Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jaguar XF Dalam Filem James Bond Terbaharu!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Baru-baru ini, Jaguar XF telah digunakan dalam sebuah filem Hollywood terkenal, Bond 'No Time To Die' untuk penggambaran yang diadakan di Matera, Selatan Itali.

 

Sebanyak dua buah Jaguar XF yang terkenal dengan tahap pengendaliannya yang mantap ini telah digunakan dalam filem ini.


Penyelia kesan khas dan aksi kenderaan untuk filem No Time To Die, Chris Corbould berkata, "Jaguar XF merupakan pilihan yang menarik.  Kami sentiasa mencari cara untuk melakukan lebih daripada yang dijangka sehingga ke tahap yang ekstrem dalam aksi lasak yang dilakukan dan ini termasuklah dengan kebolehan kenderaan. XF menunjukkan dinamik dari segi prestasi dan juga pemanduannya."

 

Dari segi prestasi, XF menggunakan enjin 2.0L yang mampu memberikan kuasa sehingga 201 hp pada 3,750 rpm dan tork mencecah 430 Nm pada 1,750 hingga 2,500 rpm. 


Kuasa disalurkan melalui transmisi 8 kelajuan. Ia mampu mencapai kelajuan sehingga 235 km/j dan boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 7.6 saat.

 

Sistem pacuan semua roda XF dengan  Intelligent Driveline Dynamics  memberikan kereta tahap prestasi dan cengkaman yang menakjubkan, ini dapat dirasai apabila melalui jalan dengan tahap cengkaman yang rendah.

 


Ciri binaan intensif-aluminium yang ringan dan juga rekaan suspensi yang canggih memantapkan tahap pengendalian dan ketangkasan kereta. Ini secara tidak langsung menjadikan kereta lebih selesa untuk dipandu. 

 

Dari segi rekaannya, sebagai sebuah kereta Jaguar, tiada yang boleh dipertikaikan, sememangnya menarik dipandang mata.


Dari sudut depan, gril signature Jaguar yang berwarna hitam menampakkan ciri 'berani' atau kegagahan kereta. Gril ini dipadankan dengan sepasang corong udara berbentuk segi empat tepat yang bersaiz besar.  


Di bahagian belakang, susun atur atau layout kereta tampak begitu elegan dan moden. 


Dari segi harga, saloon Jaguar XF bermula daripada GBP 33,975 (RM 193,853) di UK. 

 


 

Pengarah jenama Jaguar, Anna Gallagher berkata, "Jaguar XF ialah sebuah kereta yang direka untuk mengharungi apa sahaja perjalanan dengan keseimbangan yang tiada tandingannya dari segi kemewahan, keselesaan dan kehalusannya."

Gallery

Tag:

Jaguar
Jaguar XF
XF
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Ini Dia Jaguar Type 00, EV Era Baharu!

Jaguar mendedahkan kereta konsep mereka, Jaguar Type 00, baru-baru ini.

03-12-2024
Berita Auto

JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5

Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.

26-11-2024
Kereta Baru

Jaguar F-PACE 2022 Diperkenal Di Malaysia, Harga RM598.8K, Ini Perinciannya...

Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan Jaguar F-PACE 2022, ini perinciannya...

27-06-2022
EV

Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi

Jaguar kini memperkenalkan I-PACE versi elektrik sepenuhnya dengan teknologi baharu.

23-03-2022
Berita Auto

Kerjasama Ini Bertujuan Untuk Reka Cipta E-Pace

Jaguar membuat keputusan untuk berkolaborasi dengan Baracuta baru-baru ini.

31-12-2021
Berita Auto

Jaguar C-Type Continuation, Bangga Bangkitkan Nostalgia Kemenangannya

Selepas 70 tahun kemenangan pertamanya di perlumbaan Le Mans 24Jam, Jaguar Classic telah menghidupkan edisi terhad menerusi keluaran model ikonik baharunya, C-Type Continuation.

22-10-2021
Berita Auto

Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini

Jaguar mendedahkan dua model baharunya baru-baru ini.

11-10-2021
Berita Auto

E-Pace Hadir Dengan Teknologi Yang Canggih!

Jaguar nampaknya menayangkan model baharunya dan seluruh rangkaian model ini dilengkapi dengan penyambungan teknologi baharu.

01-07-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026