Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Tiggo 4 Pro Raih ANCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Tiggo4Pro-ANCAP-1.jpg


Menjelang pelancaran Chery Tiggo 4 Pro di Malaysia, model SUV kompak ini telah dianugerahkan penarafan keselamatan 5 bintang oleh  Program Penilaian Keselamatan Kenderaan Baharu Australasia (ANCAP). Apa yang menariknya, ujian perlanggaran bagi model ini sebenarnya tidak dilakukan secara langsung, sebaliknya penilaian diperoleh berdasarkan keputusan ujian fizikal model "kembar rapatnya", Chery Tiggo 7 Pro.


Penilaian Berdasarkan Model Rakan Seplatform


Chery-Tiggo4Pro-China-(2).jpg


Walaupun saiz Chery Tiggo 4 Pro lebih kecil berbanding Tiggo 7 Pro,  model ini berkongsi banyak persamaan dari segi struktur dan ciri keselamatan. Kedua-dua model dibangunkan atas platform T1X yang sama.


Enjin yang digunakan juga berbeza, di mana Tiggo 4 Pro menggunakan enjin 1.5 liter turbo 4 silinder, manakala Tiggo 7 Pro lebih berkuasa dengan enjin 1.6 liter TGDi. 


Tetapi ANCAP menyatakan bahawa aspek keselamatan seperti titik cangkuk tali pinggang keledar hadapan, jumlah pintu sisi dan saiz blok enjin masih memenuhi garis panduan yang ditetapkan, membolehkan Tiggo 4 Pro memperoleh penilaian yang sama dengan Tiggo 7 Pro.


Menurut ANCAP, “Model ‘rakan’ tidak akan menerima penarafan yang sama sekiranya ia dilancarkan lebih daripada dua tahun selepas model asal dinilai.” 


Namun, dalam kes ini, Tiggo 4 Pro masih dalam tempoh yang dibenarkan untuk berkongsi keputusan ujian perlanggaran.


Baca: [PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...


Keputusan Ujian Keselamatan 


Chery-Tiggo4Pro-ANCAP-3.jpg


Berdasarkan ujian keselamatan yang telah dijalankan, kedua-dua model berkongsi jumlah skor yang sama untuk ujian perlindungan penumpang dewasa (AOP) dan perlindungan kanak-kanak (COP), masing-masing mencatat 88% dan 87%.


Selain kedua-dua ujian tersebut, Tiggo 4 Pro memperoleh skor 79% dalam ujian perlindungan pejalan kaki, 1% lebih rendah daripada Tiggo 7 Pro, ia berpunca daripada prestasi sedikit lemah dalam pengesanan pejalan kaki, khususnya dalam senario kanak-kanak yang berlari ke jalan secara tiba-tiba pada waktu siang dan malam.


Chery-Tiggo4Pro-ANCAP-7.jpgChery-Tiggo4Pro-ANCAP-4.jpg


Walaupun ANCAP tidak menjalankan ujian pelanggaran secara langsung ke atas Tiggo 4 Pro, badan penilai itu tetap menguji sistem keselamatan canggih model ini dan memberikan skor 85%. Sebagai perbandingan, Tiggo 7 Pro mencatat skor yang sedikit lebih tinggi iaitu 86%.


Walaupun memperoleh penarafan 5 bintang, ANCAP menegaskan bahawa ia hanya terpakai kepada model yang dihasilkan selepas November 2024. Unit terdahulu perlu menjalani proses panggil balik di Australia bagi pengemaskinian sistem brek kecemasan automatik (AEB). ANCAP juga memastikan bahawa semua model yang diuji telah melalui proses penambahbaikan ini.


Chery-Tiggo4Pro-ANCAP-6.jpgChery-Tiggo7Pro-AustraliaNCAP-2.jpg


Dengan pencapaian 5 bintang ANCAP untuk Tiggo 4 Pro, jenama automotif dari Wuhu terus mengekalkan rekod cemerlangnya. Sebelum ini, model seperti Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro Max dan Omoda E5 juga telah menerima penarafan tertinggi daripada badan penilai keselamatan tersebut.


Baca: Chery Omoda E5 EV Pertama Di Malaysia Terima Kelulusan SIRIM – Bateri Dijamin Selamat


Bila Chery Tiggo 4 Pro Akan Dilancarkan Secara Rasmi?


Chery-Tiggo4Pro-China-(4).jpgChery-Tiggo4Pro-China-(1).jpg


Chery Tiggo 4 Pro facelift (atau turut dikenali sebagai Chery Tiggo Cross) dipamerkan di China tahun lalu


Tiggo 4 Pro facelift mula diperkenalkan semasa Chery International Business Summit tahun lalu dan pada asalnya dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada suku keempat 2024.


Memandangkan model ini sudah diperkenalkan di Indonesia sebagai Chery Tiggo Cross, tidak mustahil kita akan melihat kemunculannya di Malaysia dalam masa terdekat. Nantikan pengumuman rasmi dari Chery Malaysia. 


Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my

Baca: Chery Omoda 5 Dijamin Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

Tag:

Chery Tiggo 4 Pro
Chery Tiggo 4 Pro ANCAP
Chery Tiggo
ANCAP
Chery
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Auto China 2024: Tiggo 4 PRO Bakal Saing Dengan Ativa, WR-V

Kemasukan Chery Tiggo 4 Pro bakal menggegarkan pesaing terdekat.

28-04-2024
Kereta Baru

Chery Nak Lancar Produk Mampu Milik, Mungkinkah Tiggo 4 Pro?

Chery Malaysia akan melancarkan satu lagi model baharunya pada suku keempat tahun ini.

11-01-2024
Video

Review Chery Model Baharu Di Pasaran Malaysia I Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro E+, 8 Pro, 7 Pro & 4 Pro

Chery Omoda 5 sudah hampir tiba di pasaran Malaysia. Perlukan kenderaan sama kategori buatan lain seperti Proton X50, Toyota Corolla Cross & Honda HR-V gusar? Berapa rasanya harga jualannya? Bersama Omoda 5, Chery juga akan memasarkan 4 lagi model lain iaitu Tiggo 8 Pro E+, Tiggo 8 Pro Max, Tiggo

10-01-2023
Berita Auto

Nahas Berantai SUV Terbakar

Sebuah Chery Tiggo musnah hampir 60 peratus dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, semalam.

07-04-2026
Berita Auto

Bukan Kaleng-Kaleng! Chery TIGGO 7 Jadi SUV China Pertama Bolot 5-Bintang Di Eropah, Australia & ASEAN

Chery Tiggo 7 dinobatkan sebagai kereta selamat memandangkan menerima empat penarafan keselamatan lima bintang.

11-03-2026
Global

Chery Tiggo 9 PHEV CSH Bakal Tiba Di Malaysia Tahun 2026 – Capai 1,400 KM, Kabin Mewah

Perkembangan terkini dari Chery International User Summit (CIUS) 2025 kali ini membawa khabar gembira buat peminat dunia automotif tanah air.

22-10-2025
Global

Imej Chery Tiggo 8 Generasi Terbaru Didedahkan Di China – Ada 2 'Wajah' Berbeza?

Chery akhirnya mendedahkan imej rasmi Tiggo 8 generasi kedua di China. SUV bersaiz sederhana ini tampil dengan ukuran yang lebih gah dan dua rekaan sudut hadapan berbeza.

29-09-2025
Global

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026