Perbandingan Antara Tiga Varian Perodua Ativa – X, H & AV
Baru sahaja memasuki pasaran, tetapi penangan yang dimiliki Perodua Ativa, atau juga dikenali sebagai D55L ini memang bukan biasa-biasa. Sambutan terhadap kereta ini cukup hangat dengan tempahan mencecah hampir 20k unit daripada awal tempahan dibuka pada tahun ini!
Pelbagai ciri menarik yang ditawarkan kereta ini menjadikan ia kereta yang berbaloi untuk dibeli dalam harga yang dibayar.
Secara umumnya, kesemua tiga varian dilengkapi dengan enjin tiga silinder berpengecas turbo 1.0 liter dengan transmisi Dual-Mode CVT (D-CVT). Penggunaan enjin dan transmisi ini adalah yang pertama bagi syarikat Perodua. Ativa juga merupakan model kereta Perodua yang pertama yang dihasilkan berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Ya, Ativa bukanlah model kereta biasa, pelbagai ciri teknologi terbaharu diketengahkan dalam penghasilannya.
Varian asas Ativa iaitu X menggunakan rim aloi yang bersaiz 16 inci, lampu depan LED dengan Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB), sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin serta paparan pelbagai info LCD bersaiz 4.2 inci di tengah-tengah kluster instrumen analognya. Di samping itu, radio bersaiz 11 inci yang lengkap dengan fungsi Bluetooth dan MP3.


Dari segi keselamatannya, Ativa X dilengkapi dengan enam beg udara serta memiliki sistem Advanced Safety Assist (ASA) 3.0 dan juga Sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEB) yang didatangkan secara standard bagi kesemua varian.
Sementara itu, varian H pula menerima beberapa ciri tambahan lain yang tidak terdapat pada varian X. Antaranya adalah lampu kabus depan LED, signal pusingan sequential, dan juga rim aloi yang lebih besar bersaiz 17 inci.

Untuk ruang dalamannya, varian H dilengkapi dengan paparan pelbagai info TFT 7 inci serta sistem infotainmen dengan skrin sentuh 9 inci. Namun begitu, sistem infotainmen ini tidak dilengkapi dengan Android Auto atau Apple CarPlay. Varian H juga memiliki stereng yang lebih baik kerana lengkap dengan 20 butang untuk pelbagai fungsi yang tidak terdapat pada varian X.

Varian H memiliki beberapa ciri tambahan lain dari segi keselamatan sebagai contoh sensor parkir hadapan, kamera undur dan juga Lampu Memandu Adaptif (hadapan).
Untuk varian yang tertinggi iaitu varian AV pula mengekalkan pelbagai ciri yang disediakan dalam varian H seperti pilihan badan dua tona, kerusi kulit dua tona, dan juga enam buah speaker.

Ciri penting yang terdapat pada varian X ialah Bantuan Pemanduan Semi-Autonomi. Ciri lain yang terdapat pada varian ini adalah Kawalan Kekal Lorong (LKC) dan Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC).
Tanpa mengira varian, Perodua telah membuktikan bahawa Ativa ialah sebuah model SUV yang mantap untuk harga yang ditawarkannya. Bagaimana pula pendapat anda tentang Perodua Ativa? Kongsikan dengan kami apa yang anda rasa pada ruangan komen di bawah!
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS4873
SELANGOR
BSN7518
JOHOR
JYU1156
PULAU PINANG
PSB1146
PERAK
APG3783
PAHANG
CFG456
KEDAH
KGF335
NEGERI SEMBILAN
NEJ9230
KOTA KINABALU
SJR1876
KUCHING
QAB4958N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Betul Ke Perodua Bakal Perkenalkan Model Sedan Terbaharunya?
Jika benar ia bakal dilancarkan, ia pasti menarik perhatian ramai.
06-01-2022
Wujud Beberapa Masalah Menyebabkan Penghantaran Pada Bulan Lalu Rendah!
Perodua kini mahu mencapai jumlah pendaftaran bulanan paling tinggi dalam sejarahnya pada bulan ini
06-12-2021
Perodua Myvi Yang Dinantikan Ramai Telah Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM45,700
Perodua baru sahaja melancarkan Perodua Myvi terbaharu untuk tahun 2022 dengan harga yang bermula daripada RM45,700.
18-11-2021
Berita Terkini
BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki
SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.
31-03-2026
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"
Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.
01-12-2025
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

