- Berita
- Berita Auto
- Program Proton Xchange: Semua Pemilik Kereta Lama Kini Boleh Tukar Kereta Baharu, Proton Bagi Rebat RM2K, Boleh Beli e. MAS 7
Program Proton Xchange: Semua Pemilik Kereta Lama Kini Boleh Tukar Kereta Baharu, Proton Bagi Rebat RM2K, Boleh Beli e. MAS 7
Ada berita baik untuk pemilik kereta lama Proton!
Ini kerana Proton kini menawarkan diskaun sehingga RM2,000 kepada mana-mana pemilik kereta lama yang berhasrat untuk menukar kepada kereta baharu menerusi Program Proton Xchange yang dilancarkan semalam.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tiada jenama automotif lain yang mempunyai program dengan kedalaman dan skop yang sama, dan ia akan membawa pengurangan yang ketara kepada jejak karbon mereka.
"Walaupun inisiatif PROTON akan meningkatkan jualan kereta baharu, jangan lupa bahawa ia juga membantu mengeluarkan kenderaan lama dan kurang mesra alam dari jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Xchange di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, semalam.
Untuk makluman anda, program ini menggalakkan pemilik kereta lama yang dianggap tidak boleh digunakan di jalan raya dengan menukarkannya dengan model Proton baharu.
Program ini akan dijalankan oleh Car Medic Sdn Bhd, sebuah fasiliti rawatan automotif yang diluluskan (AATF). Ia terbuka kepada pemilik semua jenis kereta, tidak kira jenama.
Bagi memastikan Program PROTON Xchange mencapai matlamatnya Car Medic, telah merangka penyelesaian menyeluruh yang memberi insentif kepada peserta serta menjamin pelupusan kenderaan lama secara selamat.
Proton juga menyediakan sokongan dagangan lebihan sebanyak RM2,000 untuk pendaftaran kenderaan Proton baharu, termasuk Proton e.MAS 7, model kereta elektrik yang paling laris di Malaysia.
Sebanyak RM4.8 juta telah peruntukan untuk program ini, yang akan berlangsung sehingga akhir Disember 2025.
Antara kriteria kelayakan insentif itu ialah kenderaan berusia 15 tahun ke atas dan berada dalam keadaan tidak selamat digunakan, manakala model baharu Proton atau Proton e.MAS pula mestilah didaftarkan sebelum akhir tahun untuk melayakkan diri mendapat insentif dagangan lebihan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari