Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta  nasional, PROTON menandatangani Memorandum Perjanjian (MoU) dengan Grab Malaysia bagi menawarkan pelbagai pilihan model PROTON baharu termasuk Proton S70 dan barisan model premium X-Series kepada pemandu Grab.

Hasil kerjasama itu turut menawarkan kelebihan eksklusif yang ditambah baik untuk menyokong keperluan rakan-pemandu Grab yang terus menjana pendapatan menerusi platform e-hailing tersebut.

Memorandum MoU telah ditandatangan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton EDAR,Zhang Qiang, Pengarah Operasi Negara & Mobiliti Grab Malaysia,  Rashid Shukor,di ibu pejabat PROTON Centre of Excellence, Subang Jaya, baru-baru ini.

image.png

Kerjasama dimeterai semula atas kejayaan kempen ‘Saga Power Up for Grab Driver-Partners’ yang dilancarkan pada November 2024. 

Setakat ini, kempen tersebut telah menjana sebanyak 220 petunjuk jualan (leads) dan mencatatkan 148 pendaftaran kenderaan bagi model Proton SAGA.

Kerjasama yang diteruskan disebabkan permintaan kukuh terhadap model-model PROTON dalam segmen e-hailing serta memperkukuh matlamat bersama untuk memodenkan perkhidmatan ride-hailing di Malaysia melalui penawaran kereta yang mampu milik dan boleh dipercayai.

Dengan hasil kerjasama ini, rakan-pemandu Grab boleh memilih daripada model PROTON yang lebih meluas, termasuk model di bawah kategori GrabCar Plus dan GrabCar (6-Seater).

image.png

Selain perluasan pilihan model, kerjasama ini turut menawarkan insentif menarik seperti rebat tunai sehingga RM13,000, diskaun servis sebanyak 5% untuk dua tahun pertama atau sehingga 40,000km, serta sokongan minyak petrol bernilai RM500 bagi meringankan kos operasi pada peringkat awal pemilikan.

Timbalan Pengarah Jualan, Proton EDAR, Ong Chee Wooi berkata, kerjasama yang diperkukuh bersama Grab Malaysia ini merupakan satu  langkah penting dalam mengukuhkan sektor e-hailing. PROTON berbesar hati dapat menawarkan model S70 dan siri premium X kepada rakan-pemandu Grab. 

"Bagi pekerja gig, program komprehensif ini bukan sahaja menyediakan kelebihan eksklusif tetapi juga jaminan dari segi kebolehpercayaan dan kos penyelenggaraan yang mampu milik – faktor penting bagi mereka yang menggunakan kenderaan sebagai alat utama dalam mencari rezeki," katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti, Grab Malaysia,Rashid Shukor mengakui inisiatif itu telah memudahkan rakan-pemandu kami mendapatkan kenderaan, sekali  gus membolehkan mereka menjana pendapatan dan menyara keluarga sambil memenuhi permintaan penumpang yang semakin meningkat. 

"Dengan peluasan kerjasama ini – merangkumi model S70 dan siri premium X – rakan-pemandu kini berpeluang meningkatkan pengalaman pemanduan mereka, menaik taraf kenderaan, dan memenuhi keperluan pelanggan yang lebih pelbagai. Kami berharap dapat terus melangkah bersama dalam usaha membina masa depan yang lebih inklusif dan penuh peluang untuk semua," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai model-model PROTON, sila layari www.proton.com serta laman web rasmi Grab  Malaysia.



Gallery

Tag:

Grab Malaysia
Proton Saga
Proton S70
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Grab Malaysia & GIATMARA Bekerjasama Tingkatkan Kemahiran Pemandu Melalui TVET

Grab Malaysia kini mempergiat usaha untuk memperkasakan komuniti pemandunya menerusi kerjasama strategik bersama GIATMARA dan BYD Sime Motors.

09-10-2025
Berita Auto

Grab & BYD Jalin Kerjasama – 50,000 Unit EV Disediakan Untuk Pemandu

Grab telah mengumumkan kerjasama strategik bersama syarikat automotif China, BYD, untuk memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan pemandu Grab di Asia Tenggara.

16-01-2025
Berita Auto

Proton, Grab Jalin Kerjasama, Ada Berita Baik Untuk Abang Grab Kalau Nak Beli Proton Saga

Proton turut menawarkan faedah eksklusif mulai 4 November ini menerusi kempen “Saga Power Up for Grab Drivers”.

25-10-2024
Berita Auto

“Tambah Baharu Grab Jejas Pendapatan Pemandu!” Anthony Loke Digesa Campur Tangan

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, meluahkan rasa kecewa terhadap struktur tambang baharu yang diperkenalkan

02-02-2023
Berita Auto

Kementerian Pengangkutan Minta APAD, Grab Bincang Perubahan Kadar Tambang

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan menghubungi pihak Grab Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

18-01-2023
Berita Auto

Tambang Per Minit Grab Naik 215%! Ini Penjelasannya...

Grab Malaysia telah mengumumkan perubahan kadar tambang dan insentif baharu.

17-01-2023
Berita Auto

Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Sebanyak 19,833 unit kereta pada Januari sahaja sekali gus dikatakan antara, jualan bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan PROTON dalam tempoh 15 tahun.

04-02-2026
Berita Auto

Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu

PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.

29-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026