Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volvo Serahkan SUV XC40 Electric Kepada 65 Pelanggan Pertama Di Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sabtu lalu, Volvo Car Malaysia (VCM) telah menyerahkan kelompok pertama Volvo XC40 Recharge Pure Electric atau XC40 EV kepada pembeli Malaysia.

 

Sejumlah 65 buah EV XC40 telah diserahkan kepada pemilik masing-masing di seluruh negara, satu pencapaian yang besar untuk Volvo Car Malaysia.

 



VCM telah menerima lebih daripada 300 tempahan XC40 setakat ini dan dalam perancangan untuk menghantar sebanyak 100 unit XC40 Recharge Pure Electric kepada pemilik masing-masing pada 30 April ini. 


XC40 EV ialah kenderaan elektrik sepenuhnya yang pertama negara, serta varian CKD yang ketiga XC40.

 

Untuk pengetahuan pembaca, Volvo merancang untuk menjadi syarikat pengeluar automotif yang bebas karbon menjelang tahun 2040.



Tempahan kini dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi syarikat pada harga RM262,459.75.


Pembelian didatangkan secara standard dengan waranti pengeluar selama lima tahun yang termasuk pakej servis percuma dan bantuan tepi jalan. Waranti bateri EV selama lapan tahun turut diberikan, semuanya termasuk dalam harga kereta.

 

XC40 EV dikuasakan oleh dua motor elektrik yang memberikan output maksimum 402 hp dan tork 660 Nm.

 

Model ini boleh melakukan pecutan abad 0-100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat, menjadikannya SUV Volvo yang terpantas hari ini.

 

XC40 EV ditawarkan dalam lima pilihan warna:  Black Stone, Crystal White Pearl, Denim Blue, Glacier Silver dan Sage Green.

Tag:

Volvo XC40 Recharge
Volvo Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Volvo Namakan Semula C40 Recharge kepada EC40

Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya telah menamakan semula Volvo C40 Recharge kepada EC40 untuk model tahun 2025.

26-02-2025
Berita Auto

Hari Lahir Volvo: Nikmati Pelbagai Tawaran

Para pelanggan berpeluang menikmati percutian ke Sweden.

15-04-2024
Berita Auto

SAH: Volvo Car Malaysia Akan Eksport Kereta EV Ke Filipina, Vietnam

Volvo Car Malaysia (VCM) akan mengeksport model-model elektrik penuh (EV) yang dipasang di Shah Alam, ke Filipina dan Vietnam pada tahun ini.

03-02-2023
Berita Auto

Pelantikan Gao Feng Sebagai Pengarah Urusan Baharu Volvo Car Manufacturing Malaysia

Volvo Car Manufacturing Malaysia semalam mengumumkan pelantikan Gao Feng sebagai Pengarah Urusan baharu.

14-06-2022
Berita Auto

Volvo Car Malaysia Tutup Tempahan XC40 Recharge Pure Electric

Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa tempahan secara dalam talian untuk model XC40 Recharge Pure Electric terpaksa ditutup.

01-06-2022
Pandu Uji

Volvo XC40 Recharge Pure Electric 2022 - EV Pertama Volvo

Volvo Car Malaysia memberi peluang kepada semua media untuk menguji pemanduan model EV pertama mereka.

23-03-2022
EV

Temui Volvo XC40 Recharge Pure, Harganya Masih Misteri!

Volvo Car Malaysia memperkenalkan EV pertamanya.

15-03-2022
Tips

Bagaimana Toyota Harrier Bersaing Dengan Pendahulu Dan Pesaingnya!

Sejak April lalu, pasaran tempatan sudah mengalu-alukan kehadiran generasi keempat Toyota Harrier.

23-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026