- Berita
- Teknologi
- iPhone 15 Buat Hal Lagi!

Beberapa pemilik kereta BMW ada melaporkan Cip NFC Iphone 15 mereka tidak berfungsi selepas mengecas peranti itu dengan pad pengecasan ‘wireless’ dalam kereta mereka.
Aduan mereka disiarkan di beberapa laman sosial termasuk laman X.
Berdasarkan komen mereka di media sosial, cip NFC berhenti berfungsi sebaik sahaja iPhone 15 dihidupkan semula kerana ia bertukar ke mod pemulihan data dengan skrin putih.
Bagi yang tidak tahu, cip NFC di dalam iPhone adalah bagi membolehkan para pemilik menggunakan ciri Apple Pay dan juga kunci kereta digital
Malah, pengguna yang terjejas turut menerima mesej ralat “Could Not Set Up Apple Pay” dalam aplikasi Wallet. Setakat ini masih belum ada jalan penyelesaian.
Susulan itu, ada segelintir pelanggan juga memaklumkan Apple sedia menggantikan iPhone mereka yang disahkan cip NFC gagal berfungsi.

Buat masa ini, aduan hanya membabitkan pengguna iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max dan kemungkinan besar model iPhone 15 biasa juga terjejas berikutan isu yang sama.

Sehubungan itu, para pelanggan iPhone 15 diminta tidak menggunakan pad pengecasan wayarles dalam BMW.
Punca masalah ini masih belum diketahui memandangkan Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

