- Berita
- Pandu Uji
- PROTON S70: Harga Bawah RM100K?
Pengeluar kereta tempatan, PROTON bakal melancarkan secara rasminya kereta sedan terbaharunya, Proton S70 dalam tempoh terdekat ini.
Ini kerana spesifikasi terperinci kereta itu sudah pun disiarkan sejak malam tadi.
Jadi, ini 6 perkara yang anda patut tahu mengenai Proton S70:
1. ENJIN 1.5 LITER
Untuk makluman anda, jentera ini disumbat dengan enjin 1.5 liter turbo tiga silinder dengan sistem suntikan bahan api konvensional serta kotak gear DCT tujuh kelajuan seperti mana yang digunakan pada varian biasa Proton X50.
Menerusi penggunaan enjin itu, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 148 hp dan tork 226 Nm.
Biarpun, S70 tidak menerima enjin 1.5 liter turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (T-GDI) yang lebih berkuasa namun dengan tiga silinder, ia sebenanya sudah memadai.
2. PROTON RIDE&HANDLING
Ketika menghadiri sesi pratonton pada minggu lepas, pihak PROTON dilihat berulang kali menegaskan aspek pengendalian kereta sedan baharunya.
Ujar Proton, mereka telah menggunakan waktu bekerja selama 75,000 jam semata-mata untuk melakukan ujian di jalan raya sejauh 1.2 juta kilometer.
Pendek kata, ia ,tidak seperti kembarnya yang berlencana Geely, S70 ini peredam yang ditala dengan cukup baik semata-mata untuk menawarkan pemanduan yang cukup selesa.
Buktinya, rakan sekerja penulis mendakwa pemanduan S70 cukup padu walaupun mereka berpeluang pemanduan ringkas di litar ujian Proton di trek Shah Alam baru-baru ini.
Tidak ketinggalan, terdapat tiga talaan stereng disertakan iaitu Normal, Sport dan Comfort.
3. ADA ADAS
Difahamkan, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) hanya ada pada varian Flagship dan varian Flagship X.
Malah, S70 ini juga dilengkapi dengan 12 sensor yang terdiri daripada kamera monokular, dua radar gelombang milimeter di belakang, sistem kamera 360 darjah dan lima penderia ultrabunyi.
Apa yang penting ia juga sarat dengan ciri-ciri keselamatan.
Antaranya, Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dengan fungsi Stop & Go, Amaran Keluar Lorong, Amaran Pelepasan Laluan (LDW), Sistem Bantu Kekal Laluan (LKAS), Sistem Bantu Kekal Laluan (LKAS), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Buka Pintu, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Amaran Pelanggaran Belakang dan Kawalan Suluh Tinggi Automatik.
Pendek kata, varian Flagship dan Flagship X disumbat dengan pelbagai ciri keselamatan aktif.
Bagi ciri-ciri standard, anda pasti gembira setelah mengetahui ia dilengkapi dengan enam beg udara, brek anti-kunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESP) dan ISOFIX.
4. BUT BESAR
Model baharu ini hadir dengan but yang cukup besar dan lebar memandangkan ia bersaiz 500 liter.
Biarpun, ia bukanlah terlalu dalam kelasnya, namun ia sudah memadai untuk kita yang lazimnya menggunakan kereta untuk berulang alik ke tempat kerja dan sekali-sekali pulang ke kampung.
Bergantung pada varian, pemanduan harian bertambah selesa dengan adanya kemudahan tambahan seperti kawalan iklim automatik di saluran belakang, port pengecasan USB-A dan USB-C serta pad pengecasan wayarles, kamera undur atau kamera tempat letak kenderaan 360 darjah manakala tempat duduknya boleh dilaraskan secara berkuasa.
Dengan segala-galanya yang dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa S70 menjanjikan tawaran yang cukup berbaloi dengan harganya nanti.
5. LAMPU BAR LED
Dari segi luarannya, , penggayaan semula yang dilakukan pada bahagian lampu wajar dipuji.
Apa yang mencuri perhatian penulis ialah bahagian belakangnya kerana bentangan lampu bar cukup menarik perhatian.
Difahamkan, lampu jenis ini akan hadir pada varian Premium spesifikasi pertengahan dan seterusnya.
Selain bahagian luarannya, ketika menjenguh ke bahagian dalamannya, I a nyata menawarkan material yang cukup kelihatan hebat selain turut memberikan sentuhan yang lebih mewah.
6. HARGA MAMPU MILIK?
Walaupun Proton masih belum mendedahkan harganya namun kami yakin Proton akan menawarkan harga mampu milik.
Sama seperti model Inspira dan Preve, penulis cukup yakin harga Proton S70 juga akan ditawarkan pada harga mampu milik berbanding pesaingnya seperti Honda Civic, Toyota Corolla, DAN Mazda 3.
Apa tidaknya, dikhabarkan ramai juga yang sudah menempah jentera itu sejak ia dibuka untuk tempahan
Biarpun, pegawai-pegawai ekseutif Proton masih menutup mulut mengenai harganya tetapi mereka mengesahkan S70 tidak akan ditawarkan pada harga melebihi RM100,000.
Sebelum ini, varian Preve ditawarkan pada harga RM73,000, manakala Inspira pula RM79,000.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari