Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67: Proton e.MAS 7 Ambil Bahagian

Suhana Veru

Kongsi melalui

94180ed0-286e-4fc3-b729-53ef487df162.jpg

Nampaknya, model kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, Proton e.MAS 7 akan membuat penampilannya sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67 ini.

Bagaimanapun, Proton e.MAS 7 ini akan membuat kemunculan istimewanya dengan pelekat penyamaran khas bertemakan warna Jalur Gemilang.

EV Proton itu adalah  sebagai sebahagian 25 kereta yang terdiri daripada pelbagai model Proton 

Perarakan Hari Kebangsaan itu adalah peluang keemasan untuk syarikat mempamerkan kemajuan mereka sepanjang empat dekad. 

Testing-for-the-PROTON-e.MAS-7-has-ramped-up-ahead-of-its-launch-.png

Barisan 25 kereta syarikat akan merangkumi pelbagai model, bermula dari Proton Saga asal hingga Proton X70 2025, yang telah dilancarkan hanya dua minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTOn,  Dr. Li Chunrong berkata, di sebalik meraikan masa lalu, PROTON juga prihatin untuk melihat ke masa hadapan industri automotif. 

“Oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk menampilkan PROTON e.MAS 7 dalam barisan perarakan kami walaupun ia belum dilancarkan

“Langkah itu sebenarnya untuk membolehkan orang awam melihat model EV pertama syarikat dengan lebih dekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai model Proton e.MAS 7, beliau berkata,  oleh kerana model itu bukan kenderaan pengeluaran akhir, ia akan dipamerkan dengan menggunakan motif penyamaran

“Bagi menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan, kami telah memilih warna-warna yang mewakili bendera Malaysia," ujarnya.

The-PROTON-e.MAS-7-wears-its-special-National-Day-camouflage-livery-.jpg

Menurutnya, e.MAS 7 bukan sahaja EV pertama PROTON, tetapi ia juga merupakan model Proton pertama yang dibangunkan secara serentak dengan pasukan di Geely. 

Ini membolehkan masa pengeluaran yang lebih singkat untuk versi pemanduan sebelah kanan (RHD) dan juga menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi serta perkongsian kos pembangunan. 

“Bukti kejayaan akhir usaha ini adalah penerimaan pembeli di Malaysia dan pasaran eksport kami.

“Bagi memastikan hasil yang positif, setiap langkah dalam pembangunan, pemasaran, jualan, dan perkhidmatan selepas jualan bagi model ini telah diberi perhatian penuh oleh PROTON," tambahnya lagi.

PROTON, yang kini berumur 41 tahun, merupakan sebahagian penting dalam sejarah Malaysia dan kisah perindustrian ekonomi negara.

Terdahulu, Proton mendedahkan kenderaan elektrik pertamanya yang dikenali sebagai e.MAS 7 di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam, baru-baru ini.

image.png

Proton menegaskan bahawa model EV itu bukannya model rebadge  Geely Galaxy E5 memandangkan ia dibangunkan oleh kedua-dua pihak syarikat.

Difahamkan, model ini dilengkapi dengan satu motor elektrik yang menghasilkan kuasa sehingga 218PS. 

image.png

Kenderaan ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 6.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 175 km/j.

Malah, dua pilihan bateri yang ditawarkan, iaitu 49.52 kW dan 60.22 kW,dimana ia  memberikan jarak perjalanan masing-masing 440 km dan 530 km mengikut piawaian CLTC.

Gallery

Tag:

Proton e.MAS 7
Proton e.MAS
#geely
Hari Kebangsaaan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
Berita Auto

Berani Mati, Proton e.MAS Guna Tagline 'Mak Kau Hijau' Promosi Warna Baharu

Strategi 'Mak Kau Hijau' Proton e.MAS 7 PHEV curi perhatian.

06-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
EV

3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?

Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?

06-03-2026
EV

Jangan Risau, Proton e.MAS 7 PHEV Boleh Gerak Lebih 1,100 KM

Proton e.MAS 7 PHEV berjaya membuktikan keupayaannya dengan mencatatkan jarak keseluruhan 1,104.5 kilometer dengan satu cas penuh bateri dan satu tangki penuh bahan api, selain mengekalkan baki jarak pemanduan sejauh 189 kilometer.

30-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026