- Berita
- Teknologi
- Mercedes-Benz Bangunkan Cat Solar – EV Tak Perlu Dicas, Capai 20,000 KM
Mercedes-Benz Bangunkan Cat Solar – EV Tak Perlu Dicas, Capai 20,000 KM

Kereta dengan teknologi pengecasan solar dah dibangunkan? Dengan kecanggihan teknologi masa kini, tiada yang mustahil. Baru-baru ini dilaporkan bahawa pasukan penyelidik daripada syarikat automotif mewah, Mercedes-Benz, kini sedang berusaha untuk menjadikan pengecasan kenderaan elektrik (EV) melalui tenaga solar satu kenyataan.
Teknologi Di Sebalik Cat Solar
Menurut laporan, cat yang dibangunkan itu memiliki ciri fotovoltaik (photovoltaic) dengan lapisan nanopartikel yang lebih nipis daripada sehelai rambut manusia. Namun apa yang menakjubkan ialah sel-sel fotovoltaik ini mampu menyimpan tenaga yang tinggi.


Menurut Mercedes, “Sistem fotovoltaik ini sentiasa aktif dan turut menjana tenaga walaupun kenderaan dimatikan.”
Dianggarkan, cat solar yang menyelaputi seluruh permukaan SUV bersaiz sederhana boleh menghasilkan tenaga elektrik dengan jarak sehingga 20,000 km setahun dalam keadaan cuaca yang ideal iaitu negara-negara yang menerima limpahan cahaya matahari yang banyak. Di negara dengan cuaca yang lebih mendung, boleh mencapai jarak perjalanan sehingga kira-kira 12,000 km.
Bila Akan Jadi Kenyataan?

Walaupun pembangunan cat solar ini menunjukkan perkembangan yang baik, Mercedes-Benz mengakui bahawa teknologi ini masih memerlukan beberapa tahun lagi sebelum dapat direalisasikan.
Cabaran seperti kos pembangunan dan kesesuaian teknologi untuk kegunaan komersial perlu ditangani sebelum ia boleh digunakan secara meluas.
Sumber: The Driven, Digital Trends
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
