Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ: Tak Pernah Beri KEBENARAN Kepada BJAK Untuk Perbaharui Cukai Jalan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberikan kelulusan kepada pihak BJAK untuk menjalankan perkhidmatan untuk memperbaharui cukai jalan.

JPJ turut menyangkal dakwaan bahawa tindakan BJAK untuk memperbaharui cukai jalan adalah sah dan diluluskan pihaknya.

“Kenyataan yang dipaparkan oleh BJAK di laman sesawang mereka, Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh pihak adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

“Pihak kami turut menerima beberapa aduan daripada orang awam bahawa pembaharuan cukai jalan telah dilakukan dalam laman web BJAK  tetapi tempoh sah laku cukai jalan tidak dikemas kini,” katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Tambah kenyataan itu, tiada sebarang integrasi sistem   di antara Sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh pihak BJAK.

“Pihak JPJ  turut menerima aduan ketidakpuasan hati orang ramai  kerana perlu membayar caj tambahan ketika memperbaharui cukai jalan yang dikenakan oleh BJAK.

“Untuk itu, kami ingin menegaskan bahawa pihak MOT atau JPJ tidak pernah meluluskan sebarang pengenaan caj tambahan yang pada masa ini dikenakan oleh BJAK kepada pelanggan mereka.

“Orang ramai digalakkan melakukan urusan memperbaharui cukai jalan melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform rakan niaga JPJ iaitu Pos Malaysia, MyEG serta PUSPAKOM sahaja,” tambah kenyataan itu.

image.png

"Pihak jabatan sekali lagi ingin menegaskan pengoperasian yang dilakukan oleh BJAK berkaitan urus niaga pembaharuan cukai jalan adalah tanpa

kebenaran pihak JPJ.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dengan mana-mana platform yang menawarkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan yang tidak sah.

image.png

"Ini bagi mengelakkan sebarang penipuan dan kerugian, oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut," ujarnya.

Sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi portal aduan rasmi JPJ di https://jpj.spab.gov.my/.


Gallery

Tag:

JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar

Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.

10-07-2026
Berita Auto

Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.

08-07-2026
Berita Auto

Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ

JPJ Sita Honda C70 ‘Sarat’ Aksesori Kereta, Cukai Jalan Mati Sejak 2016.

01-07-2026
Berita Auto

Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029

Pemandu Malaysia Ambil Tahu! Ini Perubahan Besar Akta Pengangkutan Jalan Yang Anda Wajib Tahu.

23-06-2026
Berita Auto

JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!

JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.

22-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026