Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MAS 2024: SUV Ranggi, GWM Tank 300 & SUV Jimat Minyak, Haval H6 HEV Bakal Dipertontonkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GWM-MAS-2024-(1).jpg


Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah mengumumkan kehadirannya di acara Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang akan berlangsung pada 22 hingga 26 Mei ini di MAEPS Serdang. 


GWM-MAS-2024-(4).jpgGWM-MAS-2024-(6).jpg


Hatchback ORA Good Cat (kiri) dan sedan ORA 07 (kanan) bakal dipamerkan di MAS 2024.


Pengunjung ke tapak pameran GWM Malaysia akan dapat menyaksikan sendiri barisan kenderaan GWM yang lengkap, termasuk kereta kompak ORA Good Cat dan sedan ORA 07


Selain itu, turut akan dipamerkan ialah model dan varian yang bakal dilancarkan, varian berprestasi, ORA 07 Performance dan juga SUV off-road yang ranggi, GWM Tank 300. Model lain yang akan dipertontonkan ialah SUV hibrid, Haval H6 HEV. 


Baca: Harga EV Ora Good Cat Kini RM26,000 Lebih Murah!

Baca: Sedan Elektrik, GWM Ora 07 Kini Di Malaysia – Cecah 640 KM, Dari RM169,800


GWM-MAS-2024-(9).jpg


SUV GWM Tank 300 yang dipertontonkan secara eksklusif kepada media beberapa bulan lalu. 


Tarikan utama di acara ini pastinya SUV GWM Tank 300 yang dijadualkan untuk dipasarkan di Malaysia pada suku ketiga tahun ini. Dipertontonkan secara eksklusif kepada media pada Mac lalu, Tank 300 menggunakan enjin petrol turbo 4 silinder 2.0 liter. Enjin ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 224 hp dan 397 Nm dengan kuasa pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 10 saat. Jentera lasak ini menerima  penarafan keselamatan 5 bintang ANCAP.


Baca: Pratonton: GWM Tank 300 – 224 HP, 397 NM, Lancar Suku Ke-3 2024 Nanti


GWM-MAS-2024-(2).jpg


Model kedua yang bakal menjadi tarikan utama di MAS 2024 ialah HAVAL H6 HEV. Model yang dipertontonkan buat pertama kali pada pertengahan tahun lalu dijadualkan untuk dilancarkan tahun ini. Haval H6 menggunakan kuasa hibrid 1.5T HEV, yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang lancar dan mengasyikkan, namun dalam masa yang sama jimat bahan api.  GWM juga menyatakan bahawa Haval H6 telah mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan setelah terjual lebih 4 juta unit di seluruh dunia. 


Baca: Haval H6 Belum Keluar Tapi Kami Dah "Rasa"


GWM Malaysia menambah bahawa kehadirannya di MAS 2024 mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk memeriahkan pasaran dengan barisan kenderaan yang unik. MAS 2024 akan diadakan dari 22 hingga 26 Mei ini bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.


Tag:

GWM Malaysia
GWM Tank 300
GWM Ora
GWM Haval H6 HEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Berita Auto

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026
Berita Auto

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026