porsche
Porsche Taycan
Artcar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Global

Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang

Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.

21-11-2025
Kereta Baru

Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta

Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.

29-09-2025
Global

Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik

Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.

12-08-2025
Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026