Link Copiedcheck_circle
EV

PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.

Majlis pelancaran itu dirasmikan Perdana Menteri,  Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Pengerusi Proton,   Tan Sri Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr.Li Chunrong dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group, Jerry Gan.

image.png

Untuk makluman anda, Proton e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian:

e.MAS 7 PRIME – RM109,800

eMAS 7 PREMIUM – RM123,800

image.png

Bagaimanapun, sempena pelancaran e.MAS 7, harga di atas berbeza untuk 3,000 pelanggan TERAWAL yang menempah e.MAS 7.

Berikut adalah harga sempena pelancaran e.MAS 7:

  • e.MAS 7 PRIME – RM105,800
  • e.MAS Premium - RM119,800

image.png

Untuk makluman, Proton  e.MAS 7 dibangunkan berdasarkan platform Global Modular Architecture (GMA).

Dari segi dimensi, ia  berukuran panjang 4,615 mm, lebar 1,901 mm, tinggi 1,670 mm, dan jarak roda 2,750 mm.

Menyentuh mengenai trenkuasa, model SUV elektrik ini dilengkapi motor elektrik depan yang menghasilkan kuasa 160 kW (218 PS) dan tork 320 Nm.

image.png

Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya  dalam masa 6.9 saat manakala kelajuan maksimumnya adalah 175 km/j.

image.png

Varian e.MAS 7 Prime dilengkapi dengan versi 49.52 kWj yang menawarkan jarak gerak sejauh 345 km, manakala emas 7 Premium mendapat pek 60.22 kWj dengan jarak mencecah 410 km. 

Untuk pengecasan, e.MAS 7 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 80 kW untuk Prime dan 100 kW untuk Premium – kedua-duanya memerlukan 20 minit untuk pengecasan dari 30% hingga 80%.

Bagi pengecasan AC 11 kW, ia  boleh mengecas bateri dari 30% hingga 80% dalam 4.9 jam untuk Prime dan 6.1 jam untuk Premium.

image.pngimage.png

Ciri teknologi

Bercakap mengenai ciri-ciri teknologi pada model EV ini,  ia menawarkan pelbagai ciri seperti paparan infotainmen bersaiz 15.4 inci, kluster instrument 10.2 inci, .  Sistem Audio FlyMe Auto WANOS, 6 beg udara dan Vehicle to Load.

Dari segi keselamatan pula, e.MAS 7 dilengkapi dengan ciri standard seperti berikut:

Intelligent Cruise Control (ICC)

Adaptive Cruise Control (ACC)

Automatic Emergency Braking (AEB)

Forward Collision Warning (FCW)

Dynamic Brake Support (DBS)

Lane Departure Warning (LDW)

Lane Departure Prevention (LDP)

Emergency Lane Keeping Assist (ELKA)

Rear Collision Warning (RCB)

Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

Rear Cross Traffic Braking (RCTB)

Lane Change Assist (LCA)

Blind Spot Detection (BSD)

Door Open Warning (DOW)

Traffic Sign Identification (TSI)

image.png

Bagaimanapun  varian Prime tidak didatangkan  dengan beberapa ciri seperti bumbung panaromik, pintu belakang berkuasa, shutter gril aktif, radar depan, kerusi penumpang depan jenis berkuasa, berventilasi, tiada lampu ambien, HUD 13.8 inci dan tiada juga 16 speaker.

Bagi yang berminat, Proton e.MAS 7 didatangkan dalam warna: Platinum Silver, Turquoise Green, Slate Gray, Quartz Rose & Lithium White.

Selain itu,  pembeli e.MAS 7 bakal menerima waranti kenderaan selama enam tahun tanpa had perbatuan dan juga waranti bateri dan komponen selama lapan tahun dengan had perbatuan sehingga 160,000KM.

Selain itu, pembeli juga bakal menerima pakej seperti:

-Pengecas rumah 7kW bernilai RM1,500

-Adaptor Vehicle-2-Load (V2L) bernilai RM500

-Pembiayaan dengan kadar faedah terendah dari 1.98%

-Lima tahun data internet tanpa had BERNILAI RM1,800

-Tawaran rebate trade-in pemilik Proton bernilai dari RM1,200


Gallery

Tag:

Proton e.MAS 7
#geely
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat

Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.

16-12-2025
EV

Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar

Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.

05-12-2025
Berita Auto

Proton e.MAS 7 PHEV Cecah 1,420 KM Bakal Tiba? – Jadi Tumpuan Di Proton Tech Showcase 2025

Proton sahkan rancangan untuk memperkenalkan e.MAS 7 PHEV. Dikhabarkan menggunakan platform GEA dengan kuasa 330 PS dan jarak perjalanan mencecah 1,420 km.

03-12-2025
Berita Auto

Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.

11-11-2025
Berita Auto

15,575 Kereta Proton Terjual Okt 2025, Proton Saga Paling Laku

Jualan kereta jenama Proton sekali lagi melonjak apabila berjaya menjual sebanyak 15,575 unit pada bulan lepas manakala Proton Saga meraih jualan tertinggi dalam 12 tahun.

10-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
EV

Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim

Dalam tempoh kurang setahun selepas majlis pecah tanah, Proton telah merasmikan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Tanjung Malim, Perak.

05-09-2025

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026