Link Copiedcheck_circle
EV

Apa Ni, Supercharger Tesla HANYA Untuk Kereta TESLA

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sempena pelancaran rasmi Tesla Malaysia pada hari esok,  stesen pengecas Supercharger Tesla yang pertama sudah siap dibina di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Beberapa imej yang tersebar di media sosial sejak petang tadi menunjukkan lapan stesen pengecas itu terletak di tempat parkir aras B1.

Ia adalah salah satu daripada 10 stesen pengecas Supercharger Tesla di Malaysia.

Lokasi Supercharger:

Iskandar Puteri, Johor

Negeri Sembilan

Dengkil, Selangor

Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, KL

Sunway, Petaling Jaya

Jalan Raja Chulan, KL

Jalan Kuching, KL

Ipoh, Perak

Perai, Pulau Pinang


Namun ia masih belum dibuka dan apabila membelek imej berkenaan, pengecas itu nampaknya memerlukan sejumlah 600-700V kuasa untuk beroperasi.

image.png

Apa yang pasti, kita dapat melihat bahawa tapak Pavilion Supercharger tidak akan menjadi sebahagian daripada rangkaian pengecasan 30% yang dijanjikan yang akan dibuka kepada semua kenderaan elektrik.

Ini kerana, kelapan-lapan lot parkir tertera perkataan “TESLA CHARGING ONLY”.

image.png

Dalam rancangan Kenderaan Bateri Elektrik( BEV) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tesla dikehendaki membina 50 stesen pengecas Supercharger  di negara ini menjelang 2026, dengan 30 peratus daripada stesen cas berkenaan mesti dibuka untuk kegunaan orang ramai, termasuk jenama EV lain.

image.png

Begitupun, masih tidak jelas sama ada Tesla akan  mengekalkan eksklusif Superchargernya hanya untuk kereta Tesla di sembilan lokasi lain itu,

image.png

Apapun, kami yakin Tesla akan mengekalkan eksklusiviti Tesla untuk lokasi pertama ini untuk menyokong pangkalan pelanggannya, dan akan membuka 15 daripada 50 kemudahan stesen pengecas untuk jenama EV lain tidak lama lagi.

Gallery

Tag:

Tesla
Tesla Supercharger Malaysia
Pavilion
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
EV

Tesla Model 3+ Diperkenalkan Di China – Lebih Jauh, Lebih Berkuasa

Tesla memperkenalkan varian baharu bagi Model 3 di China yang dinamakan Tesla Model 3+.

13-08-2025
EV

Tesla Di Ambang Kejatuhan? VW Group Kini Kuasai Pasaran EV Eropah

Tesla terus mengalami kemerosotan yang ketara di pasaran Eropah apabila Volkswagen Group (VW Group) berjaya mengatasi jenama EV Amerika itu dengan margin yang besar.

10-07-2025
EV

Tesla Model Y Tanpa Pemandu Telah Diuji – Tiada Insiden, Penghantaran Mula Jun

Tesla kini menguji kenderaan Model Y tanpa pemandu sepenuhnya di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang pelancaran perkhidmatan robotaxi.

30-05-2025
EV

Model Y Juniper 2025: Baru Dilancar Tapi Pra-Tempahan Sudah Cecah 200,000 Unit

Walaupun Tesla berdepan dengan seruan boikot, itu tidak menghalang rakyat China daripada terus menempah Model Y Juniper 2025.

11-03-2025
EV

Tesla Supercharger Kini Di The Gardens Mall – Hanya RM1.13/kWj

Tesla terus mengukuhkan rangkaian pengecasan elektriknya di Malaysia dengan pelancaran stesen Supercharger terbaru di The Gardens Mall.

25-02-2025

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026