Link Copiedcheck_circle
Global

Suzuki Swift 2024 Hanya Terima 1 Bintang Ujian Kemalangan ANCAP

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Suzuki-Swift-FourthGen-EU-6.jpg


Model Suzuki Swift 2024 generasi keempat (kod model: AOL) baru sahaja menjalani ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Keselamatan Kenderaan Baharu Australasia (ANCAP). Namun, hasilnya mengecewakan kerana hatchback ini hanya menerima satu bintang, menjadikannya jauh di bawah jangkaan.


Keputusan ini adalah lebih rendah berbanding penilaian tiga bintang yang diperoleh dalam Penilaian Keselamatan Kenderaan Baharu Eropah (Euro NCAP) pada Julai lalu.


Perbezaan Spesifikasi Punca Penilaian Berbeza



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ANCAP, Carla Hoorweg, perbezaan skor ini berpunca daripada ketidaksamaan spesifikasi antara model yang dijual di Australia dengan versi di Eropah. ANCAP menjalankan ujian tambahan ke atas model yang dihantar ke Australia dan mendapati kelemahan serius dalam aspek keselamatan.

Dalam ujian ANCAP, Suzuki Swift mencatatkan skor rendah dalam perlindungan penumpang dewasa (47%) dan kanak-kanak (59%). Sebagai perbandingan, versi Eropah mencatat skor lebih baik dengan 67% untuk perlindungan dewasa dan 65% untuk perlindungan kanak-kanak.


Kekurangan Perlindungan Penting


Swift_ANCAP_1.jpgSwift_ANCAP_2.jpgSwift_ANCAP_3.jpg


Di Eropah, model Suzuki Swift didapati tidak dilengkapi beg udara tengah di bahagian depan, yang bertujuan menghalang pertembungan kepala penumpang depan ketika berlaku pelanggaran sisi. Namun, versi Eropah masih memperoleh skor lebih tinggi berbanding versi ANCAP.

Swift_Euro-NCAP_3.jpgSwift_Euro-NCAP_1.jpg

Dalam ujian perlanggaran frontal offset, ANCAP mencatatkan tekanan pada dada pemandu yang tinggi dan risiko kecederaan kaki akibat pergerakan pedal yang berlebihan. Sementara itu, dalam ujian perlanggaran penuh, pengukuran tekanan pada dada penumpang belakang juga didapati melebihi had yang dibenarkan, menyebabkan perlindungan bahagian dada dinilai sebagai Lemah.


Bagi ujian yang melibatkan patung kanak-kanak, hasilnya turut mengecewakan dengan perlindungan bahagian kepala dan dada dinilai sebagai Lemah untuk pelanggaran depan dan sisi.


Masa Depan Suzuki Swift di Pasaran Malaysia


Walaupun keputusan ujian keselamatan ini mengecewakan, adakah Suzuki Swift generasi terbaru ini masih berpeluang menarik minat pengguna di Malaysia? Kongsi pendapat anda bersama kami melalui ruangan komen dan laman media sosial kami. Untuk maklumat lanjut, laporan penuh ujian ANCAP dan Euro NCAP Suzuki Swift kini boleh diakses dalam talian.

Swift_Euro-NCAP_5.jpg

Tag:

ANCAP
Program Penilaian Kenderaan Baharu Australasia (ANCAP)
Program Penilaian Kereta Baharu untuk Eropah (Euro NCAP)
Suzuki Swift 2024
Euro NCAP
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Chery Tiggo 4 Pro Raih ANCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Menjelang pelancaran Chery Tiggo 4 Pro di Malaysia, model SUV kompak ini telah dianugerahkan penarafan keselamatan 5 bintang oleh ANCAP.

06-03-2025
Global

GWM Tank 500 Raih ANCAP 5 Bintang! Ada Sensor Kesan Kehadiran Kanak-Kanak Dalam Kereta

GWM Tank 500 baru-baru ini telah meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP).

29-05-2024
Global

Ujian ANCAP Baharu Mulai 2023: Mampukah Penumpang Lepaskan Diri Dari Kereta Tenggelam?

Pihak berkuasa ujian kemalangan bebas Australia, ANCAP, bakal memasukkan ujian baharu: Keselamatan kereta sekiranya tenggelam.

19-07-2022
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Berita Auto

Dari 73 Kepada 18 Kereta, Ini Sebab Bilangan Kereta Dinilai Euro NCAP Jatuh Drastik!

Semakin lama semakin kurang kereta yang dinilai oleh Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

16-02-2024
EV

smart #3 SUV Elektrik Paling Selamat? Raih Euro NCAP 5 Bintang!

smart #3 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia terima penarafan keselamatan penuh lima bintang daripada Euro NCAP. Ini kupasannya...

29-01-2024
Kereta Baru

Suzuki Swift Sport ‘Final Edition’ Dilancar, Harga Cuma RM137,900

Pengimport dan pengedar kereta Suzuki tempatan, Naza Eastern Motors (Suzuki Cars Malaysia) melancarkan Suzuki Swift Sport baru-baru ini.

25-08-2025

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026