- Berita
- Teknologi
- Telefon Pintar Khas Untuk Kawal EV Dibangunkan NIO
-full_normal.jpg)
Syarikat pengeluar kenderaan China, NIO, telah menghasilkan telefon pintar yang boleh digunakan untuk mengawal EV
Pengeluar automobil China, NIO, akan memasuki pasaran telefon mudah alih dengan pelancaran telefon pintar premium yang dibangunkan khas untuk memudahkan interaksi antara pengguna dengan kenderaan elektrik (EV) NIO.
NIO Phone yang menggunakan sistem pengendalian Sky UI, dibina berlandaskan platform Android. Ia direka dengan teliti untuk berfungsi serasi dengan kenderaan NIO dan menawarkan sistem untuk mengawal sebanyak 30 operasi kenderaan. Beberapa ciri yang disediakan termasuk pemantauan kenderaan, penguncian dan pembukaan pintu dari jarak jauh, kawalan tingkap, operasi bonet, kawalan pendingin hawa dan pengaktifan lampu hadapan.
-full_normal.jpg)
NIO Phone menggunakan bateri berkapasiti tinggi, 5200 mAh
NIO Phone menggunakan skrin 2K bersaiz 6.81 inci serta dilengkapi tiga kamera 50 megapiksel. Model ini dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Pengguna boleh memilih antara peranti dengan RAM 12GB atau 16GB dan ruang storan antara 512GB hingga 1TB. Telefon pintar ini menggunakan bateri berkapasiti besar, 5200 mAh yang menyokong pengecasan 66W dan 50W.
-full_normal.jpg)
Pelbagai fungsi EV NIO boleh dikawal menggunakan NIO Phone
NIO Phone ditawarkan dalam tiga varian, dengan harga yang bermula daripada RMB 6,499 (~RM4,200) hingga RMB 7,499 (~RM4,800). Seperti juga kenderaan elektrik NIO, telefon ini berada dalam segmen premium dan akan dijual hanya di pasaran China bermula 28 September.
-full_normal.jpg)
NIO Phone bakal dipasarkan di negara China pada 28 September ini
NIO Phone adalah satu langkah berani daripada NIO untuk tampil unik dalam pasaran EV yang semakin mencabar dengan saingan daripada syarikat-syarikat gergasi dan antarabangsa lain.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

