- Berita
- Teknologi
- Teknologi Futuristik 'Panoramic iDrive’ BMW Bakal Diperkenalkan Di CES 2025
Teknologi Futuristik 'Panoramic iDrive’ BMW Bakal Diperkenalkan Di CES 2025

Pameran teknologi dan elektronik tahunan, Consumer Electronics Show (CES) 2025, akan berlangsung di Las Vegas tidak lama lagi. Seperti edisi sebelumnya, acara ini akan menyaksikan kehadiran beberapa pengeluar automotif gergasi mempamerkan teknologi terkini mereka bagi model sedia ada dan akan datang.
Salah satu jenama yang dinanti-nantikan ialah BMW, yang dikhabarkan akan memperkenalkan versi pengeluaran teknologi terbarunya, ‘Panoramic iDrive’. Konsep infotainmen dan paparan instrumen yang lebih tertumpu kepada orientasi pemandu, keselamatan, serta ciri personalisasi.
Teknologi Baharu Dengan Fokus Personaliti dan Keselamatan

BMW telah mengeluarkan beberapa imej acah mengenai teknologi ini, namun butiran penuh masih dirahsiakan. Apa yang menarik, BMW mengesahkan bahawa pelawak terkenal, Tim Meadows, akan menjadi hos sidang media mereka di CES 2025.



Berdasarkan reka bentuk awal yang dipamerkan di dalam kereta konsep Neue Klasse, teknologi ini dijangka hadir dengan skrin terapung di tengah. Di bahagian atasnya, terdapat paparan instrumen atau ciri baharu yang dikatakan sebagai ‘Panoramic iDrive’ yang terbentang pada kelebaran penuh cermin hadapan. Kandungan paparan boleh diubah suai mengikut keperluan pemandu melalui skrin sesentuh yang dipasang pada papan pemuka.
Perincian Penuh Bakal Diumumkan Januari 2025
Lebih banyak maklumat mengenai teknologi ini akan didedahkan semasa CES 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 11 Januari 2025.

Untuk makluman pembaca, BMW pernah memperkenalkan konsep sedan Vision Neue Klasse EV pada September 2023, diikuti versi crossover SUV, Vision Neue Klasse X, pada Mac 2024. Kedua-dua model ini menggunakan seni bina eDrive generasi keenam BMW, yang menawarkan jarak perjalanan 30% lebih jauh pengecasan 30% lebih pantas dan kecekapan 25% lebih baik berbanding model EV semasa. BMW dijangka melancarkan versi produksi model ini pada separuh kedua tahun 2025.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
