Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Program Proton Xchange: Semua Pemilik Kereta Lama Kini Boleh Tukar Kereta Baharu, Proton Bagi Rebat RM2K, Boleh Beli e. MAS 7

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik untuk pemilik kereta lama Proton!

Ini kerana Proton kini menawarkan diskaun sehingga RM2,000 kepada mana-mana pemilik kereta lama  yang berhasrat untuk menukar kepada kereta baharu menerusi Program Proton Xchange yang dilancarkan semalam.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tiada jenama automotif lain yang mempunyai program dengan kedalaman dan skop yang sama, dan ia akan membawa pengurangan yang ketara kepada jejak karbon mereka.

image.png

"Walaupun inisiatif PROTON akan meningkatkan jualan kereta baharu, jangan lupa bahawa ia juga membantu mengeluarkan kenderaan lama dan kurang mesra alam dari jalan raya," katanya. 

Beliau berkata demikian pada Program Xchange  di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, semalam.

Untuk makluman anda, program ini  menggalakkan pemilik kereta lama yang dianggap tidak boleh digunakan di jalan raya dengan menukarkannya dengan model Proton baharu. 

image.png

Program ini akan dijalankan oleh Car Medic Sdn Bhd, sebuah fasiliti rawatan automotif yang diluluskan (AATF). Ia terbuka kepada pemilik semua jenis kereta, tidak kira jenama.

Bagi memastikan Program PROTON Xchange mencapai matlamatnya Car Medic, telah merangka penyelesaian menyeluruh yang memberi insentif kepada peserta serta menjamin pelupusan kenderaan lama secara selamat.

Proton juga menyediakan sokongan dagangan lebihan sebanyak RM2,000 untuk pendaftaran kenderaan Proton baharu, termasuk Proton e.MAS 7, model kereta elektrik yang paling laris di Malaysia. 

Sebanyak RM4.8 juta telah peruntukan untuk program ini, yang akan berlangsung sehingga akhir Disember 2025.

Antara kriteria kelayakan insentif itu ialah kenderaan berusia 15 tahun ke atas dan berada dalam keadaan tidak selamat digunakan, manakala model baharu Proton atau Proton e.MAS pula mestilah didaftarkan sebelum akhir tahun untuk melayakkan diri mendapat insentif dagangan lebihan.


Gallery

Tag:

Proton e.MAS 7
Proton Xchange Programme
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS  Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
Berita Auto
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto
Redah Jem Makin Selesa: Proton e.MAS 7 PHEV Kini Buatan Tempatan dengan Kerusi Urut

Redah Jem Makin Selesa: Proton e.MAS 7 PHEV Kini Buatan Tempatan dengan Kerusi Urut

Proton e.MAS 7 PHEV CKD mula dikeluarkan dari kilangnya yang terletak di Tanjung Malim.

01-08-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Berita Auto
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
EV
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
Gaya Hidup
Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto
2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026