Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tengok Wayang Dalam Kereta? Tak Mustahil Dengan Teknologi Terbaharu BMW

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW telah mempertontonkan teknologi terbaharu yang dihasilkan khas untuk kereta eksklusif, My Modes, semasa acara Consumer Electronics Show (CES) 2022.

 

Ahli lembaga pengurusan BMW AG, Frank Weber berkata, "Kami membangunkan pengalaman digital yang imersif. Dalam Theatre Mode,  bahagian dalaman bahagian belakang berubah menjadi ruang pawagam peribadi.  Terdapat paparan bersaiz 31 inci, sambungan 5G, resolusi 8K, bunyi keliling dan juga program penstriman individu, pengalaman yang belum pernah dirasai sebelum ini terhasil dan ini menetapkan standard baharu untuk sistem hiburan dalam kereta."

 

My Mode Theatre mengubah bahagian belakang dalam kereta kepada ruang pawagam peribadi dengan bunyi keliling dan sambungan 5G, semuanya kerana BMW Theatre Screen, sebuah paparan panorama berformat 32:9. 

 

Pada tetapan (setting) ini, sebuah perjalanan berubah menjadi pengalaman menonton wayang bagi penumpang belakang. Sudut ini kini lengkap dengan hiburan peribadi bersaiz ultra-lebar 31 inci beresolusi 8K.

 

Skrin besar ini hadir dengan fungsi TV pintar yang boleh memanjang keluar daripada bahagian bumbung kereta (headliner) mengikut keinginan pengguna dengan menggunakan butang dail berputar pada bahagian tepi.

 

Antara muka (interface)  BMW Theatre Screen boleh dikawal dengan operasi sentuhan atau pada pad sentuh yang terdapat pada pintu belakang.

 

BMW menggunakan Amazon Fire TV untuk menawarkan pelbagai kandungan menarik kepada pengguna. Fire TV membolehkan penumpang belakang menikmati apa sahaja kandungan yang ditawarkan dalam aplikasi popular, contohnya, filem, rancangan TV berepisod, muzik, serta menonton program-program yang telah dimuat turun semasa dalam perjalanan.


Yang menariknya, ini merupakan kenderaan pertama yang dipasangkan dengan Amazon Fire TV untuk menyokong kandungan 4K. 

 

Walau bagaimanapun, untuk pasaran di Timur, terdapat tawaran khusus untuk pelanggan di negara China.

 

Tarikan sistem hiburan ini tidak terhenti di situ, BMW Group telah berkolaborasi dengan komposer muzik, Hans Zimmer untuk menghasilkan bunyi yang keluar secara automatik semasa skrin bergerak keluar daripada headliner.

 

Animasi grafik yang dihasilkan khas untuk My Mode Theatre juga akan terpapar pada skrin. 

 

Dalam masa yang sama, tirai tingkap sisi dan belakang juga akan tertutup secara automatik, dan pencahayaan di bahagian belakang akan dimalapkan.


Untuk pengalaman menonton wayang yang lebih imersif, sudah semestinya aspek audio diberi penekanan. Untuk memberikan pengalaman  audio berkualiti tinggi, BMW menggunakan sistem audio keliling Bowers & Wilkins Diamond.


Bagi memaksimumkan keselesaan semasa menonton pula, kecondongan paparan boleh dikawal melalui menu kawalan sentuh pada sistem hiburan kereta.

 

Fungsi lain yang boleh dikawal dengan cara sama ialah format skrin dan kawalan tahap bunyi (volume).

 

Sebagai alternatif, penumpang boleh juga mengawal sistem hiburan ini melalui panel kawalan pada pemegang pintu.

 

Dari segi sambungan, sebagai peneraju dalam penggunaan  radio mobil 5G, tidak mengejutkan sekiranya ia menawarkan sambungan 5G untuk penghantaran data. 

 

Untuk pengetahuan pembaca, BMW iX ialah kenderaan premium pertama yang tampil dengan kebolehan sambungan 5G. Pada masa akan datang, ia turut akan ditawarkan dalam model-model lain seperti BMW i4. 

 

Rekaan terbaharu daripada BMW ini sungguh canggih   dan sememangnya unik. Setiap inci rekaan diberikan perhatian yang mendalam. Bagi yang mampu untuk memiliki BMW dengan teknologi pawagamnya dalam kereta ini nanti, tak perlulah bersusah-payah keluar untuk ke panggung wayang lagi kerana pengalaman menonton filem dalam kereta pun dah cukup hebat.

Gallery

Tag:

bmw
My Mode
BMW theatre screen
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.

25-06-2025
Berita Auto

Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.

13-03-2024
EV

Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Stesen pengecas EV di Island 88.

09-01-2024
Berita Auto

Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.

04-05-2023
Berita Auto

BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.

29-09-2022
Berita Auto

BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.

15-08-2022
Berita Auto

9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.

15-07-2022
Berita Auto

BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.

29-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026