Link Copiedcheck_circle
EV

Pemilik Tesla Bengang Terkunci Dari Luar Selepas Bateri Mati, Kereta Akhirnya Di...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Baru-baru ini viral sebuah video TikTok yang dikongsi oleh seorang pemilik Tesla dari Kanada, Mario Zelaya. Dalam video tersebut, dia berkongsi bagaimana dia tidak dapat membuka pintu kereta Tesla Model S selepas bateri kereta tersebut mati. 


Kos untuk membuat penukaran bateri? Mencecah 28,000 dolar Kanada (RM96,054)!


Menurutnya, kenderaan elektrik (EV) yang dibeli pada tahun 2013 pada harga 140,000 dolar Kanada (RM480,271) itu kerap diservis. 


Namun nampaknya walau bagaimana baik sekalipun penjagaannya, kereta tetap rosak, dan kos pembaikan juga terlalu tinggi. 


Kerana kecewa dengan Tesla miliknya, Mario cuba untuk memasuki keretanya untuk mengambil geran dan menjual EV tersebut. Malangnya, dia tidak berjaya membuka pintu kereta. Dia juga cuba untuk mengecas bateri Tesla tersebut tetapi tidak menunjukkan sebarang respon.


“Inilah sebabnya kenapa anda tidak patut langsung membeli Tesla,” tambah Mario dengan nada marah.  


Keretanya baru sahaja mencapai jarak perjalanan sejauh 77,000 batu (123,919 km) dan sudah menunjukkan masalah bateri. 


Ini bercanggah dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh pemilik Tesla, Elon Musk yang mengatakan bahawa bateri Tesla telah direka khas supaya dapat menempuhi perjalanan sejauh 300,000 ke 500,000 batu (482,803 - 804,672 km) atau kira-kira 21 ke 25 tahun. 


Apabila disiasat, juruteknik memberitahu bahawa bateri Model S miliknya itu berkarat kerana terdapat kebocoran pada hos unit penghawa dingin kereta yang diletakkan di atas bekas bateri. Disebabkan kedudukannya, kebocoran tersebut menyebabkan air terus mengalir ke dalam unit bateri.


Mario akhirnya berjaya menjual Tesla Model 3 tersebut selepas membuat geran baharu dengan bayaran $30 (RM102).


“Begitulah berakhirnya perjalanan saya dengan Tesla,” ujar Mario dalam video tersebut.


Video yang dikongsi Mario:



Sumber: Yahoo! News


Baca: [KAJIAN] Apple Belum Keluarkan Kereta, Tapi Ramai Berniat Nak Beli, Termasuk Pengguna Tesla!

Baca: Trak Elektrik Tesla Dengan Jarak Hampir 1000KM Akan Mula Dihantar Tahun Ini

Baca: Lelaki Ini Tanam 'Kunci' Kereta Tesla Dalam Badan

Tag:

Tesla
tesla model 3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
EV

Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?

28-07-2026
Berita Auto

Menyesal Beli EV, Kesudahannya Beli Myvi

Pempengaruh menyesal membeli EV, baru-baru ini.

27-07-2026
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026