- Berita
- Kereta Baru
- Pendaftaran Minat Chery Tiggo 7 Pro Kini Dibuka – CKD, Lancar Suku Ke-2 2024
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 7 Pro Kini Dibuka – CKD, Lancar Suku Ke-2 2024
![]()
Chery Malaysia telah membuka pendaftaran minat untuk SUV segmen C terbarunya, Tiggo 7 Pro.
Seperti yang diumumkan semasa acara eksklusif bersama media pada awal tahun ini, Chery Malaysia bersedia untuk memperkenalkan Chery Tiggo 7 Pro ke pasaran negara selepas pelancaran EV pertamanya, Omoda E5. Menjelang kehadiran model baharu tersebut yang dijadualkan pada suku kedua tahun ini, Chery telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk kereta SUV segmen C ini.
-full.webp)
-full.webp)
Chery Tiggo 7 Pro diletakkan dalam kategori kenderaan SUV segmen C, pesaing kepada model seperti Proton X70, Honda CR-V, Mazda CX-5 dan sebagainya.
Dipertontonkan buat pertama kali di Malaysia pada tahun 2022, apabila dilancarkan nanti, Tiggo 7 Pro bakal menjadi pesaing kepada Proton X70, Honda CR-V, Mazda CX-5, Hyundai Tucson dalam ruang pasaran SUV segmen C yang kompetitif. Model ini berada di bawah Tiggo 8 Pro dengan ukuran 4,513 mm (panjang), 1,842 mm (lebar) dan 1,746 mm (tinggi). Jarak antara rodanya, 2,670 mm.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Tiggo 7 Pro generasi kedua mengekalkan banyak DNA SUV Tiggo.
Dari segi reka bentuk, Tiggo 7 Pro mengekalkan banyak ciri reka bentuk DNA yang ada pada Tiggo 8 Pro dan Tiggo 4 Pro, menampilkan bentuk badan SUV dengan beberapa elemen rekaan bersudut tajam, dengan ciri penting seperti gril hadapan poligon yang besar diapit oleh lampu hadapan LED yang garang. Selain itu, SUV-C ini juga menggunakan rim aloi 18 inci, manakala sudut belakangnya terdapat lampu LED dengan jalur melintang yang berkelebaran penuh.
-full.webp)
-full.webp)
Seperti mana-mana kenderaan Chery lain, kabin Tiggo 7 Pro dilengkapi dengan pelbagai keselesaan moden. Antara ciri penting di ruang kabin model ini ialah dwi-skrin 24.6 inci yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, tempat duduk hadapan berpengudaraan dan jenis automatik, pad pengecas tanpa wayar, bumbung suria panoramik, sistem audio hi-fi Sony dan banyak lagi.
-full.webp)
-full.webp)
Tiggo 7 Pro adalah sebuah SUV ICE dengan enjin turbo 1.6 liter 4 silinder (kiri), yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan (kanan) untuk menghasilkan 197 hp dan 290 Nm.
Dari segi trenkuasanya, kita boleh menjangkakan Tiggo 7 Pro yang diimport ke Malaysia nanti bakal tiba dalam versi ICE yang menampilkan enjin petrol TGDi 1.6 liter 4 silinder dengan kuasa 197 hp dan 290 Nm, yang dipadankan dengan transmisi automatik DCT tujuh kelajuan. Bergantung kepada varian, ia menggunakan sistem pacuan roda hadapan (FWD) atau semua roda (AWD), menjanjikan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.3 saat yang sama.


Dari segi keselamatan, Tiggo 7 Pro dilengkapi dengan 17 ciri bantu pemanduan aktif (ADAS), menjanjikan keupayaan pemanduan separa autonomi tahap 2. Gabungan kesemua ciri keselamatan pasif dan standard model ini, Tiggo 7 Pro berjaya meraih penarafan ujian pelanggaran 5 bintang penuh untuk ANCAP baru-baru ini.
-full.webp)
-full.webp)
Sehingga kini, firma tersebut masih belum mendedahkan sebarang info mengenai harga jualan Chery Tiggo 7 Pro, model yang dijangka akan dipasang tempatan (CKD) di kilang pengeluaran Chery Malaysia di Inokom Kulim, Kedah.
Anda boleh membuat pendaftaran minat Chery Tiggo 7 Pro melalui laman web rasmi Chery Malaysia.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Chery Tiggo 7 Pro dan perkembangan Chery yang lain, pastikan anda kunjungi CariCarz.com dari masa ke masa.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv