Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jenama China Terbaharu Masuki Pasaran M'sia: SUV GS3 Dilancarkan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Jenama negara China terbaharu, GAC Motor kini memasuki pasaran Malaysia di bawah syarikat induk, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA). Kehadiran jenama ini dirasmikan dengan pelancaran model pertama, sebuah SUV segmen B, GS3.




Menurut ketua pegawai eksekutif WTCA, GS3 akan tiba di Malaysia sebagai kenderaan yang diimport sepenuhnya (CBU).




"WTCA telah menyediakan sebuah bilik pameran khas untuk GAC di tengah-tengah Kuala Lumpur dan merancang untuk berkembang luar dari Lembah Klang secepat mungkin," tambah Tan.


Presiden GAC International Zeng Hebin berkata, model SUV GAC GS3 baharu ini dibina dengan gabungan gaya yang dinamik, lengkap dengan ciri keselamatan dan keselesaan kelas pertama serta prestasi yang diperhalus, sememangnya menarik untuk pembeli kereta di Malaysia.




 Kereta ini dikuasakan oleh enjin 1.5L dengan teknologi Dual-CVVT yang menjana 116 hp kuasa kuda dan 150 Nm tork. Enjin ini digabungkan dengan transmisi automatik 6 kelajuan Aisin bersama kawalan pintar adaptif.


Dari segi rekaan, GAC GS3 menampilkan bahasa rekaan terbaharu, Flying Dynamic Wing 3.0. Ini dapat dilihat pada gril depannya yang hadir dengan jalur halus krom. Konsep Flying Dynamic Wing 3.0 ini juga dapat dilihat pada bahagian dalam SUV yang mana papan pemuka kereta direka seolah-olah terapung.  Kereta ini dilengkapi dengan sistem infotainmen skrin sentuh bersaiz 8 inci, stereng pelbagai fungsi rekaan 3 spoke yang sporty dalam balutan kulit.



Untuk kelebaran ruang kabinnya pula, saiznya adalah 1,500 mm, cukup luas untuk sebuah SUV. Selain itu, terdapat tidak kurang daripada 25 ruang simpanan dalam kabinnya. Ini termasuklah ruang kargo yang bersaiz 356L. Bahagian kargo ini boleh dibesarkan lagi dengan melipatkan tempat duduk belakang pada nisbah 60:40.




Dari segi keselamatan, SUV ini lengkap dengan enam beg udara, Pemantau Titik Buta, Kawalan Kestabilan Elektronik, Lampu Berhenti Kecemasan, Kamera Pandang Belakang, Amaran Tali Pinggang Kesemua Penumpang dan cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix. 


Sebanyak dua varian ditawarkan dengan empat pilihan warna – Lunar Grey, Ivory White, Starlight Silver dan Rosefinch Red. Harganya di atas jalan tanpa insurans bermula daripada RM88,800 untuk varian Standard dan RM96,800 untuk varian Premium (untuk pendaftaran peribadi dengan potongan cukai sebanyak 50 peratus).


Bagi yang berminat, tempahan untuk GS3 sudah boleh mula dibuat daripada hari ini. 


Gallery

Tag:

GS3
GAC Motor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

21-08-2025
Kereta Baru

19-07-2025
Berita Auto

05-04-2025
Kereta Baru

04-12-2024
Pandu Uji

01-10-2024
Gaya Hidup

28-06-2024
Kereta Baru

21-05-2024
Berita Auto

16-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais

Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais

Lima buah kenderaan termasuk Porsche 911 turbo S yang disembunyikan dalam gudang berlesen selama tiga bulan gara-gara enggan mahu membayar duti eksais akhirnya disita kastam.

15-12-2025
Berita Auto
Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025
Berita Auto
KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026

KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026

KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.

15-12-2025
Berita Auto
Cucu Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik

Cucu Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi, Ipoh, malam tadi.

15-12-2025
Berita Auto
Perhatian! Kamera Awas Akan Dipasang Di 10 Lokasi, Tujuan Bukan Untuk Perangkap Pemandu Tetapi Demi Keselamatan

Perhatian! Kamera Awas Akan Dipasang Di 10 Lokasi, Tujuan Bukan Untuk Perangkap Pemandu Tetapi Demi Keselamatan

Kementerian Pengangkutan akan menambah 10 lagi lokasi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) pada tahun hadapan.

15-12-2025
Berita Auto
Tiada Rancangan Naik Taraf Lebuhraya Persekutuan Walaupun Sesak Teruk

Tiada Rancangan Naik Taraf Lebuhraya Persekutuan Walaupun Sesak Teruk

Kerajaan tidak berhasrat untuk menaik taraf Lebuhraya Persekutuan kerana melibatkan kos pengambilan balik tanah dan aset.

15-12-2025
Berita Auto
Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan

Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan

Hyundai Motor Malaysia dan EONtelah menandatangani Surat Hasrat untuk membuka dua cawangan pengedar baharu Hyundai di Lembah Klang dan Pulau Pinang,.

15-12-2025
Berita Auto
JPJ Selangor Terima 27 Alat Perakam Badan, Diguna Untuk Bahagian Penguatkuasaan, Petugas Di Kaunter

JPJ Selangor Terima 27 Alat Perakam Badan, Diguna Untuk Bahagian Penguatkuasaan, Petugas Di Kaunter

Peranti itu akan diberi keutamaan bagi penugasan Bahagian Penguatkuasa dan petugas di kaunter.

14-12-2025