Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

The-programme-was-launched-by-YB-Loke-Siew-Fook,-Minister-of-Transport,-with-attendance-from-YB-Senator-Datuk-Seri-Amir-Hamzah-Azizan,-Minister-of-Finance-II,-Dr-Li-Chunrong,-CEO-of-PROTON,-and-automotive-industry.jpeg

PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.

Nilai insentif yang ditawarkan akan dipadankan melalui program geran padanan oleh KementerianPengangkutan sehingga RM2,000, sekali gus membantu mengurangkan kos pembelian kenderaan baharu PROTON.

Kesemua model PROTON layak di bawah tawaran ini, termasuk insentif sehingga RM1,000 untuk pembeli Proton Saga dan Proton e.MAS 5.

Insentif bernilai RM2,000 ditawarkan bagi model lain dalam rangkaian PROTON, termasuk Proton X50 dan Proton X70 yang telah dikemas kini serta Proton e.MAS 7.

PROTON-has-announced-all-current-models-in-its-range-will-offer-trade-in-incentives-for-customers-trading-in-vehicles-20-years-or-older-to-be-scrapped-and-removed-from-the-road.jpeg

Dengan padanan geran kerajaan, jumlah maksimum insentif yang boleh diterima pelanggan adalah sehingga RM2,000 dan RM4,000 masing-masing.

Penawaran insentif ini menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah kenderaan lama di jalan raya dan menggalakkan penggantian kepada kenderaan yang lebih selamat, mesra alam dan cekap tenaga.

Inisiatif ini turut menyokong sasaran PROTON bagi tahun 2026 untuk mencapai jualan sebanyak 200,000 unit, susulan prestasi pada tahun sebelumnya apabila pertumbuhan volum jualan syarikat mengatasi pertumbuhan jumlah industri (TIV).

Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.Malaysia, Dr Li Chunrong berkata, pihaknya berbangga dapat menyokong pelaksanaan Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama dengan menawarkan nilai tambah kepada pelanggan.

Proton-e.MAS-5-buyers-to-receive-an-incentive-of-up-to-RM2,000.jpg

"Inisiatif ini menggalakkan penggantian kenderaan lama yang tidak lagi selamat digunakan secara bertanggungjawab, di samping meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta menyokong peralihan ke arah mobiliti yang lebih bersih dan cekap.

“Insentif yang ditawarkan oleh PROTON merupakan kesinambungan kepada Program PROTON Xchange yang diperkenalkan pada Mei 2025," katanya.

Pada tahun lepas, sebanyak 4,344 transaksi telah direkodkan, melibatkan penyaluran kira-kira RM8.68 juta bagi membantu pembelian kenderaan baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.Malaysia,


Tag:

Proton Saga
Proton X70
Proton e.MAS 7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Berita Auto
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026