- Berita
- Berita Auto
- MPV Mewah China, GWM WEY G9 CKD Mula Dipasang Di Kilang EPMB Melaka
MPV Mewah China, GWM WEY G9 CKD Mula Dipasang Di Kilang EPMB Melaka
-full_normal.jpg)
GWM Malaysia dengan bangganya mengumumkan permulaan proses pemasangan tempatan (CKD) untuk model premium GWM WEY G9 di kilang EP Manufacturing Bhd (EPMB) di HICOM Pegoh, Melaka.
Majlis bersejarah ini telah disaksikan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, bersama wakil-wakil kanan dari kedua-dua syarikat. WEY G9 kini merupakan MPV tenaga baharu mewah jenama China yang pertama dipasang di Malaysia.
Bilakah GWM WEY G9 Akan Mula Dijual Secara Rasmi di Malaysia?
Dengan bermulanya proses pengeluaran CKD, GWM WEY G9 kini sudah bersedia untuk membuat penampilan sulung di pasaran. Model ini dijangka akan dilancarkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang atau selewat-lewatnya pada awal tahun 2026. Tempahan kini telah dibuka di seluruh negara, dengan harga jualan dijangka bawah daripada RM300,000.
GWM menyatakan bahawa permulaan pemasangan WEY G9 ini memberikan isyarat keyakinan tinggi syarikat terhadap keupayaan Malaysia untuk menyokong pembuatan automotif termaju. Ini juga memperlihatkan potensi besar Malaysia dalam aspek peningkatan penggunaan bahan tempatan dan peranan sebagai hab eksport serantau di masa hadapan.
Juga Menarik: GWM Wey G9 Dilancar Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?
Bagaimanakah Pengaktifan Fasa 2 Kilang EPMB Membantu Pengeluaran WEY G9?
Pelancaran WEY G9 ini dapat dibuat selepas pengaktifan Fasa 2 kemudahan EPMB di Melaka. Peningkatan ini memberi impak besar kepada kapasiti pemasangan yang kini meningkat lima kali ganda iaitu daripada 6,000 unit kepada 30,000 unit setahun.
EPMB yang sebelum ini hanya membuat komponen kereta (pembekal Tahap 1), kini telah dinaik taraf menjadi rakan kongsi pemasangan penuh untuk jenama kereta global.
Sejak Fasa 1 bermula pada akhir 2023, kilang EPMB telah berjaya memasang lebih 6,000 unit Haval H6 HEV secara tempatan.
Apakah Teknologi Menarik Yang Terdapat Pada GWM WEY G9?
WEY G9 dibina di atas platform kenderaan tenaga baharu (NEV) mewah GWM yang membolehkan pemasangan pelbagai teknologi canggih termasuk sistem Hybrid Intelligent 4WD (Hi4) GWM, yang menjanjikan keselesaan sebenar, sistem keselamatan pintar dan prestasi pemanduan yang lancar.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Ketua Pegawai Operasi (COO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah menyifatkan pelancaran CKD ini sebagai pertemuan antara kejuruteraan global dan kemahiran tenaga kerja tempatan.
Apakah Rancangan Jangka Masa Panjang Kilang EPMB?
Proses pemasangan CKD kini sedang berjalan lancar dan EPMB sedang mara ke arah Fasa 3 pembangunan kilang Melaka. Fasa 3 dijadualkan akan siap menjelang akhir suku ketiga 2026 akan datang.
Fasa baharu ini akan dibina di kawasan seluas lapan ekar bersebelahan dengan kilang sedia ada, dan akan ditambahkan dengan fasiliti pengecatan badan kereta. Ini akan memperdalam lagi kandungan tempatan dan memperkukuh ekosistem pembuatan automotif Melaka.
Pengarah Urusan GWM, Encik Cui Anqi, menegaskan bahawa langkah CKD ini adalah langkah kritikal dalam pelan GWM untuk menjadikan Malaysia sebagai titik utama dalam usaha pengembangan pasaran mereka di ASEAN.
Juga Menarik: GWM Malaysia Buka Pusat 3S Di Melaka
Juga Menarik: GWM Malaysia Tawar Hadiah Cabutan RM150,000, Pakej Waranti, 'Trade-In' Menarik
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)