Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Baby Mercs, Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line, Apa Yang Anda Patut Tahu

Suhana Veru

28-2-2023

Kongsi melalui


Dengan ketibaan Ora Good Cat dan BYD Atto 3 termasuk Volvo XC40 Recharge (CKD) di pasaran Malaysia, nampaknya ia berjaya menarik  orang ramai untuk membeli kenderaan elektrik (EV) terutama bagi  yang mahukan gaya hidup premium.

Melihat sambutan menggalakkan terhadap EV, penulis diberi tugasan untuk memandu uji Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line baru-baru ini.

Ini adalah kali pertama penulis memegang kereta elektrik sepenuhnya jenama kereta jenama bintang tiga bucu ini.

Secara jujurnya, pada mulanya, penulis agak kekok untuk memandu kereta mewah ini kerana kesemua fungsi di dalam jentera ini agak canggih dan moden.

Maka, saya mengambil sedikit masa untuk membelek-belek butang dan ciri-ciri yang ada pada jentera yang cukup anggun ini.


Ini komen pertama saya, walaupun ciri-ciri dalamannya nampak gah semacam namun sangkaan saya meleset sebenarnya ia mudah sahaja.

Luaran:

Dari sudut pandangan hadapan, bahagian jerijinya dilihat bersambung terus dengan lampu hadapan manakala jeriji bawahnya pula digandingkan dengan skid plate aluminium yang tampak agresif.



Jika anda amati dengan teliti, Mercedes Benz EQA ini menggunakan rekaan lampu DRL yang berbeza pada lampu utama dan terdapat satu LED strip  menyambungkan lampu kiri dan kanan. 

Dari segi dimensinya, panjang keseluruhan EQA ialah 4,463mm dengan jarak antara roda ialah 2,729mm manakala ukuran panjangnya pula, 1,620mm.

Menjengah bahagian rimnya, ia menggunakan rim bersaiz 19 inci dan difahamkan suspensi hadapannya menggunakan MacPherson dan bahagian belakang pula sistem MultiLink.

Nyata, penggunaan kedua-dua suspensi ini memberikan keselesaan yang cukup sempurna.

Berjalan ke arah belakangnya, kedua-dua lampu belakangnya menggunakan lampu jenis LED yang bersambung dari bahagian kiri dan kanan.


Selain itu, sudah pasti ramai yang mahu mengetahui mengenai ruang butnya, berdasarkan atas kertas, ia dikatakan seluas 340 liter (L) dan pintu kargonya adalah berkuasa elektrik.


Dalaman:

Penulis cukup suka paparan  Free Standing Driver Display yang menggunakan 2 skrin sebesar 10 inci tetapi digabungkan dalam satu unit.


Secara standard, kabin EQA 250 lengkap dengan ciri seperti lampu ambient lighting 64 warna, tempat duduk sport, kamera undur, but belakang berkuasa, head-up display dan pengecas tanpa wayar.


Untuk info anda, satu skrin ini bertindak sebagai paparan meter manakala satu lagi digunakan untuk mengawal semua paramater tetapan EQA termasuklah penyaman udara.

Kawalan untuk semua menu dalam sistem infotainmen adalah menyeluruh tetapi agak mesra pengguna. Bagai saya ia tidak susah untuk dipelajari walaupun anda pertama kali menggunakannya.


Seperti biasa, model ini juga tidak terkecuali daripada menggunakan perisian Mercedes Benz Use Experience (MBUX),.

Antara kelengkapan ialah sambungan Apple Car Play dan Android Auto dan enam pembesar suara daripada jenama Burmester.


Ketika mendengar lagu-lagu Bollywood, saya dapat mengamati  kualiti suaranya yang dihasilkan oleh sistem ini seolah-olah penyanyinya berada di hadapan saya.

Di bahagian hadapan, terdapat dua  fungsi memori manakala bahagia tempat duduk belakang pula, ada pengecas telefon jenis C, perehat tangan dan tempat meletakkan botol.


Penulis juga cukup selesa ketika melabuhkan punggung di tempat duduk belakang. Mana tidaknya, kesemua kerusinya dibalut gabungan kulit dan juga fabrik ala-ala suede.

Malah, ruang  tempat duduk belakang juga selesa dan cukup luas. Tiada masalah pada ruang kaki dan kepala.

Apapun, harus diakui ruang dalamannya antara perkara terbaik mengenai kereta ini. 


Bahan yang digunakan pada tempat duduk, roda stereng, perehat tangan dan papan pemuka semuanya dari bahan premium dan berkualiti.

Nampaknya, bahan kulit ini perlukan penjagaan rapi, walaupun ia seperti akan tahan lama dan kekal empuk.

Enjin dan Prestasi


Jentera yang seberat 2,040 kilogram ini dikuasakan oleh pek bateri berkapasiti 66.5kWh dan sebuah motor elektrik  dimana ia mampu menghamburkan setakat 190hp dan tork 375Nm. 

Dari daya pecutannya pula, ia  mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 8.9 saat.

Bukan itu sahaja, terdapat dua penukar di belakang stering dimana anda boleh menggunakan paddle shift untuk mengawal brek regeneratif. 

Jika anda menekan butang bersimbol +, saya mendapati ia mengurangkan kesan brek manakala menekan butang – pula dilihat meningkatkan kesan brek. 

Ops sebelum terlupa, ini adalah pengalaman pertama saya mencuba fungsi paddle shift. Nyata ia satu pengalaman baharu buat saya.


Secara teknikalnya, model elektrik ini didatangkan dengan kabel pengecas bersama penyambung Combined Charging System (CCS).

Mungkin ramai yang sudah tertanya-tanya mengenai tempoh pengecasan jentera ini.

Untuk makluman pengecasan pantas (DC sehingga 100kW), baterinya boleh dicaj daripada 10 menjadi 80 peratus dalam masa hanya 30 minit. 


Sementara itu, bagi pengecas AC 11kW pula,  pengecasan penuh akan mengambil masa selama lima jam dan 45 minit. 

Ini bermakna ia boleh bergerak sejauh 426 kilometer (km) dengan sekali caj. 

Melihat kepada tempoh pengecasan selain mampu bergerak lebih 400 km, penulis memilih untuk memandu uji model di sekitar Batang Kali, Selangor.

Pandu Uji:

Ada juga yang mengatakan kelemahan utama kenderaan elektrik ialah berat yang berlebihan sebaliknya ketika saya mula memandunya, saya berpendapat berat bateri itu tidak langsung menjadi masalah buat EQA 250 untuk memecut laju macam pelesit.


Ketika memandunya di Lebuhraya Selatan-Utara (PLUS) pada kelajuan 100 km/j, saya cukup terkesima dengan jenama bintang tiga bucu ini.

Apa tidaknya, selain pemanduan yang cukup senyap, saya berasa amat tenang memandu jentera ini walaupun dua anak saya bergaduh di belakang.


Namun sebaik masuk jalan kampung, pemanduan tidak menjadi selesa disebabkan permukaan jalan yang tidak rata selain banyak jalan yang berlubang.

Begitupun, sistem suspensi menyerap sebahagian besar kekurangan jalan tanpa banyak gangguan disalurkan ke dalam kabin.

Bagi saya, persembahan kabin dalaman cukup  baik dan mudah untuk dinikmati setiap hari.

Bukan itu sahaja, jentera ini juga sarat dengan pelbagai ciri keselamatan.


Ciri keselamatan pada model EQA 250 ini merangkumi pakej Driving Asisstance, Active Distance Assist DISTRONIC, bantuan pengekalan lorong aktif, bantuan stereng aktif, pemantauan titik buta aktif, bantuan brek aktif, bantuan suluhan tinggi adapatif, serta sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Sebagai sebuah EV, EQA didatangkan dengan ciri bunyi akustik yang akan memberikan amaran kepada pejalan kaki dan penunggang basikal pada kelajuan 20 km/j, selain mampu membezakan antara pemanduan biasa dan pemanduan mengundur.


Maka, tidak hairanlah model EV ini ditawarkan pada harga RM296,888. Bagi saya harga ini agak berpatutan kerana anda mampu memiliki sebuah kereta elektrik daripada jenama yang premium dimana ia melambangkan kemewahan dan kejayaan anda!

Malah, bagi memberi keyakinan kepada pembelinya,EQA hadir dengan jaminan selama empat tahun. 

Bahagian baterinya pula diberi jaminan selama lapan tahun atau perbatuan sejauh 160,000km. 


SPESIFIKASI

Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line

MOTOR

1x Motor jenis Asynchronous,

Pasangan hadapan

TRANSMISI

1-nisbah tetap automatik,

Pacuan roda hadapan (FWD)

KUASA

188 HP

TORK

375 NM

0-100 KM/J

8.9 saat

KELAJUAN MAKSIMA

160 KM/J

BATERI & PENGECASAN

Bateri:
66.5 kWh jenis lithium-ion 

 

Pengecasan

-        AC (Type 2) sehingga 11 kW

-        DC (CCS) sehingga 100 kW

JARAK

429 KM (WLTP)

BERAT

2,040 KG

HARGA

RM296,888





Gallery

Tag:

Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line
Mercedes-Benz Malaysia (MBM)
premium EV
Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line test-drive
MBUX
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Mercedes-Maybach EQS SUV Dilancarkan – Dari RM1.08 Juta

Mercedes-Maybach EQS SUV Dilancarkan – Dari RM1.08 Juta

Mercedes-Maybach EQS SUV kini rasmi diperkenalkan di Malaysia. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga RM1.08 juta.

25-02-2025
Berita Auto
Khidmat Pemindahan Terminal MAS Guna Mercedes-Benz  EQS 500 & S580e

Khidmat Pemindahan Terminal MAS Guna Mercedes-Benz EQS 500 & S580e

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah menjalin kerjasama dengan syarikat induk Malaysia Airlines (MAS), Malaysia Aviation Group (MAG).

22-01-2025
Berita Auto
Mercedes-Benz Malaysia Raikan Pelanggan Mercedes-AMG – Lapan Terpilih Ke Sweden & Jerman

Mercedes-Benz Malaysia Raikan Pelanggan Mercedes-AMG – Lapan Terpilih Ke Sweden & Jerman

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, MBM mengadakan acara eksklusif “Drive To Thrill” hujung minggu lalu di Autohaus Hap Seng Star Balakong (HSS Balakong).

14-01-2025
EV
Mercedes-Benz Jalin Kerjasama Demi Menyediakan Pengecas EV Untuk Pelanggan

Mercedes-Benz Jalin Kerjasama Demi Menyediakan Pengecas EV Untuk Pelanggan

MBM turut memeterai kerjasama dengan beberapa CPO untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV yang lebih cekap di seluruh negara.

29-11-2024
Kereta Baru
Mercedes-Benz GLC 350 e 4Matic Coupe Kini Rasmi Di Malaysia – SUV PHEV CKD, Dari RM425,888

Mercedes-Benz GLC 350 e 4Matic Coupe Kini Rasmi Di Malaysia – SUV PHEV CKD, Dari RM425,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memperkenalkan model GLC 350 e 4Matic Coupe yang merupakan salah satu daripada enam model baharu yang dilancarkan dalam acara ‘Luxury Like No Other’ di Cycle & Carriage Bintang Autohaus.

07-11-2024
Kereta Baru
GLC43 4Matic Coupe, Harga Tak Mahal Sangat, Hanya RM498,888

GLC43 4Matic Coupe, Harga Tak Mahal Sangat, Hanya RM498,888

MBM turut melancarkan Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupe dalam satu acara eksklusif, semalam.

06-11-2024
Kereta Baru
Mercedes-AMG SL 63 4Matic+ Kini Di Pasaran Malaysia – Enjin V8 Cecah 585 HP, Dari RM1.9 Juta

Mercedes-AMG SL 63 4Matic+ Kini Di Pasaran Malaysia – Enjin V8 Cecah 585 HP, Dari RM1.9 Juta

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan Mercedes-AMG SL 63 4Matic+. Roadster ikonik ini kini boleh dibeli pada harga yang bermula dari RM1.9 juta.

06-11-2024
Kereta Baru
Mercedes GLE 63S SUV, GLE 63S Coupe Banyak Ciri Sama Tapi Harga Kayangan

Mercedes GLE 63S SUV, GLE 63S Coupe Banyak Ciri Sama Tapi Harga Kayangan

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan dua model SUV berprestasi tinggi, Mercedes-AMG GLE 63S dan GLE 63S Coupe.

05-11-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025