- Berita
- Teknologi
- PROTON DX, Pusat Pengalaman Digital Pertama Di M'sia
Syarikat dalam Kumpulan Proton, ACO Tech yang juga dimiliki bersama oleh Altel dan ECARX melancarkan pusat pengalaman digital pertama negara, Proton Digital Experience (Proton DX), pada pagi tadi.
Ia yang terletak di Quill City Mall merupakan pusat untuk peminat kereta dan mereka berpeluang menyaksikan inovasi terbaharu dalam industri automotif.
Ia juga untuk mencetuskan minat generasi muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dimana ia mampu mencetus minat terhadap bidang tersebut dalam kalangan generasi muda.
Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech Encik Li Pu berkata, PROTON DX adalah salah satu platform yang mempamerkan kepakaran pihaknya.
Pusat ini menawarkan ruang yang imersif untuk semua orang mempelajari tentang teknologi inovatif yang digunakan dalam kereta dan pada masa yang sama, memberikan pengalaman yang melangkaui pemanduan di jalan raya.
“Dalam menerajui industri mobiliti pintar, kami berharap PROTON DX akan menjadi platform untuk pendidikan STEM.
“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk meningkatkan tahap kesedaran teknologi dan pengetahuan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Proton DX di Quill City Mall, pagi tadi.
Majlis pelancaran itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.
Turut hadir Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar; Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif China Construction Bank (CCB) Malaysia, Wang Qijie.
PROTON DX berkeluasan 5,275 kaki persegi, menjadi lokasi yang menggabungkan elemen teknologi interaktif, rekreasi dan gaya hidup untuk mencipta satu pusat pengalaman yang unik.
Proton DX mempunyai enam zon dan tarikan utama adalah di zon Kokpit Virtual kerana ia membolehkan pengunjung menikmati pemanduan maya dalam sebuah ruang seakan teater tertutup sekali gus dapat mengalami mobiliti pintar.
Selain mempamerkan teknologi-teknologi automotif dalam pasaran, Kokpit Virtual itu juga berfungsi sebagai platform pengalaman konseptual yang menggabungkan inovasi mobiliti masa depan.
Malah, satu ruang interaktif turut disediakan iaitu Zon Aktiviti dimana pengunjung boleh menikmati permainan pemanduan maya dalam sebuah ruang seakan teater tertutup sekali gus dapat mengalami mobiliti pintar.
Zon Aktiviti juga boleh diguna sebagai ruang acara kolaboratif, selaras dengan slogan “Let’s Shape the Future of Mobility”.
Malah pelbagai kemudahan disediakan seperti kafe dan kedai cenderahati.
Sementara itu, Li Kang berkata, pusat itu dapat menarik perhatian minat anak-anak yang sebelum ini kurang berminat terhadap bidang sains dan teknologi.
“Dengan adanya fasiliti-fasiliti di Proton DX ini, ia akan menarik minat golongan muda sekali gus dapat membantu kita menambah lagi pelajar-pelajar aliran Sains,” katanya.
Gallery







Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/