Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lalu Terowong SMART Tanpa Had Dengan Pas Hanya RM68 Sempena Merdeka

Sofea Najmi

Kongsi melalui

image-(50).jpg


Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68, orang ramai boleh malalui terowong SMART tanpa had dengan Merdeka Unlimited Travel Pass (MUTP) yang ditawarkan pada harga hanya RM68. Perjalanan tanpa had ini di terowong SMART ini boleh dibuat selama sebulan bermula 16 Ogos hingga 16 September 2025. 


Kad edisi terhad yang hadir dalam rekaan eksklusif yang menarik perhatian ini menggunakan teknologi Touch ‘n Go (TNG) NFC dan perlu didaftarkan atau dipautkan kepada aplikasi TNG eWallet. Pengaktifan kad boleh dilakukan dengan mudah melalui imbasan kod QR yang terdapat pada bungkusan kad.


Slide1.jpg


Laluan terowong SMART


Walaupun kad MUTP ini boleh digunakan seperti kad Touch ‘n Go biasa untuk transaksi tol di lebuh raya lain, kemudahan perjalanan tanpa had hanya sah sepanjang laluan terowong SMART dalam tempoh promosi.


Lokasi Pembelian & Cara Bayaran


Kad MUTP hanya boleh dibeli secara fizikal di lorong tol SMART arah utara dan selatan, kaunter Plaza Tol SMART, beberapa lokasi terpilih di Lebuhraya KESAS, SPRINT dan LDP, serta gerai di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur. Pembayaran hanya diterima melalui DuitNow QR dan pembelian atas talian tidak disediakan.


Berbaloi Atau Tidak Untuk Dimiliki?


473274093_10170581291120062_6450323752021128468_n.jpg


Selepas tempoh promosi tamat, kad MUTP akan berfungsi sebagai kad Touch ‘n Go biasa tanpa keistimewaan perjalanan tanpa had. Tiada bayaran balik akan diberikan sekiranya terowong SMART tidak digunakan sepenuhnya, jadi pas ini tidak sesuai untuk pengguna yang jarang menggunakan laluan tersebut.


Untuk menjadikan pembelian pas ini berbaloi, anda perlu membuat sekurang-kurangnya 23 perjalanan masuk ke terowong SMART, berdasarkan kadar tol semasa RM3 bagi setiap laluan. Namun bagi pengumpul kad TNG, edisi terhad ini boleh dijadikan satu kenangan berharga.

Tag:

MUTP
Merdeka Unlimited Travel Pass (MUTP)
SMART Merdeka Unlimited Travel Pass (MUTP)
Terowong SMART
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Terowong SMART Bawah Tanah Di PJ Kini Dipertimbangkan Oleh MBPJ

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang mempertimbangkan pembinaan laluan bawah tanah yang di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK).

31-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026