Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_MBA_KLIMS24_Toyota_Corolla-Cross_Camry_.jpg2024-Toyota-Hilux-MY-6.JPG13340-Yaris-Campaign-2023---Lifestyle-Image-1-[06102023].jpg


Dalam lambakan jenama kereta di Malaysia, masih ramai pengguna yang setia dan tertarik dengan model-model kereta keluaran Toyota. Kalau ditanya kenapa, rata-rata akan menyebut kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan jenama ini yang tinggi. 


Dari model asas (entry-level) seperti Vios dan Yaris, kereta mesra keluarga seperti Veloz dan Corolla Cross terbaru, jentera lasak dan serbaguna seperti Hilux dan Hiace, hinggalah kepada model hibrid canggih terbaru, Innova Zenix dan Camry, semuanya berkongsi kelebihan yang sama sebagai jenama di bawah Toyota.  


Namun, persoalannya sejauh manakah kebenaran bahawa jenama Toyota ini benar-benar berkualiti, tahan dan boleh dipercayai? Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang, pasti ada sebab kukuh kenapa Toyota sering dianggap jenama kenderaan yang dipercayai ramai. 


Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini. 


1. Rangkaian Selepas Jualan Yang Luas & Sentiasa Berkembang


Kota-Samarahan-Outlet-Opening_4.jpg


UMW Toyota Motor (UMWT) terkenal dengan pencapaian jualan melebihi 100,000 unit kenderaan sudah beberapa tahun secara berturut-turut. Bagi menyokong tahap penggunaan kenderaannya yang tinggi di serata Malaysia, pusat servis Toyota kini telah mencapai lebih 100 cawangan termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana 46 daripadanya dilengkapi dengan ruang baik pulih badan dan cat kenderaan. 


Dalam masa yang sama, UMWT terus memperluaskan lagi rangkaiannya dengan penambahan pusat servis baharu dari masa ke masa. 


2. Pengurusan Bekalan Alat Ganti Tulen Yang Efisien


toyota-my-toyota-brake-pads-joe01954.jpgtoyota-my-toyota-battery-joe01810.jpgtoyota-my-toyota-spark-plug-joe01951.jpgtoyota-my-toyota-shock-absorbers-joe01802.jpgtoyota-my-spare-v-belt.jpgtoyota-my-toyota-oil-filter-joe01860-1200x675.jpgtoyota-air-filter.jpgtoyota-fuel-filter.jpg


Bukan jumlah pusat servis sahaja yang penting, tetapi juga bekalan alat ganti tulen yang diuruskan secara efisien, memastikan komponen-komponen ini sentiasa tersedia di semua pusat servis. Ini bukan sahaja membolehkan servis dan pembaikan dilakukan dengan cepat, tetapi juga memberi ketenangan kepada pelanggan kerana setiap komponen yang digunakan dijamin ketulenannya.


3. Tenaga Kerja Profesional Berkemahiran Tinggi


UMW-Toyota-After-Sales-Service-(4).jpg


'Rahsia’ ketiga yang paling penting ialah tenaga kerja mahir dan terlatih di sebalik operasi UMWT. Inisiatif Program Pendidikan Teknikal Toyota (T-TEP) yang bermula daripada lima institusi sejak dilancarkan pada tahun 1991 kini berkembang kepada 25 institusi pengajian tinggi sebagai rakan kerjasamanya.


Dengan pelaburan hampir RM20 juta, program ini telah melahirkan lebih 7,000 graduan terlatih sebagai juruteknik dan mekanik dalam rangkaian khidmat selepas jualan Toyota.


Ini secara tidak langsung menjamin tahap kualiti kerja yang tinggi dan konsisten untuk semua pemilik kereta Toyota yang mendapatkan servis di rangkaian UMWT.


4. Akses Mudah Melalui Aplikasi Mudah Alih Toyota MY


web_CariCarz_Toyota-MY-App_-2.jpgweb_CariCarz_Toyota-MY-App_screenshots_1.jpg


Memudahkan urusan pemilik, aplikasi Toyota MY yang dilancarkan pada Oktober 2023 menggantikan dua aplikasi terdahulu dengan platform seragam yang mudah digunakan. Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh mengakses maklumat kenderaan, membuat temujanji servis, memantau mata keahlian Loyal-T, mendapatkan bantuan tepi jalan 24 jam, serta mencari pengedar Toyota berdekatan.


Aplikasi ini menyokong sistem operasi iOS dan Android, menambah baik pengalaman memiliki Toyota dengan sentuhan teknologi terkini.


5. Pakej Servis Komprehensif Pada Harga Mampu Milik


CariCarz_Vios-2023-142.jpgUMW-Toyota-After-Sales-Service-(3).jpgUMW-Toyota-After-Sales-Service-(2).jpg


Tidak dinafikan, perkhidmatan berkualiti tinggi datang dengan kos yang tertentu. Bagi sesetengah pemilik, ini mungkin agak membebankan lebih-lebih lagi pada masa kini yang mana kos sara hidup semakin meningkat. 


Memahami situasi ini, UMWT menawarkan ketenangan fikiran jangka panjang kepada pemilik melalui pakej Toyota Service Savers. Inisiatif ini menawarkan pakej servis yang komprehensif dengan skim ansuran bulanan yang sangat berpatutan.


Harganya berbeza mengikut model dan varian, tetapi bermula daripada serendah RM33 sebulan. Pakej 3 tahun dan 5 tahun disediakan untuk pemilik baharu, manakala pakej 2 tahun ditawarkan untuk pemilik sedia ada.


Melalui pakej Toyota Service Savers, pelanggan dapat memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan tip-top tanpa perlu menipiskan poket!

Baca:  Ini 20 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?

web_press_CariCarz_2025-Corolla-GR-Sport_-21.jpg

Tag:

UMWT
UMW Toyota Motor (UMWT)
Toyota Service Savers
Toyota Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-07-2025
Berita Auto

16-07-2024
Kereta Baru

27-05-2024
Kereta Baru

25-04-2024
Berita Auto

05-04-2024
Berita Auto

07-03-2024
Berita Auto

20-02-2024
Global

09-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Dilancar: Makmal Forensik Kenderaan Bantu Siasatan Nahas Jalan Raya

Pengoperasian kemudahan Makmal Forensik Kenderaan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) akan meningkatkan keberkesanan siasatan nahas jalan raya di negara ini.

09-09-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
Berita Auto

Sistem PADU Tentukan Kelayakan Subsidi RON95 – Menteri Kewangan

Kerajaan dilaporkan akan menggunakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk menentukan kelayakan penerima subsidi petrol RON95.

09-09-2025
Berita Auto

5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah

Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.

09-09-2025
Berita Auto

MILI EV Hybrid Jalin Kerjasama Dengan Sarawak Skills Kukuhkan Latihan, Perkhidmatan EV Di Sarawak

SIB Mili Sdn. Bhd. (SIB Mili), anak syarikat Sapura Industrial Berhad, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) bagi memperkukuh ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) dan Hibrid di Sarawak

09-09-2025
Berita Auto

Toyota Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta

Seorang lelaki yang membawa kereta milik bapa mentuanya untuk dicuci di sebuah pusat cuci kereta di Johor Bahru terkejut besar apabila dimaklumkan ia sebenarnya sudah dilarikan oleh seorang lelaki lain yang mendakwa rakannya.

09-09-2025
Berita Auto

Elak Kena Tipu Dengan 'Longkai' & Bengkel Selepas Kemalangan – Persatuan Insurans Am Malaysia

Ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga,' itulah nasib ramai yang terlibat dalam kemalangan dan kemudian terperangkap dalam jerat pengendali trak tunda tidak bertanggungjawab.

08-09-2025