Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengeluaran Alza Dihentikan, Model Baharu Lagi Padu!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Desas-desus yang mengatakan produksi Perodua Alza bakal dihentikan pada bulan ini akhirnya terjawab apabila  Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA)  mengesahkan bahawa pengeluaran MPV itu akan tetap diteruskan sehingga April ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada sidang akhbar unjuran 2022 PERODUA semalam.

“Berdasarkan perancangan awal, produksi Alza sebenarnya mahu dihentikan pada Januari ini,” katanya.



Oleh itu, Perodua terpaksa melanjutkan pengeluaran Alza sehingga tiga bulan lagi gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banjir yang melanda negara pada hujung tahun lalu.

Difahamkan, ada kira-kira 3,200 pelanggan yang menempah model Alza namun masih belum menerima kenderaan mereka.

Susulan itu, pelanggan dikatakan terpaksa menunggu antara tiga hingga enam bulan untuk mendapatkan kenderaan yang ditempah.


“Jadi, bagi memenuhi permintaan itu, produksi Alza terpaksa dilanjutkan pada Mac atau penghujung April ini,” tambahnya.

Terdahulu, Perodua berkata, Alza terpaksa dihentikan kerana ia tidak menepati undang-undang emisi ekzos setelah kerajaan beralih dari penarafan Euro 2 kepada Euro 4 menjelang 1 Januari 2022.

Ini bermakna, hanya produksi kenderaan yang tidak melepasi had emisi berkenaan perlu dihentikan serta merta, manakala stok-stok akhir masih boleh dijual sehingga habis.

Pun begitu, bagi peminat kereta Alza, anda jangan sedih dengan pengumuman penamatan produksi Alza.

Model pengganti Alza mula bertiup kencang sejak awal tahun lalu.

Ini kerana Alza akan digantikan dengan MPV yang diasaskan dari platform baharu Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Wujud dakwaan bahawa model baharu yang menggantikan Alza mungkin lebih 'padu'. Namun sejauh manakah dakwaan itu berasas atau tidak, anda kena tunggu pengumuman Perodua yang seterusnya.

Buat masa ini,  projek pembangunan MPV baharu itu hanya dikenali dengan kod D27A dan ia merupakan kembar kepada Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza.


Menurut beberapa media antarabangsa, ia sudah pun dilancarkan di Indonesia pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Zainal Abidin berkata, pihaknya  tidak dapat mengesahkan lagi tarikh pelancaran model terbaharu itu.

Namun, beliau memberi jaminan model terbaharu Alza bakal dilancarkan pada tahun ini.

Untuk makluman anda, MPV kompak keluaran jenama automotif nasional kedua berkenaan sebenarnya diperkenalkan pada November 2009, bermaksud ia sudah pun dijual lebih 12-tahun dalam pasaran.

Alza dilihat memiliki peminat yang tersendiri memandangkan jualan Alza dilaporkan sudah mencecah 14,828 unit setakat ini.


Tag:

Perodua Malaysia
alza
Perodua Alza
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tahniah! Betamek Menang Kontrak RM176 Juta Bekal Komponen Model Baharu Perodua

Betamek berjaya memperoleh kontrak bernilai RM176 juta untuk membekalkan komponen elektronik bagi model kereta.

25-12-2025
Pandu Uji

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!

Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.

14-10-2024
Berita Auto

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024
Berita Auto

Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.

05-07-2023
Berita Auto

JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan

Sebab FF2, Tak Pasal-Pasal Kereta Bezza Viral.

30-05-2023
Berita Auto

Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar

Seorang pemilik kereta Alza kecewa apabila kereta yang baru diterima terlibat dalam kemalangan.

22-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026