Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Haval H6 Belum Keluar Tapi Kami Dah "Rasa"

Suhana Veru

Kongsi melalui


Great Wall Motor (GWM) Haval H6 HEV yang merupakan salah satu SUV paling laris di China bakal menembusi pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Biarpun, ia akan dilancarkan secara rasmi pada hujung tahun ini namun kami diberi peluang untuk menguji SUV segmen-C ini.

Ini memang jarang berlaku! Tapi ini mungkin sudah rezeki kami.


Secara visual, H6 menampilkan siluet SUV tipikal, tanpa sebarang bahagian aero yang melampau atau garis bumbung yang senget.

Apapun, bahagian hadapan SUV ini agak menonjol disebabkan reka bentuk grilnya yang menyerlah selain dipadankan dengan jalur mendatar yang terletak di bawah lampu hadapan.

Sebaliknya ada beberapa perkara yang agak lemah terutama di kedua-dua profil sisi dan belakang, namun ia yang digandingkan dengan roda 19-inci yang sporty  membuatkan ia agak mengancam.


Menjengah bahagian belakang pula, ia menampilkan lampu bar LED yang agak lebar dengan lampu belakang mengapit pada setiap sisi. 

Tertera perkataan Haval di bawah lampu belakang sekali gus memberikan sedikit sentuhan premium pada SUV ini.


Kami mendapati rupanya boleh menjadi perkara yang sangat subjektif namun hakikatnya Haval H6 mempunyai daya tarikan universal yang kuat manakala penampilannya memang bergaya.

KABIN:

Bagi mengekalkan  H6 setanding dengan pesaingnya, GWM nampaknya telah menggabungkan pelbagai peralatan premium di dalam baik di luar. 


Kabinnya dihiasi dengan  paparan infotainmen bersaiz 12.3 inci dengan sambungan Android Auto serta Apple CarPlay.

Para pemandu pula menerima instrumen digital bersaiz 10.25 inci.


Terdapat juga sistem pencahayaan ambien, bumbung matahari panoramik, pandangan kamera 360 darjah dengan bantuan parkir sendiri dan banyak lagi.

Bahagian kabinnya juga dibaluti dengan material kulit, termasuk di papan pemuka, pintu dan tempat duduknya.


Tempat duduknya dilengkapi dengan fungsi pemanasan dan tempat duduk pemandu boleh dilaras enam hala manakala penumpang hadapan empat hala.

PEMANDUAN:

Datang mengenai pengalaman pemanduannya, hanya satu perkataan yang saya boleh sebut iaitu berjalan lancar!

Jentera ini disumbat dengan enjin 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder dan motor hibrid berkadar 130 kW sekali gus membolehkan ia menghasilkan kuasa setinggi 240 hp dan tork 530 Nm.

Daya kilas yang tinggi membuatkan  SUV seberat 2,000 kilogram ini mampu dikendalikan dengan baik, tidaklah perlu begitu bersusah- payah.


Pada kelajuan sederhana, mod pemanduan EV H6 HEV sudah menawarkan tahap NVH (bunyi, getaran dan kekerasan) yang cukup  rendah, manakala peralihan daripada elektrik kepada pembakaran terasa begitu lancar.

Platform LEMON proprietari GWM, yang disokong oleh H6, juga meningkatkan lagi prestasi pengendalian dan kestabilannya.


Dengan kehadiran ciri -ciri keselamatan seperti Bantuan Kekal Laluan (LKA), Bantuan Ikut Laluan (LFA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) Bantuan Trafik Sesak, Brek Kecemasan Autonomi (AEB) , Pemantau Titik Buta sebenarnya menambahkan lagi keyakinan untuk memandu jentera ini.

Sepanjang melakukan pandu uji singkat dengan H6 HEV, kami mengetahui bahawa kereta ini bukan sahaja boleh dipandu dengan lancar sebaliknya ia sarat dengan peralatan dan kemudahan yang menjadikannya pemanduan menjadi lebih seronok, , selesa, dan yang lebih penting selamat.


Bagaimanapun, ada satu perkara yang menjadi tanda soal iaitu harga.

Ketika menulis rebiu ini, H6 masih belum membuat penampilan sulungnya jadi kami masih tidak tahu-menahu mengenai harganya.

Namun di Thailand, H6 dijual pada harga RM177,551. Jadi sila berteka-teki berapakah harga yang akan diletakkan GWM untuk Haval H6. 

Kongsikan pendapat anda!


Gallery

Tag:

Great Wall Motor (GWM)
GWM Haval H6 HEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

GWM Perkenal Jenama Mewah Baharu, Confidence Auto, Ini Rancangannya...

Great Wall Motor (GWM) memperkenalkan jenama mewah terbaru mereka, Confidence Auto. Jenama ini dilaporkan akan diposisikan lebih tinggi berbanding jenama sedia ada GWM.

04-02-2025
EV

EV Comel ORA Good Cat Kini Murah RM26,000, Insurans Percuma – Promosi Oktober

Sempena penghujung tahun ini, Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengadakan promosi istimewa untuk model kenderaan elektrik (EV) yang comel, ORA Good Cat, sepanjang bulan Oktober.

02-10-2024
Pandu Uji

Ini Bukan Porsche Tapi Ora 07

Tak dapat beli Porsche, mungkin anda boleh mempertimbangkan GWM Ora 07.

29-07-2024
EV

GWM Ora Good Cat Pasaran Thailand – CKD, Bateri Tempatan

GWM Ora Good Cat jadi jenama China pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di negara tersebut.

16-01-2024
Berita Auto

Ada Berita Baik Buat Pembeli Ora Good Cat

Great Wall Motor Malaysia menawarkan pakej percutian Ramadan bernilai sehingga RM60,000 dengan setiap pembelian kereta elektrik ORA GOOD CAT sepanjang tempoh kempen.

31-03-2023
EV

Ora Good Cat Jadi Tumpuan Semasa Pelancaran Stesen Pengecas Electron TNB

TNB dan PLUS Malaysia Berhad baru-baru ini telah melancarkan stesen pengecas pantas Electron DC TNB di lebuh raya PLUS.

28-02-2023
Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Berita Auto

GWM Umum Nama Pemenang Cabaran Kecekapan Minyak "Drive Further, Win Bigger"

Pemilik Haval H6 dari Kelantan inobatkan sebagai juara selepas berjaya menamatkan pemanduan sejauh 1,204 km.

21-02-2025

Berita Terkini

Pandu Uji

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025