Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Seal 6 Terima Sambutan Hebat, Lebih 100 Unit Diserahkan Dalam Seminggu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BYD-Seal-6-delivery-caricarz-(7).jpg


Dalam tempoh hanya seminggu selepas dilancarkan di pasaran tempatan, lebih 100 unit BYD Seal 6 telah diserahkan kepada pelanggan di serata Malaysia. 


Pelancaran model ini pada 26 September lalu oleh BYD Sime Motors menjadikan Malaysia sebagai pasaran antarabangsa pertama yang menerima model ini sebagai sebahagian daripada siri Ocean BYD. Di negara asalnya, ia dijual sebagai Qin L dalam siri Dynasty.


Di Malaysia, BYD Seal 6 ditawarkan dalam dua varian iaitu Dynamic berharga RM100,000 dan Premium pada RM115,800. Semasa pelancaran, BYD mengumumkan bahawa 800 pembeli terawal layak menikmati pakej pelancaran bernilai sehingga RM6,288.


BYD-Seal-6-delivery-caricarz-(8).jpg


Model ini kini dipamerkan di semua bilik pameran BYD untuk memudahkan orang ramai meneroka kelebihan dan teknologi serta merasai sendiri pengalaman memandu Seal 6. 


BYD-Seal-6-delivery-caricarz-(11).jpgBYD-Seal-6-delivery-caricarz-(4).jpg


Di masa hadapan, BYD Sime Motors bercadang untuk memperluaskan rangkaian pusat jualan dan servisnya daripada 37 cawangan kepada 50 cawangan menjelang 2026, memperluas capaian ke seluruh negara dan menyokong peralihan Malaysia ke era mobiliti elektrik.


IMG-20250822-WA0190-full_normal.jpgIMG-20250822-WA0192-full_normal.jpg


Syarikat juga mengesahkan bahawa kilang pemasangan secara tempatan (CKD) jenama BYD yang berkeluasan 600,000 meter persegi di Tanjung Malim akan mula beroperasi pada separuh kedua 2026, menegaskan komitmen BYD terhadap pasaran Malaysia. Langkah pemasangan CKD ini penting memandangkan tempoh pengecualian cukai import dan eksais untuk EV bakal berakhir pada Disember ini.

Baca: BYD Buka Kilang Di Tanjung Malim, Mulakan CKD Pada Suku Kedua Tahun Depan

Baca: BYD Seal 6 EV Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM100,000

Tag:

byd seal
BYD Seal 6 DM-i Touring
BYD Malaysia
BYD Sime Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia

Model sedan elektrik penuh (EV) BYD Seal 2025 kini secara rasmi disahkan sebagai antara jentera paling selamat setelah berjaya merangkul penarafan 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP.

30-10-2025
Kereta Baru

BYD Seal 6 EV Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM100,000

Sebentar tadi, BYD Malaysia telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) terbarunya, BYD Seal 6.

26-09-2025
Kereta Baru

Lagi BYD Seal Versi Terkini, Bakal Dilancar Esok

BYD Cars Malaysia a akan melancarkan model baharu, BYD Seal 2025, pada hari esok.

21-08-2025
Global

BYD Seal 5 DM-i PHEV Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

BYD mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di Asia Tenggara dengan pelancaran model BYD Seal 5 DM-i di Thailand.

13-08-2025
Pandu Uji

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Kereta Baru

Varian Asas Sedan BYD Seal Dynamic Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM163,800

Sime Darby Beyond Auto baru sahaja melancarkan varian asas terbaru dalam ‘keluarga’ BYD Seal, iaitu BYD Seal Dynamic. Ini spesifikasinya.

06-09-2024
EV

Tinggal 2 Hari Lagi, BYD Seal Dynamic Masuk M'sia, Harga Bawah RM160K Je

BYD Seal Dynamic dikatakan adalah model EV paling murah.

03-09-2024
EV

BYD Dedah Hatchback Elektrik Terbaru, Seal 06 GT, Di China

BYD baru-baru ini telah memperkenalkan hatchback elektrik (EV) terbaru, Seal 06 GT di China.

28-08-2024

Berita Terkini

EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026