Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_2025-Proton-X70-Preview_-7.jpg


Dalam satu sesi makan malam Tahun Baharu Cina yang diadakan secara tertutup minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong, bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Abdullah, berkongsi perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.


Pelancaran Proton Saga Baharu


Proton-Saga-MC3-Spyshot-JohnnyTanFB.jpgProton-Saga-MC3-Render-Theottle-1.jpg


Antara perkara utama yang diumumkan ialah pelancaran tiga model baharu untuk tahun 2025. Salah satu daripadanya ialah Proton Saga baharu yang merupakan perubahan model penuh (FMC) berdasarkan platform AMA.


Pengumuman mengenai Proton Saga baharu ini turut disokong oleh laporan penampakan model ujian yang menunjukkan beberapa ciri terkini, termasuk sistem bantuan pemanduan canggih (ADAS) yang lebih canggih. Ciri ini dijangka menjadi salah satu daya tarikannya, selain reka bentuk luaran yang diperbaharui secara menyeluruh. Walaupun tiada tarikh rasmi diumumkan, model ini dijangka akan dilancarkan selewat-lewatnya pada penghujung suku kedua (Q2) tahun ini.


Baca: Imej Render Proton Saga MC3 Daripada Theottle Didedahkan


Penambahbaikan Pada Model X50 & X90


Caricarz-MBA-Proton-X50-SportEdition-KLIMS2024-2.jpg


Proton X50 Sport Edition (SE) yang baru dilancarkan ini terhad kepada hanya 1,000 unit.


Selain itu, Dr Li turut mengesahkan sekurang-kurangnya satu model baharu bagi platform GMA dan X/S Series. Platform GMA merujuk kepada Proton X50, manakala X/S Series dipercayai melibatkan Proton X90, yang kini merupakan model paling lama dalam barisan model Proton.


web_review_CariCarz_TA_Proton-X90_Flagship_6-Seat_-48.jpg


Selain X50, Proton turut merancang untuk melancarkan X90 yang diberi penambahbaikan 


Kedua-dua model ini dijangka menerima enjin baharu berkapasiti 1.5 liter turbo empat silinder, menggantikan enjin tiga silinder turbo semasa. Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai perubahan ini masih belum didedahkan dan pelancaran model baharu ini mungkin menyusul selepas Proton Saga.


Sasaran Pengeluaran Tahunan 2030


web_SN_2025-Proton-X70-launch-Sabah_-8.jpg


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong, bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Abdullah semasa di majlis pelancaran Proton X70 facelift 2025 untuk pasaran Sabah & Sarawak tahun lalu


Selain mengumumkan produk baharu, Dr Li turut menegaskan sasaran Proton untuk menyamai saingan tempatan, Perodua, dari segi jumlah pengeluaran menjelang 2030. Untuk makluman, Perodua mencatat jualan sebanyak 358,102 unit pada 2024, jauh lebih tinggi berbanding Proton yang mencapai jumlah jualan 152,352 unit pada tahun yang sama.


Ketika ini, kilang Proton di Tanjong Malim mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 250,000 unit, manakala kilang Shah Alam, yang kini hanya menghasilkan model Saga, mampu mengeluarkan 80,000 unit setahun. Kilang Shah Alam dijangka ditutup sepenuhnya dan operasinya akan dipindahkan ke Tanjong Malim menjelang tahun depan.


“Menjelang tahun 2030, kami menyasarkan untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 330,000 unit. Saya berharap kami dapat mencapainya lebih awal,” kata Dr Li dalam ucapannya. Beliau juga memberi jaminan bahawa tahun 2024 akan menjadi tahun terakhir Proton berada dalam julat jualan tahunan sebanyak 150,000 unit.


Kekal Optimis Untuk Masa Depan


Dengan rancangan pelancaran tiga model baharu dan sasaran pengeluaran yang lebih tinggi, Proton kini bersedia untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Model seperti Saga baharu dan pembaharuan pada X50 dan X90 dijangka menjadi kunci kejayaan kepada aspirasi besar ini.

Baca: SUV Keluarga Terbaik, PROTON X90

Tag:

Rancangan Proton 2025
Proton Saga
Proton X50
Proton X90
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Berita Auto

15,575 Kereta Proton Terjual Okt 2025, Proton Saga Paling Laku

Jualan kereta jenama Proton sekali lagi melonjak apabila berjaya menjual sebanyak 15,575 unit pada bulan lepas manakala Proton Saga meraih jualan tertinggi dalam 12 tahun.

10-11-2025
Pandu Uji

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Berita Auto

Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi

Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5 yang masih belum dilancarkan secara rasmi ditayangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang.

28-10-2025
Berita Auto

Proton Saga Langgar Tiang, Mangsa Disahkan Lima Sekeluarga, Pemandu Maut, Anak, Isteri Terselamat

Seorang lelaki maut manakala isteri bersama tiga anaknya termasuk bayi tujuh bulan parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas.

07-10-2025
Berita Auto

Kereta Terbabas, 2 Rentung Di Butterworth

Dua individu rentung selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan sebelum terbabas dan terbakar di Jalan Permatang Baru Sungai Lokan, Butterworth, pagi tadi.

04-10-2025
Berita Auto

Pengeluaran Proton Saga Di Kilang Shah Alam Ditamatkan

Carz.com.my terlihat satu perkongsian oleh kakitangan Proton (di sini) yang mendedahkan bahawa pengeluaran bagi Proton Saga keluaran semasa di Shah Alam kini telah tiba di penghujung.

28-09-2025
Berita Auto

Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.

12-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025
Berita Auto

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

12-11-2025