Link Copiedcheck_circle
Global

Subaru Crosstrek S:HEV: Ada Kuasa Hibrid Kuat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Subaru Crosstrek generasi ketiga (sebelum ini dikenali sebagai XV) kini ditawarkan varian S:HEV. 

Jentera ini sudah pun didedahkan di Jepun pada minggu lalu dimana Subaru menyatakan bahawa Crosstrek ini menggunakan tetapan “Strong Hybrid yang diambil dari Toyota.

image.png

Enjinnya  digabungkan dengan enjin boxer serta sistem pacuan semua roda 2.5 liter . Ia dipadankan bersama dua motor elektrik, dimana satu daripadanya boleh mengecas bateri lithium ion 1.1 kWh.

Jentera ini dikatakan mampu menghasilkan kuasa 160 PS dan tork 209 Nm manakala satu lagi motor elektrik pula boleh menghasilkan kuasa setakat 88 PS dan tork 270Nm.

image.pngimage.png


Malah, gear differential hadapan dan kawalan elektronik digabungkan dalam satu transaxle. Ini bermakna ia  menyalurkan kedua-dua kuasa enjin dan motor elektrik kepada keempat-empat tayar. 

Ini yang membuatkan crosstrek ini berbeza dengan model hibrid Toyota yang lain.

Bagaimanapun, Subaru tidak mengeluarkan catatan penggunaan bahan api tetapi ia dikatakan mampu meredah sejauh  1,000 kilometer berdasarkan kitaran ujian WLTP.

Mana tidaknya, kapasiti tangki bahan apinya juga dikatakan besar iaitu 63 liter.

image.png

Crosstrek ini juga mempunyai fungsi Vehicle-to-load (V2L)   yang menyediakan outlet kuasa 1.5kW dari soket but.

Bagi membezakan model S:HEV ini, ia hadir dengan rim 18 inci rekaan seperti Shuriken, manakala varian teratas mendapat panel instrumen digital 12.3 inci. 

image.png

Varian EX  juga hadir dengan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) EyeSight X terbaharu Subaru yang membolehkan pemanduan separa autonomi lepas tangan.

Ini termasuk keupayaan memandu separa autonomi separa autonomi ketika melalui kesesakan lalu lintas, bantuan pertukaran lorong serta kawalan kelajuan di selekoh dan tol.

Buat masa ini, Subaru Crosstrek S:HEV ini hanya untuk pasaran Jepun namun akan dieksport tidak lama lagi.


Gallery

Tag:

Subaru
Subaru Crosstrek S:HEV
Subaru Crosstrek
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Subaru Rex Hibrid Baharu Gunakan Sistem Sama Seperti Perodua Ativa, Kini di Jepun

Subaru baru-baru ini memperkenalkan varian hibrid terbaru untuk model kompak crossover, Subaru Rex, di pasaran Jepun.

17-06-2025
Berita Auto

Kempen Raya 2025 Subaru Malaysia – Penjimatan Cecah RM38K

Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, mengumumkan kempen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

04-03-2025
Global

Subaru Crosstrek Hybrid Didedah! Harap Ada Sambutan

Subaru mendedahkan Subaru Crosstrek Hybrid ke Amerika Utara pada minggu lepas

20-01-2025
Global

Subaru WRX STI S210 Hanya Ada 500 Unit, Siri S Pertama Guna CVT

Subaru membawa masuk model berprestasi tinggi yang diasaskan daripada WRX S4 STI Sport R EX, Subaru WRX STI S210.

13-01-2025
Global

Subaru BRZ Purple Edition, Hanya 500 Dijual Di Amerika Utara

Apa yang cukup menarik ialah, edisi terhad ini hanya hadir dengan kotak gear manual enam kelajuan.

24-10-2024
Kereta Baru

Subaru Outback Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia- Dari RM280,390

TC Subaru sebentar tadi telah memperlihatkan model segmen D terbarunya, Subaru Outback generasi keenam di Malaysia. Ini spesifikasinya...

20-09-2024
EV

Jepun Perluaskan Pengeluaran Bateri Untuk EV

Jepun akan mempergiatkan lagi usahanya untuk menghasilkan bateri kenderaan elektrik (EV) sekali gus memperkukuh lagi rantaian bekalan bateri negaranya.

12-09-2024
Berita Auto

Pengurusan Motor Image Bakal Dirombak?

Motor Image Group (Motor Image), yang dimiliki oleh Kumpulan Tan Chong International Limited (TCIL) sudah bersedia untuk melakukan rombakan.

09-08-2024

Berita Terkini

Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.

23-09-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Global

Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.

22-09-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025
Global

Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan

Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.

12-09-2025