Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery M'sia Tembusi Pasaran Sabah

Suhana Veru

Kongsi melalui

Chery-Kota-Kinabalu-spans-an-area-of-1400-sq-metres.JPG

Ada berita baik untuk orang Sabah kerana Chery Malaysia baru sahaja membuka pusat pameran dan pusat servis Chery di Kota Kinabalu, Sabah.

Ia yang akan dikendalikan oleh rakan-pengedar Chery,  Universal Chery Sdn Bhd terletak di atas tanah berkeluasan 1,400 meter persegi.

Pusat 3S baru ini menawarkan pengalaman komprehensif dalam melihat kenderaan, perkhidmatan pelanggan, dan penyelenggaraan.

Chery-Service-Advisors-ready-to-greet-customers-at-the-newly-launched-Chery-Kota-Kinabalu.jpeg

Pusat servis ini mempunyai 8 ruang (bay) servis yang diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery,mampu menyelenggara sehingga 830 kenderaan setiap bulan.

Service-bay---Chery-Kota-Kinabalu.jpeg

Bercakap mengenai pembukaan fasiliti terbaharu itu, Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, pihaknya  bangga kerana dapat memperluaskan   rangkaian di seluruh Malaysia.

Ini  memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki model Chery,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, dengan pembukaan pusat pameran dan servis di Kota Kinabalu, Chery Malaysia menyediakan perkhidmatan yang luar biasa dan kemudahan kepada pelanggan di Sabah. 

Showroom-area---Chery-Kota-Kinabalu.jpeg

“Kami juga ingin memperkenalkan jenama kami kepada lebih ramai pelanggan terutamanya di Sabah untuk memandu uji dan mengenali dengan lebih dekat lagi kenderaan Chery,”katanya.

Bagi yang tidak tahu, Chery Automobile Co., Ltd., pengeluar kereta utama berasal dari Wuhu, China, telah menjadi pemain penting dalam industri automotif sejak penubuhannya pada tahun 1997.

Jenama ini sebenarnya cukup terkenal dengan pelbagai kenderaan penumpang, SUV, dan kenderaan elektrik.

Malah,  Chery telah memperoleh kedudukan yang penting di pasaran tempatan dan antarabangsa, mengeksport kenderaan ke lebih dari 80 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia. 

image.pngimage.png

Chery telah menjadi jenama terkemuka di China dalam pasaran ekspot selama 21 tahun berturut-turut.

Berbalik kepada pusat pameran itu terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Pusat pameran itu dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 6 petang (Isnin - Jumaat), 8.30 pagi hingga 4 petang (Sabtu) dan dari 10 pagi hingga 3 petang (Ahad dan cuti umum).

Sementara itu, pusat servis dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang (Isnin - Jumaat) dan dari 8 pagi hingga 3 petang (Sabtu); ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Chery, layari laman web https://www.chery.my/.

Gallery

Tag:

Chery Tiggo 7 Pro
CheryTiggo8Pro
Chery Omoda
Chery
Chery Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model

Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju?

20-12-2024
Berita Auto

Chery Malaysia Kotakan Janji, Hadiahkan 3 Tiggo 7 Pro Pada Atlet Badminton

Chery Malaysia meraikan pencapaian atlet-atlet Olimpik Malaysia yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris dalam satu majlis, semalam.

23-08-2024
Global

Rekaan Chery Tiggo 7 Sport Didedahkan – Seperti Range Rover & Jaecoo J7?

Model terbaru, Chery Tiggo 7 Sport, kini menerima "sentuhan jenama Land Rover." Apa yang menarik?

21-08-2024
Berita Auto

Lee Zii Jia, Aaron Chia, Soh Wooi Yik bawa pulang kereta SUV Chery TIGGO 7 PRO

Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memperoleh pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 menerima SUV

06-08-2024
Berita Auto

Berjaya Raih Pingat Gangsa, Chery Hadiahkan Tiggo 7 Pro Kepada Aaron Chia & Soh Wooi Yik

Pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yi berjaya menumpaskan pasukan Denmark dan meraih pingat gangsa.

05-08-2024
Pandu Uji
Kereta Baru

2,000 Pelanggan Awal, Dapat Harga Murah, Jimat RM4K

Chery Malaysia melancarkan sebuah lagi SUV terbaharunya, Chery Tiggo 7 Pro ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

21-06-2024
Berita Auto

Sempena Ulang Tahun Pertama, Chery Tawar Ganjaran Istimewa

Ada berita baik buat yang mereka sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta jenama Chery.

17-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026